Senarai Nama Para Syuhada Perang Uhud

perang-uhud

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Perang Uhud berlaku pada hari sabtu 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ke-3 Hijrah(26 Mac 625M) antara tentera islam dengan tentera kafir quraisy. Perang Uhud adalah peperangan orang quraisy membalas dendam atas kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud . 


Pertempuran ini disertai 1,000 orang tenrera islam yang dipimpin oleh Rasullulah saw menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke Medan Uhud. Hal ini kerana dipertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua munafiq. Tentera Quraisy seramai 3,000 dipimpin oleh Abu Sufyan ibni Harb. 
perang-uhud2

Bilangan tentera islam yang terbunuh dalam peperangan ini kira-kira 70 orang, manakala tentera Quraisy yang terbunuh 23 orang. Berikut ini adalah para-para syuhada yang gugur syahid di medan Perang Uhud : 

  1. Hamzah bin Abdul Muthalib bin Hasyim 
  2. Abdullah bin Jahsyi 
  3. Musa'ab bin Umair
  4. Shammas bin Uthman 
  5. Amru bin Muadz bin An-Numan
  6. Al-Harits bin Anas bin Rafi
  7. Imarah bin Ziad
  8. Salamah bin Tsabit bin Wahsyi 
  9. Amru bin Tsabit bin Wahsyi 
  10. Tsabit bin Wahsyi 
  11. Rifa'ah bin Wahsyi 
  12. Husail bin Jabir (Bapa kandung Huzaifah al-Yaman
  13. Saifi bin Qaizhi 
  14. Habbab bin Qaizhi 
  15. 'Abbad bin Sahli
  16. Al-Harits bin Anas bin Muadz
  17. Iyas bin Aus
  18. Ubaid bin At-Taihan 
  19. Habib bin Yazid bin Taimi 
  20. Yazid bin Hathib bin Ymaiyah bin Rafi 
  21. Abu Sufian bin Al-Harits bin Qais bin Zaid 
  22. Hanzalah bin Abu 'Amir (Syahid yang dimandikan Malaikat) 
  23. Unais bin Qatadah 
  24. Abu Habbah bin Umar bin Tsabit
  25. Abdullah bin Jabir bin An-Nu'man (Ketua Batalion Memanah)
  26. Abu Saad Khaitsamah bin Khaitsamah 
  27. Abdullah bin Salamah 
  28. Subai' bin Hathib bin Al-Harits
  29. 'Amru bin Qais 
  30. Tsabit bin 'Amru bin Qais 
  31. Tsabit bin 'Amru bin Zaid  
  32. 'Amir bin Mukhallid
  33. Abu Hurairah bin Al-Harits bin Alqamah bin 'Amru 
  34. 'Amru bin Muthraf 'Alqamah bin 'Amru 
  35. 'Aus bin Tsabit bin Al-Mudzir (adik beradik Hussan bin Tsabit)
  36. Anas bin An-Nadhri (Bapa saudara Anas bin Malik, khadam Rasullulah)
  37. Qais bin Mukhallid
  38. Kaisan (hamba kepada Bani An-Najjar) 
  39. Salim bin Al-Harits
  40. Nu'man bin 'Al-Harits
  41. Kharijah bin Zaid bin Abu Zuhair 
  42. Saad bin Ar-Rabi' bin 'Amru bin Abu Zuhair 
  43. Aus bin Al-Arqam
  44. Malik bin Sinan dari bani Khadrah (bapa kandung Abu Said Al-Khudri
  45. Sa'id bin Suwaid 
  46. 'Utbah bin Rabi' 
  47. Tsa'labah bin Sa'ad bin Malik 
  48. Saqaf bin Farwah bin Al-Budai 
  49. 'Abdullah bin 'Amru bin Wahab 
  50. Dhmrah (halif bagi bani Tharif) 
  51. Naufal bin 'Abdullah 
  52. 'Abbas bin 'Ubadah 
  53. Nu'man bin Malik bin Tsa'labah 
  54. Al-Mujdar bin Zaid 
  55. 'Ubadah bin Al-Hashas 
  56. Rifa'ah bin 'Amru 
  57. 'Abdullah bin 'Amru (dari Bani Haram)
  58. 'Amru bin Al-Jamuh 
  59. Abu Aiman , Maula 'Amru bin Hadidah 
  60. Abu Aiman, Maula 'Amru bin Al-Jamuh 
  61. Salim bin 'Amru bin Hadidah 
  62. Antarah (maula Salim) 
  63. Sahal bin Qais bin Abu Ka'ab 
  64. Dzakwan bin 'Abdu Qais 
  65. 'Ubaid bin Al-Mu'alla
  66. Malik bin Tumailah
  67. Harits bin 'Udai bin Khursyah
  68. Malik bin Iyas 
  69. Iyas bin Udai 
  70. 'Amru bin Iyas
Penghayatan : 
Peristiwa ini memberikan pengajaran kepada para sahabat dan umat islam seluruhnya pentingnya taat kepada Allah dan Rasullulah, mengikuti arahan ketua yang dilantik. Bersama-samalah kita menyedekahkah al-Fatihah buat para syuhada ini. Al-Fatihah.....

Previous
Next Post »

16 comments

Write comments
HAMIDIsP
AUTHOR
January 14, 2015 at 4:50 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Begitulah hebatnya perjuangan para sahabat dalam menyebar dan mempertahankan Islam. Malangnya hari ini begitu giat sekali musuh2 Islam melabel perjuangan suci sebagai tindakan keganasan..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
January 14, 2015 at 11:09 PM delete

Assalamualaikum MSelim3.. pastinya mereka semua sentiasa dibawah naungan kasih sayang Allah swt. T kasih atas perkongsian ini... Subhanallah..

Reply
avatar
Etuza
AUTHOR
January 14, 2015 at 11:31 PM delete

seramai 70 orang pahlawan....suci perjuangan insan ini...

Reply
avatar
Etuza
AUTHOR
January 14, 2015 at 11:32 PM delete

al fatihah ..menjadi sejarah Islam..

Reply
avatar
January 15, 2015 at 3:08 PM delete

70 orang.. mereka pejuang hebat... kagum

Reply
avatar
January 16, 2015 at 11:07 AM delete

Sedihnya rasa di hati melihat pada senarai nama ni

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
January 16, 2015 at 11:40 AM delete

Innalillah... Alfatihah.
Gugurnya mereka para pejuang Islam yang syahid, sudah pasti tempatnya di syurga...

Reply
avatar
SR
AUTHOR
January 16, 2015 at 3:51 PM delete

Alhamdulillah.Artikel ini mengingatkan saya kembali tentang kehebatan tentera islam dalam perang uhud.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
January 16, 2015 at 4:18 PM delete

good sharing

http://jmbelog.blogspot.com/

Reply
avatar
Zaza Iman
AUTHOR
January 16, 2015 at 4:51 PM delete

seronoknya mereka dah berada di syurga..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 17, 2015 at 2:56 AM delete

Prngorbanan memperjuangkan islam. Moga kita contohi seperti mereka di atas.

Reply
avatar
January 17, 2015 at 5:41 PM delete

salam Mselim

Islam yang di bawa kepada kita bukannya mudah..para sahabat bekorbannya. kalau kita tidak menjaganya . itu tandanya kita tidak bersyukur.

Reply
avatar
January 17, 2015 at 5:41 PM delete

cukup hebat perjuangan sahabat Nabi SAW

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon