7 Senarai Perawi Hadis Rasullulah Terbanyak

perawihadis

Dalam ilmu hadis dikenal sebagai istilah bernama sanad. Yakni salsilah perawi (orang-orang yang meriwayatkan hadis) dari Nabi Saw hingga ke mantan hadis. Abdullah bin al-Mubarak berkata:"Isnad itu termasuk dalam perkara agama. Tanpa adanya isnad tentu tidak boleh meriwayatkan hadis. Berikut adalah 7 senarai perawi hadis yang terbanyak meriwayatkan hadis Rasullulah saw dikalangan sahabat adalah seperti berikut :


1- Abu Hurairah (5,374 Hadis)
Nama lengkapnya lengkap Abdulrahman bin Shakhr ad-Dausi. Rasullulah saw memberikan gelaran "Abu Hurairah" sebab Abdurrahman seringkali membawa kucing kesana kemari. Ia juga meriwayatkan hadis tentang seorang wanita yang masuk neraka gara-gara kucing.
Abu Hurairah hidup bersama-sama Rasullulah saw di Madinah. Meskipun demikian, Abu Hurairah menimba ilmu sebanyak-banyaknya dari Nabi. Suatu hari, Nabi mendoakan agar Abu Hurairah memiliki hafalan yang kuat. Menurut Abu Hurairah, semenjak itu dia tidak pernah lupa sesuatupun apa yang didengarkan daripada Nabi Saw.
Layaknya Ahlu as-Shuffah (para sahabat mimbar masjid) sehari-harinya Abu Hurairah terkenal dengan sifat zuhud dan ahli ibadah. Abu Hurairah lebih untuk memilih menuntut ilmu dan mengikat perut. Abu Hurairah wafat di Kota Madinah pada akhir pemerintahan Muawiyah.

2- Abdullah bin Umar (2,630 Hadis)
Seorang pemuda yang cerdas dan rajin beribadah. Abdullah ikut berhijrah ke Madinah ketika beliau berusia 11 tahun. Abdullah bin Umar berkobar-kobar berperang untuk menegakkan syiar islam beliau ikut berperang ketika berumur 15 tahun.
Dalam mencontohi Rasullulah saw Abdullah sangat bersemangat mengikuti sunnah Nabi. Disebutkan, pada suatu hari Abdullah berehat di bawah pohon dekat Kota Madinah sebagaimana Nabi pernah berhenti berehat. Aisyah ra, isteri Rasullulah saw pernah memujinya,"Tidak seorang pun mengikuti jejak langkah Rasullulah saw di tempat pemberhentiannya seperti yang dilakukan Ibnu Umar."

3- Anas bin Malik (2,286 Hadis)
Nama lengkapnya Anas bin Malik bin An-Nadhar bin Dhamdham al-Anshari al-Khazraji. Anas bin Malik lahir di Madinah 8 tahun sebelum Nabi Saw berhijrah ke kota tersebut. Sejak berumur 10 Anas bin Malik bekerja sebagai khadim (pelayan) di rumah Rasullulah saw. 
Rapatnya Anas bin Malik sebagai sahabat dan pembantu di rumah Rasullulah saw menjadikan beliau sangat akrab dan tahu segala perilaku Rasullulah saw seharian. Rasullulah saw mendoakan Anas bin Malik panjang umur dan mempunyai keturunan yang ramai. Berkat daripada doa Rasullulah saw Anas bin Malik menjadi perawi ketiga terbanyak dalam meriwayatkan hadis Rasullulah saw. Anas menjadi hartawan dari suku Ansar serta mempunyai keturunan yang ramai dengan usia yang mencapai lebih 1 abad lebih. Anas bin Malik meninggal dunia pada tahun ke 91 H. Beliau dimakamkan bersama sebuah tongkat kecil milik Rasullulah saw sebagaimana wasiatnya menjelang wafatnya. 

4- Aisyah (2,210 Hadis)
Sebagai Ummu Mukminin, Aisyah ra memiliki sejumlah keutamaan dalam dirinya, seorang cerdas, dan kuat menghafal. Dalam usia yang masih muda Aisyah mampu menguasai ilmu islam seperti ilmu tafsir, hadis, fiqh, faraid, syair dan sebagainya. 
Hal ini mendapat perhatian para sahabat sehingga ada para sahabat dan tabi'in Urwah bin Zubair berkata:"Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih pintar dalam ilmu fiqh, perubatan dan syair selain Aisyah ra." 
Wanita mulia ini wafat pada bulan ramadan tahun 57 H dan di makamkan di perkuburan baqi. Madinah.  

5- Abdullah bin Abbas (1,660 Hadis)
Sejak kecil Ibnu Abbas suda menunjukkan kecerdasan dan semangatnya dalam menuntut ilmu. Rasullulah saw pernah mendakap Ibnu Abbas lalu mendoakannya:"Ya Allah faqihkanlah ia perkara ilmuMu dan ajarkannya ilmu tafsir kitabMu." 
Setelah Rasullulah saw wafat, Ibnu Abbas ini tidak jemu-jemu menuntut ilmu tanpa jemu dan sering bertanya tentang perkara yang belum diketahuinya. Dalam masa yang singkat Ibnu Abbas digelar dengan gelaran faqih al-ashr (faqih dimasanya) dan imam mufassirin (penghulu ilmu tafisir). Ibnu Abbas juga digelar al-bahr (lautan ilmu). Sering dengan peningkatan usia penglihatan Ibnu Abbas semaki berkurangan hingga ia wafat di Thaif. Musnad Abdullah bin Abbas atau Ibnu Abbas ini mencapai 1,660 hadis. 75 hadis disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim (mutafaq'alaihi). Al-Bukhari meriwayatkan 120 hadis sedangkan Muslim sebanyak 9 hadis. 

6- Jabir bin Abdullah (1,547 Hadis)
Jabir bin Abdullah meriwayatkan 1,547 hadis, ayahnya bernama Abdullah bin Amr bin Hamran al-Anshari as-Salami. Walaupun masih kanak-kanak Jabir bin Abdullah selalu melibatkan diri dalam peperangan dengan Rasullulah saw kecuali Perang Badar dan Uhud. Ia dilarang oleh Rasullulah saw dan ayahnya kerana usianya yang masih kecil ketika itu. Abu az-Zubair menyatakan suatu hari Jabir bin Abdullah berkata:"Rasullulah saw berperang sebanyak 21 kali (memimpin peperangan) sedangkan ia cuma 19 kali berperang." 
Sanad yang paling sahih dan termasyur dari Jabir adalah melalui jalur Sufyan bin Uyainah dari Amr bin Dinar dari Jabir bin Abdullah. Jabir bin Abdullah wafat  pada tahun 74 H. Ada pendapat mengatakan tahun ke 73H. 

7- Abu Said al-Khudri (1,170 Hadis)
Bernama lengkap Sa'id bin Malik bin Sinan. Nasab al-Khudri berasal dari Khudrah bin Auf al-Harits bin al-Khazraj. Ayahnya Malik bin Sinan seorang sahabat yang syahid dalam peperangan Uhud. Abu Sa'id al-Khudri termasuk diantara sahabat yang berbaiah kepada Rasullulah saw. Ia meriwayatkan hadis daripada banyak sahabat daripada sumber-sumber paling terkenal daripada ayahnya sendiri Malik bin Sinan, Qatadah bin an-Nu'man, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan sejumlah sahabat yang lain. 
Abu Sa'id meriwayatkan 1,170 hadis termasuk 59 hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari. Abu Sa'id wafat pada tahun 74 H di Madinah dan di Makamkan di perkuburan Baqi sebagaimana wasiatnya kepada anaknya menjelang wafatnya. 
Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
Jejari Menaip
AUTHOR
December 31, 2014 at 11:39 PM delete

terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini...

Reply
avatar
Fidah Shah
AUTHOR
January 1, 2015 at 12:55 AM delete

Assalamualaikum mselim3
Terima kasih atas info yang bermafaat ini..
Selamat tahun baru 2015

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
January 1, 2015 at 8:06 AM delete

Assalamualaikum MSelim... sungguh besar jasa & sumbangan mereka kpd dunia & kehidupan Islam seluruhnya.. pastinya mereka sentiasa dibawah rahmat & kasih sayang Allah sentiasa..
Selamat tahun baru 2015... semoga tahun ini membawa lebih kejayaan buat MSelim dlm meneruskan perkongsian ilmu utk kebaikan semua .. semoga Allah sentiasa merahmati... aamiin..

Reply
avatar
January 1, 2015 at 8:50 AM delete

Assalamualaikum...

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

Reply
avatar
January 1, 2015 at 10:33 AM delete

moga perkongsian terus bertambah baik...

Reply
avatar
Ismail Ahmad
AUTHOR
January 1, 2015 at 8:00 PM delete

Assalam abg selim..bagus info ni..hebat-hebat orang orang dahulu..sangat zuhud

Reply
avatar
Nurulhidayah
AUTHOR
January 2, 2015 at 11:15 AM delete

Walaikumsalam warahmatullah.. Selamat tahun baru mselim..

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
January 3, 2015 at 1:25 AM delete

Jasa terbesar mereka buat kita semua...
Salam ditahun baru dan salam Maulidur Rasul buat mselim.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon