Sahabat Nabi : Jabir bin Abdullah

Sahabat-sahabat-Rasulullah

Jabir bin Abdullah bin Hamran al-Anshari lahir di Madinah dan meninggal dunia pun di Madinah pada 78H pada umur 94 tahun. Beliau adalah sahabat nabi yang setia dan telah meriwayatkan 1,547 hadis. Ayahnya Abdullah bin Amru , ibunya bernama Nasibah binti Uqbah. Bersama-sama dengan ayahnya dan bapa saudaranya diantara 70 sahabat ansar yang berikrar dan membantu menguat dan menyiarkan agama islam. Jabir bin Abdullah sering mengikuti nabi berperang bersama-sama kecuali di dalam perang Uhud kerana dilarang oleh ayahnya, Abdullah bin Amru. 


Jabir bin Abdullah adalah antara sahabat nabi yang mempunyai umur yang panjang yang dapat hidup di zaman Rasullulah saw, zaman Saidina Ali bin Abi Talib, Husain bin Ali bin Abi Talib, Ali bin Husain bin Ali. 

Jabir bin Abdullah wafat setelah dia diracun oleh Al-Hajjaj bin Yusuf thaqfi kerana kesetiaannya kepada al-bayt pada tahun 78 H bersamaan 687 Masihi di usia 94 tahun di makamkan berhampiran dengan makam Huzaifah bin Yaman di tepi Sungai Tigris sebelum di pindahkan ke Salman Park. 

Kisah Yang Menarik Tentang Sahabat Nabi Ini 
Pada tahun 1932 Masihi atau 1315 H, Raja Iraq Shah Faizal I bermimpi bahawa dia ditegur oleh Jabir bin Abdullah (sahabat nabi) tentang makamnya dengan Huzaifah bin Yaman (sahabat nabi) di penuhi air. Sehingga Raja Iraq ini mendapat mimpinya yang kedua tetapi tidak diendahkan atau diambil peduli kerana Raja Iraq ini merasakan banyak perkara lain yang perlu difikirkan berbanding urusan pemindahan makam ini. 

Pada malam ketiganya, Huzaifah hadir dalam mimpi Mufti Besar Iraq pada masa itu, menyatakan bahawa pemindahan jenazahnya Huzaifah bin Yaman dan Jabir bin Abdullah perlu dilakukan kerana jenazahnya telah dipenuhi dengan air. 

Pada keesokkannya, Raja, Perdana Menteri dan Mufti bermesyuarat membincangkan rancangan besar ini pasal pemindahan makam sahabat nabi ini. Setelah bermesyuarat dan kata setuju telah dibuat menetapkan tarikh pemindahan itu pada 10 Zulhijjah 1351 selepas solat zohor dan asar. Makam kedua sahabat nabi ini digali dan dipindahkan ke suatu tempat lain. 

Memandangkan pada tarikh 10 Zulhijjah ini adalah musim haji lalu ditundakan pada 20 Zulhijjah 1351. Pada tarikh ini , ramainya orang datang ke Kota Baghdad yang datang daripada pelbagai lapisan  agama menyaksikan proses pemindahan "Kedua-Dua Sahabat Nabi Ini" iaitu jenazah Huzaifah bin Yaman dan Jabir bin Abdullah. 

Pelbagai peristiwa yang menarik yang meruntun jiwa untuk dijadikan pengajaran semasa proses pemindahan ini. Diantaranya jenazah kedua-dua sahabat nabi ini iaitu jenazah Huzaifah bin Yaman dan Jabir bin Abdullah tidak sekali membusuk atau rosak sama sekali keadaan jenazah ini masih baik walaupun telah dikebumi hampir 1,300 tahun. Keadaan jenazah seolah-olah sedang tidur dan masih segar, tidak rosak sedikit pun. 

Begitulah jenazah kedua-dua sahabat rasullulah yang dimuliakan oleh Allah. Jenazah ini dipindahkan dengan menggunakan takal dan sangat berhati-hati di letakkan di atas tandu. Jenazah yang masih segar ini di letakkan di dalam keranda khas yang diperbuat daripada kaca. 

Kedua-dua jasad suci ini akhirnya dibawa dan dikebumikan kembali di kawasan perkuburan yang baru tidak jauh dari kuburan atau makam sahabat nabi, Salman Al-Farisi di Salman Park lebih kurang 30 batu dari Kota Baghdad.  
Previous
Next Post »

15 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
October 10, 2014 at 11:13 AM delete

subhanallah..

Reply
avatar
Mar Mansor
AUTHOR
October 10, 2014 at 12:19 PM delete

besarnya keagungan Allah SWT..betapa darjat mereka yang disayangi diangkat hingga jasad masih elok

Reply
avatar
nOe suhaimi
AUTHOR
October 10, 2014 at 1:32 PM delete

subhanallah...terima kasih atas perkongsian selim...

Reply
avatar
Etuza
AUTHOR
October 10, 2014 at 1:54 PM delete

Asalamualaikum sahabat ku dan saudara Islamku Selim, selesai solat jumaat bergegas balik after bersalaman, blog Etuza baru di paparkan oleh Isteri tersayang..Etuza terus klik blog M Selim. Subahanallah begitu sekali Allah tunjukkan keajaiban..dah lah di racun, jadi sahabat2 nabi ni alangkah rasa bahagia. Jasad begiru lama terkubur..masih segar ..Ya Allah..hebatnya kuasaMu..subahanallah

Reply
avatar
Etuza
AUTHOR
October 10, 2014 at 1:56 PM delete

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
sesama blogger ini patut di lakukan..kita kena hargai jika sempat menyempat..jika tidak apakan daya...

Reply
avatar
Fiza Aizzawa
AUTHOR
October 10, 2014 at 3:02 PM delete

Walaupun sudah 1300 tahun, jenazah masih terpelihara.. Allah maha besar..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
October 10, 2014 at 8:42 PM delete

betapa Allah meletakkan darjat beliau di tpt yg tinggi ...

Reply
avatar
October 11, 2014 at 12:32 AM delete

Salam MS ..sebuah kisah yg patut kita jdkan teladan..

Reply
avatar
Mia Liana
AUTHOR
October 11, 2014 at 8:02 AM delete

perkongsian yang berilmu... tq ya mselim...

p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #9. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/10/senarai-url-blog-9.html dan pemenang bertuah telah diumumkan di http://www.mialiana.com/2014/10/pemenang-bertuah-url-blog-9.html

Reply
avatar
kuchalana
AUTHOR
October 11, 2014 at 11:01 AM delete

sungguh hebat keimanan para sahabat

Reply
avatar
October 12, 2014 at 3:18 PM delete

Sememangnya mereka contoh untuk kita semua ikutkan..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
October 13, 2014 at 5:48 PM delete

Assalam MSelim3;
Subhanallah... speechless saya dgn kisah ni. T kasih atas perkongsian ilmu ini..

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
October 13, 2014 at 9:50 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Kisah para sahabat yang menginsafkan kita. Semoga umat Islam mendapat berkat daripada para sahabat nabi ini.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon