Salman Al-Farisi adalah salah satu daripada Sahabat Nabi. Salman Al-Farisi adalah sahabat yang paling menonjol dan sangat-sangat disayangi oleh Rasullulah saw disebabkan kerana keberanian ,keikhlasan serta sifat zuhud terhadap kesenangan dunia. Salman Al-Farisi seorang sahabat yang sangat kuat beribadat, merendah diri dan seorang yang zuhud, tidak mencintai dunia dan tidak tertarik kepada kesenangan duniawi.
Salman Al-Farisi asalnya adalah beragama Majusi sebelum memeluk islam. Beliau mengembara ke negeri Syam kemudian ke Yathrib atau Madinah untuk mencari ketenangan mencari hidayah ilahi. Ketika mula-mula memeluk islam Salman menjadi hamba kemudian Rasullulah menganjurkan agar Salman Al-Farisi dibebaskan. Beliau terkenal kerana mempunyai sifat takwa dan zuhudnya, dan pernah hidup serumah dengan Abu Darda yang terkenal sebagai seorang ahli sufi dan banyak meriwayatkan hadis Rasullulah saw.
Kemudiannya, Salman Al-Farisi juga menjadi tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan hadis Rasullulah saw kerana beliau banyak bergaul dengan Rasullulah saw. Beliau hidup di zaman Rasullulah saw sehingga sampai ke zaman pemerintahan Khalifah Islam yang ke tiga iaitu Saidina Uthman bin Affan.
Beliau telah memainkan peranan yang besar ketika berlakunya Perang Khandak. Ketika itu Salman Al-Farisi mencadangkan agar kaum muslimim menggali parit di sekeliling Kota Madinah yang sedang diancam oleh tentera musyrikin Makkah serta kaum Yahudi yang kianat.
Atas cadangan Salman Al-Farisi ini tentera islam berjaya bertahan dari dalam Kota Madinah. Abu Sufyan Al-Harb selaku ketua puak Musyrikin ketika itu telah mengepung Kota Madinah dengan bala tenterannya selama sebulan akhirnya terpaksa berundur setelah kehabisan bekalan selain serangan angin taufan dan pergolakan dalaman para tentera Musyrikin.
14 comments
Write commentsAssalaamualaikum mSelim. Semoga akan dilahirkan beribu-ribu lagi Salman Al Farisi bagi menentang kezaliman ke atas umat Islam di era moden ini. Amiin
Replywah.,...terbaik
Replyterima kasih atas perkongsian..:)
ReplyAs salam,
Replysaya tag mselim untuk ga ini... harap sudi menyertainya. TQ
http://yangbaik.blogspot.com/2014/08/fantastic-giveaway-by-fr.html
Nice info mselim
ReplyAssalamualaikum Mselim3..
Replyperkongsian yg betol2 bermanfaat..mengenali sahabat2 rasulullah saw..terima kasih atas perkongsian ini
terbaik sahabat :) thanks shared this
Replyms sekolah ren agama dulu, ustzah ada cerita psl beliau. kami igt lg, punya bersungguh ustz tu lukis gamabr parit semata2 nk fahamkan kami ttg perang khandak
ReplyPerkongsian yang baik untuk kitasemua
ReplySalman Al Farisi ..salah seorang sahabat Rasulullah SAW sentiasa kuat dalam beribadat ..
ReplyAssalamualaikum...
ReplySekarang ini byk yg beridolakan Salman Khan, sepatutnya Salman Al Farisi inilah yg menjadi idola buat kita semua.
Pertama kali baca kisah beliau..terima kasih kongsikan..
Replysalam. sy kagum dengan salman al-farisi ni...
Replyperkongsian yang bermanfaat :)
Perkongsian yang sangat bermanfaat, sejarah Islam yang hebat.
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon