Burung dan Rusa Pun Tunduk Pada Perintah Salman al Farisi.



Salman Al Farisi ialah salah seorang sahabat Nabi SAW yang banyak jasanya kepada perjuangan Islam. Beliau berasal dari negara Parsi, dan telah mengembara ke Hijaz sesudah menerima taufik dari Allah untuk memeluk agama Islam. Abu Nuaim melaporkan bahawa di antara beberapa karamah yang ada pada Salman ialah patuhnya binatang dan burung kepada perintahnya. 




Abu Nuaim meriwayatkan dari Haris bin Umair bahawa ketika Salman berjalan-jalan dengan seorang tetamunya di Kota Madinah, terlintas dalam hatinya untuk menghormati tetamunya dengan jamuan. 

Tiba-tiba seekor rusa dan seekor burung kelihatan menghampiri mereka. Salman berkata:"Hai burung dan rusa datanglah kerana aku ingin menjamu tetamuku ini. " 


Tetamu beliau takjub melihat kejadian itu lalu mengucapkan :"Subhanalllah,Subhanallah." 

Salman al Farisi berkata:"Apakah yang membuat kamu hairan? 

Tidakkah kamu tahu bahawa seorang yang taat kepada Allah tidak akan dilanggar perintahnnya oleh sesuatu?" 

Ketika Haris bin Umair berada di Kota Madinah beliau melihat seorang lelaki yang berpakaian buruk di jalan. Katanya:"Orang itu menoleh kepadaku dan menyuruh aku berhenti. Kemudian dia masuk ke dalam rumahnya. 

"Aku bertanya kepada kawanku :"Siapakah orang itu?"

Dia menjawab :"Itulah Salman Al Farisi ." 

Kemudian Salman Keluar dari rumahnya berpakaian putih dan bersalaman denganku sambil berkata:"Hai Abu Abdillah . Aku belum pernah tahu kamu dan kamu juga belum pernah melihat aku. Tapi rohku mengenal rohmu. 

"Bukankah kamu ini Haris bin Umair?"

Aku menjawab :"Memang benar . Akulah Haris bin Umair."

Salman berkata lagi:"Aku pernah mendengar Rasullulah saw bersabda:"Roh itu umpama tentera yang berpasukan . Jika masing-masing telah berkenalan mereka akan bersatu kembali. Jika tidak mereka akan bertentangan." 

Petikan Buku "Siapakah Wali "
Halaman 86-87
Mustaffa Suhaimi

Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
November 6, 2012 at 9:46 AM delete

O,BEGITU RUPANYA..BARULAH BUI TAU SIAPA DIA..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 6, 2012 at 11:07 AM delete

gd shairng, leh cerita kat anak2 ! tq

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon