Imam Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Abbas yang berkata bahawa sebelum berjalan ke pasar ukaz, Nabi Muhammad saw dan beberapa orang sahabat telah sembahyang fajar dan membaca Al Quran . Sementara itu sekumpulan Jin Kafir pulang kepada kaumnya dan melaporkan bahawa mereka tidak berjaya mencuri maklumat ghaib dari langit pada masa itu.
Kaumnya berkata:"Mesti ada sesuatu yang berlaku di bumi yang menyebabkan kegagalan kamu itu."
Mereka pun keluar lagi hingga mereka sampai ke Nakhlah dan melihat Nabi Muhammad saw sedang sembahyang fajar dengan pengikutnya dan membaca Al-Quran.
Para Jin terpesona mendengar ayat-ayat Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad saw itu. Mereka pun pulang kepada kaumnya dan berkata:"Kami mendengar Al-Quran dibaca oleh Muhammad saw.
Kami terpesona dan lalu kami beriman kepada Allah. Inilah menjadi ayat permulaan dari Surah Al-Jin ( Qul Uhiya Ilaiyya), berikutan dengan ucapan sebahagian Jin yang dirakamkan tadi .
Petikan :
Buku "Siapa Wali"
Halaman 21-22
Mustaffa Suhaimi
3 comments
Write commentssyukur kita mmg dilahirkan ISLAM.. x perlu tunggu hidayah-NYA.. cuma perlu lakukan amal ibadat supaya x tersasar dr landasan ALLAH :)
Replytq berkongsi, indahnyer islam itu
Replyteringat kisah Khalifah umar..yg mulanya menentang agama islam..tetapi apabila dengar adiknya membaca al-quran dia terpukau
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon