Kisah Rabiatul Adawiyah Menghamparkan Sejaddahnya Di Udara.....



Suatu hari, Rabiatul Adawiyah kebetulan sedang berjalan-jalan di sebuah lorong kecil disamping rumah Hassan. Saat itu, Hassan berada di atap rumahnya dan banyak menangis . Ketika titisan air matanya mengenai Rabiah, ia pun bertanya-tanya , Apakah ini? 


Setelah mengetahui bahawa itu adalah titisan air mata  Hassan, Rabiah berseru,"Wahai Hassan, jika ini semua adalah tangisan kejahilan dan egomu, kendalikan dirimu sampai lautan terhimpun dalam dirimu sehingga ketika engkau mencari qalbu, engkau hanya menemukan di hadapan Raja Maha Berkuasa." 


Sekalipun kata-kata ini susah dimengertikan oleh Hassan, ia tetap tenang dan diam. Beberapa lama kemudian, ketika sedang berjalan-jalan di tepi Sungai Furat, Hassan melihat Rabiah . Sesudah menghampar sejaddah di atas permukaan air sungai, Hassan memanggilnya, "Kemarilah! Mari kita solat dua rakaat di sini."



"Wahai guru,"Rabiah menasihati Hassan. " Di pasar dunia ini engkau gagal mengendalikan dirimu sendiri terhadap para pencari Haqiqah Tertinggi. Cuba pulak mengiklankan diri sedemikian rupa sehingga orang lain tidak mampu menirumu."

Sambil menghampar sejaddahnya di udara , Rabiah mencabar Hassan seraya berkata, Naiklah ke sini. Di sini engkau tidak akan dilihat orang ramai." 


Dengan berusaha menghiburkan perasaan Hassan yang terluka , Rabiah mengatakan,"Ikan juga melakukan apa yang engkau kerjakan, dan yang kulakukan hanyalah sebatas kemampuan nyamuk sahaja. Amalan hakiki mengatasi segalanya. 



Petikan : 
Buku "Rabi'ah Al-Adawiyah-Sufi Wanita & Aroma Cinta Ilahi"
Halaman 181-182

Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Miss Xyz
AUTHOR
November 6, 2012 at 7:44 PM delete

maksudnya, akalu buat amalan tak perlu ditunjukkan kpd org lain, betul?

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
November 7, 2012 at 8:55 AM delete

Betul tu...ahli sufi seperti Rabiatul Adawiyah...keikhlasannya mmg benar2 ikhlas, ikhlas semata2 hanya untuk Allah...beramal tidak kira ada orang lihat atau tidak...
Sebenarnya kisah ahli sufi rabiatul adawiyah ini banyak misterinya...
kekadang kalu x baca betul2 x faham...saya baca 2@3 kali baru faham...

Reply
avatar
March 5, 2016 at 4:47 PM delete

Segala puji bagi Allah, merasa kecil diri ketika membaca kisahnya selamat membaca rabiatul adawiyah dalam rindu

Reply
avatar
December 22, 2016 at 11:04 AM delete

Assalamualaikum tuan,
Mcm mana dan dimana boleh saya dapatkan kitab
"Rabi'ah Al-Adawiyah-Sufi Wanita & Aroma Cinta Ilahi"
semoga persoalan saya tidak membebankan tuan.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon