Doa Untuk Mendapat Anak Yang Soleh.

doakeluargabahagia

Keterangan dan Petua Beramal

Anak yang soleh menjadi idaman setiap ibu bapa . Namun untuk memilikinya bukan mudah. Pembentukan seorang anak yang soleh tidak bermula dengan kelahiran anak tersebut, tetapi jauh lebih awal. Suatu masa dahulu, pakar pendidikan barat hanya menyarankan pendidikan kepada bayi yang baru dilahirkan tanpa menghiraukan kepentingan bayi dalam kandungan . 


Hanya mutahir ini ahli perubatan mengesahkan bayi dalam kandungan mempunyai deria yang lengkap pada tahap-tahap terakhir kehamilan. Ini menunjukkan bayi terkesan dengan keadaan sekeliling, terutama apa yang dialami oleh ibunya, serta mampu memberikan respons. Hanya setelah itu, pakar-pakar pendidikan kanak-kanak mula meneroka metode baru pendidikan untuk merangsang mental kanak-kanak sejak di alam kandungan. 

Islam sebaliknya , sejak awal lagi mneyarankan kepada ibu bapa untuk membuat persediaan pembentukan anak-anak yang soleh. Doa mendapatkan anak soleh adalah antara satu metode penting dalam proses ini. Oleh itu, para ibu bapa hendaklah tidak mengabaikan kepentingan berdoa ketika anak masih dalam kandungan lagi.


Petikan : 
Buku "Tarbiah anak-anak dengan zikir dan doa" 
Halaman 36-37
Ustad Zahazan Mohamed   
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
November 7, 2012 at 11:31 AM delete

Betul tu! Selalu la perdengarkan alunan alquran dan zikir dirumah ^-^

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon