Abdullah bin Umar bin Khattab atau sering disebut Abdullah bin Umar atau Ibnu Umar lahir pada 612- wafat 693/696 Masihi atau 72/73H) adalah seorang sahabat Nabi, dan merupakan perawi hadis yang terkenal. Ia adalah anak Umar bin al-Khattab salah seorang sahabat Nabi SAW dan Khulafaur Rasyidin yang kedua.
Ibnu umar masuk islam bersama ayahnya, saidina Umar al-Khattab ketika masih kecil dan berhijrah ke Madinah bersama ayahnya. Pada usia 13 tahun beliau cuba menyertai ayahnya dalam Perang Badar, Namun begitu dilarang oleh Rasullulah saw. Perang pertama yang diikuti oleh Abdullah Ibnu Umar ialah Perang Khandaq. Ia turut berperang bersama Jaafar bin Abu Talib dalam Perang Mu'tah dan turut dalam pembebasan Kota Makkah (Fathu Makkah). Setelah Nabi wafat, ia turut menyertai dalam Perang Yarmuk dalam penaklukan Mesir serta daerah lainnya di Afrika.
Khalifah Uthman bin Affan pernah menawarkan Ibnu Umar sebagai hakim tetapi ditolak dengan baik-baik oleh Ibnu Umar. Setelah Uthman bin Affan dibunuh, sebahagian kaum muslimin membaiahnya atau menyokongnya menjadi Khalifah tetapi ditolak juga Ibnu Umar. Beliau juga tidak mahu campurtangan dalam pertentangan antara Saidina Ali bin Abi Thalib dan Muawiyah bin Abu Sufyan. Beliau lebih cenderung untuk menjauhi dunia politik. Meskipun dia sempat terlibat dalam konflik dengan Abdullah bin Zubair pada saat telah menjadi penguasa Makkah.
Perawi Hadis
Ibnu Umar adalah seorang yang banyak meriwayatkan hadis, iaitu kedua terbanyak setelah Abu Hurairah iaitu 2,630 hadis ini kerana beliau selalu mengikuti kemana sahaja Rasullulah saw pergi. Bahkan Aisyah ra, isteri Rasullulah pernah memujinya dengan berkata:"Tak seorang pun mengikuti pun mengikuti jejak langkah Rasullulah di tempat-tempat berhenti seperti yang dilakukan Ibnu Umar". Ia sangat berhati-hati dalam meriwayatkan hadis Nabi sama jua ketika ia mengeluarkan fatwa ia sentiasa mengikuti tradisi dan sunnah Rasullulah saw kerana tidak mahu melakukan ijtihad.
Biasanya ia memberikan memberika fatwa pada musim haji atau pada masa kesempatan yang lainnya. Diantara para tabiin, yang paling banyak meriwayatkan daripadanya ialah salim dan hamba sahayanya, Naif'.
Kewarakan Ibnu Umar sering mendapat pujian dari kalangan sahabat Nabi dan kaum muslimin. Jabir bin Abdullah berkata:"Tidak ada diantara kami disenangi oleh dunia dan dunia senang kepadanya, kecuali Umar dan puteranya Abdullah."
Abu Salamah meriwayatkan,"Ibnu Umar meninggal dunia dan keutamaannya sama seperti Umar. Umar hidup pada masa banyak orang yang sebanding dengannya, sementara Ibnu Umar hidup pada masa yang tidak ada seorang pun yang sebanding dengan dia."
Ibnu Umar adalah seorang perdagang yang berjaya dan kaya raya tetapi banyak menderma. Ia hidup sampai 60 tahun setelah Rasullulah saw wafat. Beliau kehilangan penglihatannya pada masa tuanya. Ia wafat pada usia lebih 80 tahun dan merupakan sahabat yang paling akhir meninggal dunia di Kota Makkah.
Referensi
- Mursi, Muhammad Said. Tokoh-tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah. Penerjemah: Khoirul Amru Harahap, Lc, MHI & Achmad Fauzan, Lc, MAg. Cet-1, Jakarta. Pustaka Al-Kautsar, 2007.
5 comments
Write commentsstory kisah nabi yang nad akan baca dekat blog ni
ReplyAssalamualaikum MSelim3
ReplyBesar jasa & pengorbanan beliau dalam dunia Islam... Al Fatihah...
Assalamualaikum Mselim3
ReplyTerima kasih atas perkongsian...seronok kan baca kisah2 sahabat
Saya kenal ramai para sabahat tapi kurang kenal Ibnu Umar... siapa sangka masih ada ramai lagi sahabat2 besar yg saya belum kenal...
ReplyTerima kasih tentang sejarah sahabat Rasullullah yang perlu kita ambil tahu
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon