Urwah bin Haris sepupu Rasullulah saw yang fasih berbicara

tokoh-wanita-disisi-rasullulah-saw

Urwah bin Haris bin Abdul Mutalib ialah sepupu Rasullulah saw . Ayahnya, Haris bin Abdul Mutalib merupakan saudara Abdullah, ayah Rasullulah saw. Urwah termasuk sahabat wanita yang terkenal dengan kefasihannya berbicara. 

Tidak banyak kisah yang dapat disingkap sejarahnya. Namun, terdapat beberapa kisah hidupnya sehingga zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan. Dia tinggal di Madinah . Ketika terjadi permusuhan antara Ali bin Abi Talib dengan Muawiyah bin Abu Sufyan, urwah pernah pergi ke Syam dan bertemu dengan Muawiyah. Ketika itu, usianya sudah lanjut tetapi dia berani berbicara lantang menasihati Muawiyah

Dalam ucapannya di hadapan Muawiyah dia mengagungkan Bani Hasyim berbanding Bani Umaiyah. Tentu sahaja orang yang berada disitu tidak senang. Amr bin Ash yang berketurunan Bani Umaiyah segera membantah dan sempat mencela nasab Urwah binti Haris. Marwan bin Hakam yang berada disitu cuba berusaha mententeramkan suasana. 

Dengan kebijaksanaan yang ada pada Muawiyah bin Abu Sufyan dia segera meleraikan pertengkaran dan dia memohon maaf untuk kedua-dua sahabatnya,Amr bin Ash dan Marwan bin Hakam atas kelancangan mereka berbicara di hadapan ibu bapa. 
"Apakah yang kamu inginkan sekarang,"tanya Muawiyah dengan ramah. 
"Aku tidak inginkan apa-apa,"jawab Urwah. Kemudian dia berdiri dan terus keluar. 
Terus sahaja, Muawiyah berkata kepada para sahabatnya. 
"Demi Allah! seandainya setiap orang yang ada di majlis ini bertanya kepadanya tentu dia menjawab setiap orang dengan jawapan yang berbeza. Ini kerana sesungguhnya wanita-wanita Bani Hasyim lebih fasih berbicara berbanding dengan lelaki-lelaki Bani Hasyim. 

Muawiyah menemui Urwah semula sebelum dia pergi dan memuliakannya. Urwah pun kembali ke Madinah dan tinggla di sana sehingga meninggal dunia pada tahun 50 Hijrah. 

"usianya sudah lanjut tetapi dia berani berbicara lantang menasihati Muawiyah"

Daripada ; 

mselim3
Previous
Next Post »

10 comments

Write comments
December 13, 2014 at 3:29 PM delete

terima kasih kerana berkongsi... suka acik membaca sirah-sirah ttg zaman dahulu.. banykkan lagi kongsikan

Reply
avatar
kakrose
AUTHOR
December 13, 2014 at 7:12 PM delete

as salam..
salam ukhwah singgah sekejap :)

Reply
avatar
Etuza
AUTHOR
December 14, 2014 at 9:12 AM delete

As'salam..terbaik entry dapat membaca kisah para sahabat nabi..alhamdulillah...
http://madey09.blogspot.com/2014/12/bicara-kesihatan-lelaki.html

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
December 15, 2014 at 9:31 AM delete

Assalamualaikum MSelim3;
Ilmu pengetahuan yg bermanfaat buat saya. T kasih atas perkongsian ini. Semoga Allah jua yg memberkati... aamiin.

Reply
avatar
Fidah Shah
AUTHOR
December 15, 2014 at 11:49 AM delete

Assalamualaikum Mselim...
Alhamdulillah..dapat tambah pengetahuan tentang sirah Islam..
Kisah seorang tokoh yang berani....Sepatutnya tokoh yang sedemikian dijadikan idola untuk generasi sekarang...

Reply
avatar
Khai_Sol
AUTHOR
December 15, 2014 at 1:16 PM delete

terima kasih kerana berkongsi ilmu :)

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
December 15, 2014 at 7:42 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Semoga kita mendapat berkat daripada para sahabat Rasulullah SAW, amiin..

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
December 16, 2014 at 8:33 AM delete

Insan pilihan...Thanks for sharing MS..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
December 16, 2014 at 10:35 PM delete

wanita juga punya hak utk lantang berbicara kan ...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 20, 2018 at 5:21 PM delete

Urwah ni perempuan kan? Kenapa pakai bin ye? Maaf, saya dah keliru tadi

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon