Kenalkah anda kepada sahabat nabi bernama Anas bin Malik? Sejauh mana anda mengenali Anas bin Malik ini. Kita hanya mendengar atau membaca hadis riwayat Bukhari atau Muslim apabila berkaitan meriwayatkan hadis Rasullulah saw. Tahukah kita Anas bin Malik Al-Ansori adalah salah seorang sahabat yang tidak asing dalam meriwayatkan hadis nabi. Anas bin Malik merupakah salah seorang sahabat dan perawi yang ketiga paling banyak meriwayatkan hadis Baginda Rasullulah saw selepas Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar.
Marilah kita melihat bagaimana Anas bin Malik ini menjadi salah seorang perawi hadis di zaman Rasullulah saw dan bagaimana kehidupan beliau semasa zaman Rasullulah saw. Ada riwayat mengatakan bahawa Anas bin Malik telah meriwayatkan sebanyak 2,286 hadis sepanjang kehidupan bersama Rasullulah saw.
Nama sebenar beliau adalah Anas bin Malik ibn Nadar al-Khawarij al-Ansori. Beliau adalah anak kepada Ummu Sulaym iaitu wanita pertama yang memeluk islam di kalangan penduduk Madinah sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah. Ayahnya pula bernama Malik ibn Nadr. Bagaimana Anas bin Malik menjadi rapat dengan Rasullulah saw? Melihat akhlak yang mulai memberikan kesan yang mendalam kepada Anas bin Malik sehingga beliau diangkat menjadi sebagai salah seorang sahabat yang banyak meriwayatkan hadis. Apatah lagi Anas bin Malik digelar sebagai Unais yang bermaksud "Anas Kecil" oleh Rasullulah.
Ibu Anas, Ummu Sulaym mempunyai kekuatan iman yang kuat dan hebat. Beberapa kisah yang menyatakan kehebatan iman dan ketakwaan Ummu Sulaym apabila menyerahkan puteranya, Anas bin Malik untuk berkhidmat kepada Rasullulah saw. Seorang ibu yang sangat yakin bahawa anaknya akan menjadi seorang yang hebat apabila berdampingan dengan Rasullulah saw.Peristiwa lain, yang menyatakan dengan jelas kekuatan iman Ummu Sulaym apabila beliau dilamar oleh Abu Talha yang merupakan seorang saudagar kaya dikalangan penduduk Madinah tetapi belum memeluk islam pada masa itu. Kekuatan imam Ummu Sulaym jelas apabila meletakkan mahar perkahwinan bukan pada harta tetapi pada keislaman Abu Talha sebagai mahar perkahwinan.
Anas bin Malik sentiasa bersama-sama Rasullulah walau kemana jua sekalipun. Rasullulah saw tersenyum bahagia mengusap kepala Anas dan memeluknya. Anas bin Malik dapat bersama Rasullulah saw lebih kurang 10 tahun. Ketika diserahkan kepada Rasullulah saw Anas bin Malik berumur dan waktu Baginda Rasullulah wafat umurnya baru mencecah 20 tahun. Maka selama 10 tahun juga Anas mendapat tarbiah secara langsung daripada Rasullulah saw apabila Anas sendiri selalu mengekori kemana sahaja baginda pergi. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya beliau adalah salah seorang sahabat yang sangat-sangat memahami keadaan nabi, tahu kesusahan nabi dan tahu tingkah laku nabi.
Gambaran Akhlak Rasullulah Saw Melalui Anas bin Malik.
Berdasarkan pengalaman Anas bin Malik adalah seorang anak kecil yang membantu Rasullulah saw yang diarahkan ke pasar. Ketika, Rasullulah mendapati Anas bin Malik lalai menjalankan tugasnya Rasullulah saw tidak marah. Namun, Baginda malah tersenyum.
Rasullulah saw adalah orang yang paling mulia akhlaknya, paling lapang dadanya, paling luas kasih sayangnya. Ketika menjalankan tugas yang disuruh oleh Rasullulah saw , di tengah jalan dia menemui anak-anak sedang bermain, dan Anas pun turut bermain sehingga terlupa arahan Rasullulah saw. Ketika sedang leka bermain Rasullulah saw tersenyum dan berkata:"Wahai Unais telah engkau mengerjakan perintahku?"
Anas lantas berkata:"Ya, aku pergi sekarang Ya Rasululah!.
Sepanjang bersama Rasullulah saw belum pernah Anas mendengar Rasullulah saw berkata,"Mengapakah kau tidak kerjakan ini ? Mengapa kau tidak mengerjakannya?Rasullulah saw adalah yang paling mulia akhlaknya. Begitulah didikan nabi kepada Anas bin Malik. Begitulah contoh didikan Rasullulah agar bapa tidak marah dan bengis dengan anak-anak. Ini kerana ia akan memberikan kesan mental kepada anak-anak yang bakal mewarisi sifat yang sama.
Kehidupan Anas Selepas wafatnya Rasullulah.
Selepas wafatnya Rasullulah saw, beliau adalah antara orang atau sahabat yang paling sedih. Menjadi pembantu peribadi kepada Rasullulah saw selama 10 tahun membuatkan dirinya kehilangan "permata" yang sangat berharga dalam hidupnya. Kemudian Anas bin Malik berpindah,mengajar dan menetap di Basra. Beliau adalah antara sahabat yang panjang umurnya dan hidupnya menjangkau sehingga 100 tahun lebih. Beliau juga mempunyai banyak zuriat yang kebanyakannya menetap di Basra.
Sesungguhnya Rasullulah saw telah mendoakan Anas bin Malik,"Ya Allah kurniakanlah kepada harta dan anak. Berkatilah dia."
Anas bin Malik juga berharap agar memperolehi syafaat Rasullulah kelak. Beliau sering berkata ,"Sesungguhnya saya berharap dapat bertemu Rasullulah saw pada hari kiamat. Saya akan berkata kepada Baginda,"Wahai Rasullulah ini khadam kecilmu Unais."
Tatkala Anas bin Malik jatuh sakit dan hampir menemui illahi beliau berkata kepada keluarganya:"Ajarkanlah saya : Syahadah" . Beliau melafazkannya sehingga meninggal dunia.
12 comments
Write commentssatu pengisian yang bagus... tq sedara atas perkongsian ini..
ReplyAssalammualaikum mSelim. Sentiasa kagum dengan para sahabat Nabi..
Replysubhanallah.sangat hebat akhlak rasullah dan sangat mulia anas kerana didikan dan kasih sayang baginda saw
Replyselalu terbaca tentang anas bin malik. yg ni lbh terperinci. thanks sharing dgn kami mselim
ReplyKasih sampai ke syurga...
Replyasalam Mselim..akan datang esok membaca dengan tenang
ReplyBiasa baca hadisnya tetapi belum baca kisahnya. Terima kasih untuk entri ini
ReplyAssalammualaikum mSelim. Antara sahabat Nabi yang paling terkenal kan..
Replykisah yang bagus untuk di fahami...terima kasih tuan kerana sudi berkongsi....
ReplyAssalam MSelim;
ReplySelalu dengar nama Anas bin Malik, tapi skrng baru jelas tentang beliau.. T kasih atas perkongsian ini.
Salam ziarah dan follow blog ni... dulu2 dah follow dgn blog lama.. suka baca artikel di sini...
Replynice sharing. tak ramai yang buat entri pasal sahabat-sahabat nabi :)
Replyjemput join > http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon