Ummu Sinan Pejuang Wanita Sejati

Ummusinanpejuangwanita


Dia adalah salah seorang wanita suku Ghimar Aslam-Aslam yang berasal daripada keturunan khuza'ah. Dia datang dari kampungnya ke Madinah untuk berbaiah di hadapan Rasullulah saw pada hari pertama baginda di sana. 

Dialah yang menghias Shafiyah binti Huyyai (Ummul Mukminin) pada hari pernikahannya dengan Rasullulah saw. Ummu Sinan adalah seorang pejuang wanita sejati datang menghadap Rasullulah saw semasa Baginda saw akan pergi ke Khaibar untuk berperang.

Ummu Sinan berkata ,"Wahai Rasullulah bolehkah aku keluar bersamamu ke Khaibar, aku akan memberi minum kepada tentera yang dahaga. Aku ubati mereka yang sakit dan terluka dan aku akan membawa mereka pulang." 


Rasullulah saw menjawab,"Pergilah ke Khaibar dengan iringan berkat Allah SWT . Sesungguhnya, beberapa orang sahabat perempuanmu telah meminta izin kepadaku dan aku telah mengizinkan mereka. Jika kamu mahu, berangkatlah bersama mereka atau berangkat bersama kami." 

Ummu Sinan menjawab,"Aku pergi bersamamu." 

Rasullulah saw berkata:"Berangkatlah dengan Ummu Salamah, isteriku." 

Ummu Sinan berkata:"Aku berangkat bersama Ummu Salamah untuk menyaksikan Khaibar ditakluki. 

Ummu Sinan juga sering keluar bersama Rasullulah saw untuk solat jumaat, solat hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Dia juga salah seorang wanita yang meriwayatkan hadis daripada Rasullulah saw. 

Anak perempuan Ummu Sinan yang bernama Tsubaitah juga salah seorang wanita yang dipercayai. Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasullulah saw berkata kepada salah seorang wanita yang biasa dipanggil Ummu Sinan,"Apakah yang menghalangmu untuk melaksanakan haji bersama kami?" 

Ummu Sinan menjawab,"Dua kolam kepunyaan bapanya itu suaminya juga pergi haji, sedangkan salah seorang anak lelakinya sibuk menguruskan satu daripada dua kolam tersebut dan anak lelaki yang lain sibuk menguruskan pengaliran kebun kami." 

Rasullulah saw bersabda, 
"Jika bergitu, berumrahlah di bulan Ramadan kerana umrah di bulan Ramadan menandingi pahala haji." (HR Bukhari,Muslim dan An-Nasa'i) . 

Sumber : 100 Tokoh Wanita Di Zaman Rasullulah saw.
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
November 12, 2014 at 8:49 AM delete

Best baca... Thanks mselim sbb cerita2 cmni

Reply
avatar
Fiza Aizzawa
AUTHOR
November 12, 2014 at 12:29 PM delete

terima kasih mselim atas perkongsian.. tak pernah lagi Fiza baca cerita mcm nie..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
November 12, 2014 at 2:08 PM delete

Assalam MSelim3;
Saya baru tahu ttg kisah ni. T kasih ye atas perkongsian ilmu. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 12, 2014 at 4:37 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Wanita yang hebat dan bertuah dizaman Nabi..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
November 12, 2014 at 6:19 PM delete

alhamdulillah, moga impian yumida nak menunaikan umrah atau haji akan kesampaian. buat di bulan ramadhan byk pahalanya.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon