Ummul Mukminin-Shafiyah as

UmmulMukmininShafiyahas


Dia adalah puteri Hayyi bin Akhthab bin Sa'ya yang bersalsilah kepada keturunannya dengan Al-Lawi bin Israel bin Ishaq bin Ibrahim dan Sahabat Nabi Musa;Nabi Harun as. Wanita suci , solehah , mulia , terhormat dan calon penghuni syurga ini diperisterikan oleh Rasullulah saw setelah menjanda dari suami keduannya. 



Lelaki itu bernama Kinnah bin Abi Huqieq perpisahan dengan isterinya disebabkan oleh pertempuran Khaibar yang memaksa dirinya meninggalkan kehidupan dunia bersama para perajurit yang gugur lainnya. 

Yang perlu diketahui tentang peribadi si suami tadi, bahawa dia termasuk ke dalam jajaran pujangga Yahudi yang sangat terkenal . Sedangkan lelaki pertama yang mendampingi hidup keluarga Shafiyah sebelum dia menganut agama islam bernama salam bin Abil Haqieq . 

Namun kemudian sepeninggalan kedua orang orang suaminya tersebut shafiyah dibebaskan dari perhambaannya oleh Rasullulah saw sekaligus menjadi isteri baginda yang sah. 

Malikat Jibrail menyampaikan sebuah berita yang berupa perintah kepada Rasullulah saw , agar beliau bersedia menikahi janda dua orang suami tadi. 

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad ,Imam Muslim dan Imam Daud . Diriwayatkan oleh Imam Bukhari. 

Oleh kerana petunjuk Allah dan pancaran cahaya hati Shafiyah yang memantulkan kemuliaan, kehormatan,ilmu-ilmu keagamaan dan kecantikkan parasnya , dan bergelar Umul Mukminin (ibu kaum muslimin), yang mana merupakan panggilan bagi isteri-isteri Rasullulah saw. 

Disebutkan oleh suatu riwayat , bahawa Shafiyah meninggal dunia pada tahun ke- 50H dan kuburnya terletak di Baqi . 

Adapun hadis-hadis Rasullulah saw yang diriwayatkannya, berjumlah 10 hadis . Satu hadis diantaranya diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim. 

Buku"Cerita-Cerita Motivasi Untuk Hidup Bertakwa" 
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Si Matatajam
AUTHOR
December 24, 2012 at 2:00 PM delete

Owh camtu alkisahnya....Tq share yek

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon