Apabila Hari Raya Jatuh Pada Hari Jumaat?

solathariraya

Soalan : 


Saya dapati apabila hari raya jatuh pada hari jumaat, jemaah solat Jumaat sangat sedikit . Sedangkan jemaah  yang datang untuk solat sunat hari raya sangat ramai sehingga tidak cukup ruang masjid. Kenapa keadaan ini berlaku, sedangkan solat jumaat itu wajib dan solat hari raya adalah sunat? . Mana mungkin yang sunat lebih diutamakan daripada yang wajib? . 



Jawapan :  

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat jumaat yang jatuh bertepatan dengan hari raya, samada Aidil Fitri maupun Aidil Adha. Dalam kitab Rahmatul Ummah fi Ikhtilaf al-A'immah karya Imam Ad-Dimasyqi dinyatakan : 

"Menurut pendapat Imam Syafie , apabila hari raya jatuh pada hari Jumaat, penduduk setempat (pemastautin) wajib menunaikan solat Jumaat manakala mereka yang datang dari kawasan lain tidak wajib menunaikannya.

Menurut pendapat Imam Abu Hanifah , wajib bagi penduduk setempat menunaikan solat Jumaat .

Menurut Imam Ahmad pula , tidak wajib solat Jumaat ke atas penduduk tetap dan orang luar. Kewajipan solat Jumaat gugur selepas mengerjakan solat hari raya, tetapi wajib bagi mereka menunaikan solat zuhor. 

Menurut 'Atha , solat zuhur dan solat Jumaat gugur bersama-sama pada hari tersebut. Maka tidak ada solat sesudah solat hari raya selain solat asar ." 

Berdasarkan keterangan-keterangan yang diberikan , terdapat 4 pendapat yang berbeza dalam hal ini . 

1- Solat Jumaat tidak gugur terhadap penduduk tetap iaitu penduduk yang berada di tempat mereka melaksanakan  solat Jumaat. Bagi mereka yang datang dari luar , kewajipan ke atas mereka digugurkan. Ini pendapat Imam Syafie . Pendapat ini juga merupakan pendapat Uthman dan Umnar bin Abdul Aziz . 

2- Solat Jumaat wajib ditunaikan bagi penduduk tetap dan orang luar. Pendapat ini dipegang oleh Imam Abu Hanifah dan Imam Malik .

3- Tidak wajib solat Jumaat tetapi mereka wajib solat Zuhur . Ini pendapat Imam Ahmad . 

4- Solat Zuhor dan solat Jumaat gugur kewajipannya pada hari tersebut. Tiada solat sesudah solat hari raya melainkan solat asar. Ini pendapat 'Atha bin Abi Rabbah. Turut dikatakan ini juga pendapat Ibnu Zubir dan Ali .

Pendapat Yang Rajih (kuat)

Selepas diteliti , didapati  pendapat yang rajih (kuat) ialah pendapat Imam Ahmad bin Hambal ra . Sekiranya seseorang itu sudah menunaikan solat sunat hari raya , maka tidak wajib baginya menunaikan solat Jumaat. Dia boleh memilih sama ada hendak menunaikan solat Jumaat ataupun tidak . 

Petikan : 

Buku " Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat" 
Rohidzir Rais
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
ajax85
AUTHOR
December 21, 2012 at 1:30 PM delete

Lebih baik solat dua2..kan pahala dpt..hehe

Reply
avatar
hajar
AUTHOR
December 21, 2012 at 2:02 PM delete

walaupun tidak wajib utk bukan pemastautin... tidakkah kamu mahu menambah pahala & amalan?
masa sudah semakin suntuk.... lakukan lah apa sahaja yg boleh menambah pahala utk dibawa ketika bertemuNYA nanti... (ingatan utk diri sendiri juga)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
December 21, 2012 at 4:41 PM delete

tq gd sharing ni

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
December 22, 2012 at 1:12 PM delete

Owh macam tu rupanya..baru M faham..

Reply
avatar
sephia sophia
AUTHOR
December 23, 2012 at 8:58 PM delete

eh macam tu ke? tp rasanya pendapat imam syafie lg boleh diterima kot..

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
December 24, 2012 at 11:10 AM delete

Pandangan 4 imam ini semua boleh dipakai, tetapi macam malaysia lebih memilih pandangan imam syafie. Pandangan 4 imam ini tiada perselisihan daripada segi pokok..semuanya ahlul sunnah jamaah...

so selagi kita berpegang pada al-Quran dan hadis rasullulah saw selagi itu kita tidak akan sesat dari jalan-Nya. Amin/

mselim3

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon