Soalan :
Saya pernah melihat seorang rakan bersolat di pusat membeli belah tanpa memakai telekung . Menurutnya, tidak wajib memakai telekung, yang wajib hanya menutup aurat. Saya keliru kerana semua muslimah di Malaysia bersolat dengan memakai telekung . Apakah boleh bersolat tanpa telekung?
Jawapan :
Menutup aurat adalah salah satu syarat sah solat. Aurat dalam solat ialah bahagian tubuh yang wajib ditutup ketika bersolat. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan apa yang ditegaskan Allah dalam al-Quran :
"Wahai anak-anak adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhiasan pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (mengerjakan solat)."
Ibn Abbas mentafsirkan perkataan"zinatakum" sebagai pakaian yang wajib dipakai ketika bersolat. Kajian ahli fikah mengariskan aurat wanita ketika bersolat ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan . Ketetapan ini bersumberkan beberapa hadis Rasullulah saw.
Oleh itu, wanita yang menutup auratnya ketika solat, maka sah solatnya. Pakaian apa yang dipakainya untuk memenuhi syarat itu tidak diambil kira. Apabila seorang wanita memakai jubah atau baju kurung atau seluar yang memang menutup aurat dan memakai stoking atau kain labuh hingga menutup kaki , solatnya sah.
Penggunaan telekung hanya terkenal dalam kalangan Muslimah Nusantara dan tidak digunakan di negara-negara lain. Ia bukan satu kewajipan. Sudah tentu sukar untuk sentiasa membawa telekung, terutama ketika musafir atau bekerja. Oleh itu, memadai bersolat dengan pakaian yang dipakainya dengan syarat pakaian tersebut menutup aurat dan bersih.
Malangnya sekiranya diperhatikan, sebahagian Muslimat memakai telekung yang menutup aurat dengan sempurna dan tertib ketika solat, tetapi memakai pakaian "ala telanjang" ketika di luar solat .
Petikan :
Buku "Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat"
Rohidzir Rais
6 comments
Write commentsvery gd sharing tq
Replyhanna penah buat entry pasal nie jugak..iyapp..pkay telekung xwajib pown time solat..janji kite da tutop aurat :'D
Replytq utk perkongsian...
Replya very good imformation..
Replykeep writing ^___^
from ::Arkitek Hati::
Asalkan tutup aurat dan pakaian kita pun bersih, jadi sah la solat tu kan..
ReplyNice sharing dan bermanfaat
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon