Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

cara-solat-sunat-hari-raya-aidilfitri-dan-aidiladha


Rasullulah saw mula mengerjakan solat sunat hari raya ini pada tahun ke-2 hijrah. Ada sebahagian ulama menyebutkan bahawa solat yang paling afdal yakni utama ialah solat sunat 'Aidil Adha. Kemudian solat sunat 'Aidil Fitri' , kemudian solat sunat gerhana, istiqa' dan seterusnya solat-sunat sunat yang lainnya. Solat sunat ini ialah sunat muakkad atas tiap  muslim yang akil baligh. Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

Waktu Pelaksanaannya 


Waktu untuk mengerjakan solat sunat hari raya ialah mulai terbit matahari tetapi sunat ditakhirkan (dilewatkan) kekal waktu mengerjakannya sehinggalah gelincir matahari.

Pada pagi hari pertama bulan syawal dan 10 hijrah setiap tahun dianjurkan supaya mengerjakan solat sunat aidilfiri dan aidiladha. Solat sunat ini sunat muakkad dan pelaksanaannya hendaklah secara berjemaah . Adapun khutbahnya pula ialah sesudah solat.
Waktu mengerjakannya ialah pada awal waktu Dhuha yakni apabila matahari telah naik sekadar segalah dari kaki langit.

Tambahan : Bagi solat hari raya aidiladha solat sunat disegerakan sedikit supaya mempunyai keluasan waktu untuk ibadah korban. Manakala bagi hari raya aidil fitri sunat bagi imam melewatkan sedikit supaya orang mempunyai keluasan waktu untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat.


Cara Mengerjakannya 


Dalam pada itu sunat bertakbir berulang kali :




Jika Solat Aidil Fitri lafaz niatnya ialah : 



niat-solat-sunat-aidilfitri



Jika Solat Aidil Adha lafaz niatnya ialah :



niat-solat-sunat-aidiladha
 "Sahaja aku solat Aidil Adha dua rakaat sebagai (imam-makmum) kerana Allah Taala."

Sesudah takbiratul ihram dan sebelum membaca al-fatihah takbiratul ihram pula 7 kali pada rakaat pertama, dan 5 kali pada rakaat kedua dan setiap takbiratul ihram itu kita mengucapkan tasbihnya iaitu :


"Maha Suci Allah , segala puji bagi Allah, Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung."

Kemudian sempurnakanlah solat ini sebagaimana biasa sehingga salam. Kemudian barulah khutbah disampaikan khatib dan sehendaklah sekalian yang hadir mendengarnya dengan teliti. 

Sumber : 
Rujukan Buku Solat Sunat Aidilfitri dan Aidiladha .
Diolah semula mselim3 

Terima kasih kerana sudi membaca artikel Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha ini. 
Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
Ratu Hatiku
AUTHOR
August 5, 2013 at 3:13 PM delete

Tq sharing.
Selamat hari raya buat mselim3 sekeluarga.. Maaf zahir & batin

Reply
avatar
زليخا
AUTHOR
August 5, 2013 at 8:36 PM delete

tq share... saya baru taw kenapa waktu solat aidiladha lebih awal dan waktu solat aidilfitri lambat.

Reply
avatar
Jahirah
AUTHOR
August 5, 2013 at 9:26 PM delete

sharing is caring...tq berkongsi...:)

Reply
avatar
jai
AUTHOR
August 7, 2013 at 7:49 PM delete

jom berkongi kepada semua

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 8, 2013 at 12:34 AM delete

syukran fazilan sbb share bnde baik ni.....

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 8, 2013 at 12:35 AM delete

syukran jazilan sbb sudi kongsi bnbe baik ni....

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
December 5, 2013 at 10:26 PM delete

mohon share ilmunya tuan

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon