Korban dan Akikah Di Kemboja Lebih Mudah Dengan eQurban

equrban

Saya yakin pasti ramai yang sudah merancang untuk melakukan ibadah korban dan akikah di musim korban nanti. Kenapa memilih untuk melakukan ibadah korban di kemboja? Kerana kebanyakan umat islam kemboja adalah daripada golongan yang miskin dan kurang kemampuan yang ramai. Jadi apalah salah kita berkongsi-kongsi ibadah korban ini dengan golongan yang memerlukan. Sesamalah kita meraikan mereka .. ok. 

Pengertian Korban, Hukum, dan Hikmah

Korban bermaksud hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha atau Hari Tasyrik iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadah atau menghampirkan diri kepada Allah SWT.  

Hukum ibadah korban ini adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat-sangat dituntut bagi mereka yang berkemampuan dan wajib bagi yang bernazar. Sebahagian ulama mewajibkan kepada umat islam yang mempunyai kemampuan untuk melaksanakan ibadah korban setiap tahun. Amatlah rugi jika kita tidak melakukan ibadah korban ini , malah Allah SWT juga akan melipat gandakan amalan pahala kita dan dimurahkan rezeki yang halal. 

Hikmah Ibadah Korban :
  1. Menghidupkan erti pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim as dan anaknya Nabi Ismail as.
  2. Sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk patuh kepada Allah SWT .
  3. Menambah rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama islam apabila menyedekahkan daging korban tersebut kepada insan yang memerlukannya. 
Daripada Abu Hurairah ra, Rasullulah saw telah bersabda:

"Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami." 
(Hadis Ibnu Majah)


Firman Allah SWT ; 
surahal-kautharayat1-2surahal-kautharayat1-2
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
(Surah Al-Kauthar ayat 1-2)

Rasullulah saw telah berkorban dengan menyembelih 2 ekor kibasy yang berwarna putih dan bertanduk. Baginda sendiri menyembelih kedua-duanya dan baginda telah menyebut nama Allah,bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkuk kibas tersebut. 
~HR Bukhari dan Muslim~

Pengertian Akikah dan hikmah

Dari segi bahasa bermaksud 'memutuskan' .Dari segi syarak bermaksud menyembelih binatang ternakan seperti kambing,unta, kibas dan lembu buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ke-7 kelahiran atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh.  


Hikmah Ibadah Akikah :

  1. Melahirkan rasa gembira atas kelahiran satu jiwa muslim yang baru kepada Allah SWT. 
  2. Mendekatkan anak itu kepada Allah atas ibadah akikah yang dilakukan. 
  3. Mengukuhkan tali persaudaraan sesama muslim apabila majlis akikah ini dihadiri oleh kaum keluarga, saudara mara dan jiran tetangga.
  4. Menunjukan tanda kesyukuran kepada Allah atas kurniaan 'cahaya mata' penyeri sesebuah keluarga itu.
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Salman bin Amir al-Dhabi ra, Rasullulah saw bersabda:"Bersama bayi itu akikahnya maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripada perkara yang menyakitkan (kotoran dan najis). 

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya daripada Samrah ra, katanya:"Rasullulah saw bersabda:"bayi itu tergadai (tergantung) oleh akikahnya disembelihkan ia pada hari ketujuh,berikan nama dan cukurkan kepalanya."

Oleh itu, setiap tahun pihak eQurban akan bersama-sama menjalankan Program Qurban di Kemboja dengan harga pada kadar yang berpatutan. Untuk satu bahagian lembu sahaja RM 280.00 sahaja, atau RM1,960.00 untuk satu ekor lembu. Untuk satu ekor kambing pula hanya berharga RM550.00 sahaja

Pesanan atau tempahan boleh dibuat secara atas talian atau online di eQurban mulai pada 30 September 2014
Cepat-cepat sementara stok masih ada dan dengan Program eQurban ini sangat bagus kerana: 
  1. Mudah dan cepat semua urusan tempahan dan bayaran boleh dilakukan dengan hanya satu klik sahaja. 
  2. Sijil pengesahan daripada Pihak eQurban untuk setiap tempahan yang dibuat. 
  3. Tuntutan agama Pihak eQurban akan memudahkan urusan tuan-puan dalam melaksanakan ibadah korban ini. 
Cara-Cara untuk membuat tempahan dengan eQurban
  1. Klik website eQurban >>Klik Sini <<<
  2. Kemudian klik tempahan dan tentukan bahagian korban yang ingin dilaksanakan. 
  3. Butiran akaun bank untuk bayaran akan dipaparkan 
  4. Kemudian isi maklumat peribadi di borang yang telah disertakan 
  5. Urusan Selesai
Semoga ibadah korban dan niat murni kita ini diberkati Allah SWT disamping juga dapat membantu umat islam seislam kita di sana. Untuk info lebih anda lanjut boleh layari laman eQurban atau boleh tonton utube di bawah ini .


"Beribadah Sambil Beramal"
Previous
Next Post »

12 comments

Write comments
sitirohaida
AUTHOR
September 25, 2014 at 2:27 PM delete

salam mselim,
sekarang nie semuanya dihujung jari,bila ada rezeki lebih tu boleh la mengerjakan ibadah qurban nie..bukan selalu kan..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 25, 2014 at 5:07 PM delete

alhamdulillah skrg byk aktiviti korban dan akikah dibuat kat kemboja kan mselim
moga sedekah sampai kepada mereka yg selayaknya
mudah dgn equrban..dgn teknologi internet
moga amalan murni diberkati allah s.w.t

Reply
avatar
September 26, 2014 at 10:45 AM delete

Anak saya yang kedua dan ketiga, akikahnya kami buat di kemboja..membantu umat Islam di sana

Reply
avatar
Geng Borak
AUTHOR
September 26, 2014 at 2:24 PM delete

alhamdulillah... moga ramai lagi yang melakukan ibadah ini....

Reply
avatar
Abam Kie
AUTHOR
September 26, 2014 at 10:49 PM delete

saya dah masuk thn ketiga qurban di kemboja...mudah, murah,,,

Reply
avatar
Etuza
AUTHOR
September 26, 2014 at 11:06 PM delete

berbahagia lah hambaNya yang berkemampuan lakukan korban,pasti Allah berikan kerahmatan dalam kehidupannya..Etuza nak link kan ya..

Reply
avatar
mrhanafi
AUTHOR
September 27, 2014 at 6:47 AM delete

semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua..

Reply
avatar
September 27, 2014 at 2:49 PM delete

kalau berkemampuan boleh la lakukan korban nie.. ^_^ bagus sekali

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
September 27, 2014 at 2:54 PM delete

Marilah bersama kita kerjakan apa yg termampu... Allahuakbar!

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 27, 2014 at 5:32 PM delete

Alhamdulillah, byk kemudahan untuk kita bt kebaikan.

Reply
avatar
AwekTrader
AUTHOR
October 2, 2014 at 4:10 PM delete

Tahun ini InshaAllah kami sekeluarga masuk 1 bahagian.
Semoga diberkatiNya
Amin

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon