Zaid ibn Harithah (588-630M) merupakan seorang sahabat nabi yang namanya disebut dalam al-Quran surah al-ahzab. Mempunyai seorang anak yang terkenal bernama Usamah bin Zaid hasil perkongsian beliau dengan Barakah.
Barakah adalah seorang gadis yang berasal dari Habsyah (Ethiopia). Pada asalnya Barakah merupakan seorang hamba yang didagangkan atau dijual di pasar. Namun, beliau diselamatkan atau telah dibeli oleh bapa Rasullulah saw iaitu Abdullah bin Abdul Muttalib. Barakah telah diberikan gelaran sebagai "Ummu Aiman".
Berikutan pemergian Abdullah, bapa Rasullulah saw atas urusan perniagaan Barakah menjadi pembantu peribadi kepada isteri Abdullah,iaitu bonda Rasullulah saw iaitu Aminah binti Wahab. Apabila Aminah melahirkan Baginda Rasullulah saw, Barakah bertindak sebagai pengasuh dan penjaga kepada Rasullulah. Setelah Aminah meninggal dunia, Barakah bersama-sama Rasullulah saw menetap di rumah Abdul Muttalib. Setelah baginda bernikah dengan Khadijah binti Khuwalid, Barakah turut mengikuti Rasullulah menetap di rumah Baginda. Hasil usaha Rasullulah bersama Siti Khadijah binti Khuwailid Barakah dinikahkan dengan anak angkat baginda Zaid bin Harithah.
Zaid bin Harithah remajanya adalah merupakan hamba kepada Rasullulah saw. Kemudian, Baginda Rasullulah saw membebaskannya dan merdeka. Setelah merdeka dan meningkat dewasa beliau berkahwin dengan Zainab binti Jahsy. Setelah hidup beberapa tahun Zaid bercerai dan kemudian berkahwin Barakah yang diberikan gelaran ummu aiman untuk menghapuskan amalan tradisi Arab Jahiliyah, perhambaan.
Jasa dan Perjuangannya
Zaid bin Harithah dilantik oleh Rasullulah saw sebagai ketua perang untuk berjuang menentang tentera Rom Byzantine dalam peperangan yang dikenali "Perang Mu'tah". Bersama-sama Zaid bin Harithah adalah Jaafar bin Abi Thalib sebagai panglima perang kedua dan seorang sahabat daripada golongan ansar iaitu Abdullah bin Rawahah. Dalam peperangan ini Zaid terkorban syahid bersama Jaafar bin Abi Thalib dan Abdullah bin Rawahah. Kemudian peperangan ini di pimpin oleh khalid bin al-walid.
Khalid bin al-Walid dilantik sebagai ketua panglima tentera islam dan perlantikannya dipersetujui kesemua tentera islam. Selepas perlantikannya, Khalid bertindak dengan menyelamatkan tentera islam daripada diasak hebat oleh tentera Rom.
Dengan strategik pertukaran yang dibuat dan susunan tentera secara memanjang ke belakang berserta taktik untuk melakukan keriuhan dibarisan belakang . Taktik ini berjaya mengundurkan tentera islam sedikit demi sedikit tanpa dikejar oleh tentera musuh.
Selepas ini, Khalid bertindak cemerlang dalam memimpin tentera islam dalam usaha untuk mnyebarkan islam di Parsi dan di dalam siri peperangan Islam-Rom Byzantine.
Begitulah, besarnya pengorbanan sahabat-sahabat Rasullulah semata-mata hanya untuk memastikan agama islam yang suci ini tegak berdiri di bumi tercinta ini. Selawat keatas junjungan besar Rasullulah saw dan para sahabat Rasullulah saw....
Wassalam... Amin..
7 comments
Write commentsAssalammualaikum mSelim. Semoga kita umat Islam hari ini mendapat kerberkatan dari pejuang2 terdahulu..Amiin
ReplySatu perkongsian kisah dizaman Rasulullah yang menjadi sebutan ramai .. Zaid Bin Harithah seorang sahabat Nabi yang setia dalam menegakkan agama islam..
ReplyThanks MS...Semoga semangat sahabat-sahabat Rasulullah SAW ini meresap ke jiwa kita semua..
ReplyKisah Zaid amat menyentuh hati dan elok dijadikan tauladan
ReplyAssalam MSelim3
ReplySungguh besar pengorbanan sahabat Rasulullah saw.. Semoga Allah sentiasa merahmati. Semoga menjadi contoh ikutan juga kpd kita semua agar sentiasa diberkati kehidupan... aamiin.
mrk berjuang demi agama . fi sabilillah ...
ReplyKisah zaman Rasullullah ni harus di ketengahkan terutama kepada golongan anak2 kita.
ReplyWallahuallam
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon