Khadijah Binti Khuwailid Isteri Kesayangan Rasullulah Saw

khadijahbintikhuwailid


Ketika nabi saw menghadapi rintangan dan halangan daripada kaum quraisy, terdapat dua orang wanita yang berdiri teguh di belakang dakwah islamiah, mendukung dan berusaha gigih mengabadikan diri kepada pemimpinnya, Muhammad saw. Mereka ialah Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Asad. Disebabkan oleh itu, Khadijah berhak mendapat gelaran wanita terbaik di dunia. Dia merupakan Ummu Mukminin sebaik-baik isteri dan teladan yang baik kepada umat islam. 


Khadijah menyedikan sebuah rumah yang selesa kepada Rasullulah saw sebelum diangkat menjadi Nabi dan membantu Rasullulah saw ketika berkhalwat di gua Hira'. Khadijah ialah wanita pertama yang beriman kepada Rasullulah saw. Khadijah adalah sebaik-baik wanita yang menolong dengan jiwa,harta dan jiwanya yang penuh dengan kebaikan. 

Jika ingin mencari jodoh wanita yang terbaik untuk diteladani tidak payah bersusah payah sesungguhnya Khadijah binti khuwailid sangat taat dan setia terhadap Rasullulah saw. Khadijah membantu Rasullulah saw baginda berkhalwat sebelum diangkat menjadi Nabi serta membenarkannya. 

Khadijah mendahului semua orang ketika beriman kepada Allah dan RasulNya serta kaum muslimin dengan mengorbankan jiwa,harta,dan keluarga. Allah membalas jasanya dengan sebaik-baik balasan dan memberikannya kesenangan dan kenikmatan di dalam istanaNya sebagaimana diceritakan Nabi saw kepadanya : 

Ketika Jibrail datang kepada Nabi saw, dia berkata: 
"Wahai Rasullulah inilah Khadija telah datang membawa sebah bekas berisi kuah dan makanan dan minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikanlah salam kepadanya daripada Tuhannya dana aku, dan beritahu kepadanya tentang sebuah rumah di Syurga daripada mutiara yang tiada kesusahannya di dalamnya dan tidak ada kepayahan" 

Bukankah istana ini lebih baik daripada istana-istana yang ada di dunia , wahai orang terpedaya oleh dunia? Khadijah ra merupakan wanita pertama yang bergabung dengan rombongan mereka dan orang pertama yang beriman kepada Allah di bumi sesudah Nabi saw. 


Khadijah membawa panji-panji bersama Rasullulah saw sejak pertama kali berjihad. Dia menghabiskan kekayaannya dan memusuhi kaumnya. Dia berdiri di belakang suami dan Nabi sehingga nafas terakhir. Disebabkan itulah dia layak menjadi teladan terbaik kepada para wanita. 


Khadijah ra adalah penyokong Nabi saw sejak dari awal kenabian lagi. Ar-Ruhul Amin telah turun kepadanya pertama kali dan menyuruh Nabi saw membaca ayat-ayat yang suci. Kemudian Jibrail menampakkan dirinya. Nabi melihatnya (Jibrail as) sehingga tergamam. Nabi tetap dalam keadaan tergamam sehingga malaikat Jibrail pergi meninggalkan baginda. Kemudian, baginda pergi kepada Khadijah dalam keadaan takut akibat apa yang didengar dan dilihatnya. Rasullulah saw menceritakan perkara atau peristiwa yang telah dialaminya. 

Khadijah berkata :"Bergembiralah dan teguhlah wahai anak lelaki bapa saudaraku. Demi Allah yang menguasai nyawaku. 

Sesungguhnya aku berharap kamu akan menjadi Nabi Umat ini." 
Nabi saw berasa tenang dan gembira apabila bersama Khadijah. 


Apabila bersama Khadijah, Nabi tidak pernah berasa sedih akibat penolakkan dan ejekan orang ramai terhadapnya. Khadijah melapangkan dadanya , melenyapkan kesedihan, mendinginkan hati dan meringankan urusan Baginda. Begitulah ciri-ciri seorang wanita ideal. 



Dialah Khadijah ra yang Allah telah kirim salam kepadanya. Malaikat Jibrail menyampaikan salam itu kepada Rasullulah saw dengan berkata :"Sampaikan kepada Khadijah salam daripada tuhannya." 
Kemudian Rasullulah saw bersabda :"Wahai Khadijah , ini Jibrail menyampaikan salam kepadamu daripada Tuhanmu." 
Khadijah menjawab ,"Allah yang menurunkan salam sejahtera daripada Nya berasal salam (Sejahtera) dan kepada Jibrail semoga diberikan salam (kesejahteraan)." 

Ini adalah kedudukan yang tidak pernah diperolehi oleh seorang pun antara para sahabat yang terdahulu , orang yang awal memeluk islam serta Khulafa Rasyidin. Hal ini disebabkan sikap Khadijah ra yang menyokong pada awal dakwah Rasullulah saw. 

Khadijah ra merupakan nikmat Allah yang besar bagi Rasullulah saw . Khadijah ra mendampingi Rasullulah saw selama Baginda gelisah,menolongnya pada masa susah,membantu menyampaikan risalahNya, dan turut sama merasakan penderitaan pahit dalam berjihad dan menolong Baginda dengan hartanya. 

Rasullulah saw bersabda:
"Khadijah beriman ketika orang lain mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang lain mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang lain tidak memberikanku apa-apa . Allah mengurniakan aku anak daripadanya dan mengharamkan bagiku anak daripada selain dia" 
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Maha Suci Allah yang telah memberikan kurniaan kepada hamba-hambaNya yang taat. Semoga kita dapat mencontohi sikap dan kebaikan Khadijah , Ummu Mukminin...Amin. 

Sumber : 100 Tokoh Wanita Disisi Rasullulah. 
Previous
Next Post »

13 comments

Write comments
Niesa
AUTHOR
May 20, 2014 at 3:04 PM delete

aminnn!semoga dpt jadikan kisah ini sebagai contoh dan panduan menjadi wanita yg taat..

Reply
avatar
Sukma
AUTHOR
May 20, 2014 at 3:18 PM delete

beruntungnya mempunyai sifat mulia seperti Khadijah.......

Reply
avatar
May 20, 2014 at 6:31 PM delete

kalau baca sirah nabi dan ahli keluarganya memang khusyuk ..seronok membaca

Reply
avatar
May 20, 2014 at 6:40 PM delete

Siti \khadijah wanita yang mulia dan baik orangnya.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 20, 2014 at 8:26 PM delete

mulianya sifat khadijah. ciri2 yg harus dicontohi oleh isteri mcm yumida

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
May 21, 2014 at 8:13 AM delete

Thanks MS..mulianya insan yang bernama Khadijah. Anugerah Allah untuk Rasulullah s.a.w

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
May 21, 2014 at 1:14 PM delete

Semua yang dilakukan bukan kerana inginkan pangkat mahupun sanjungan sebaliknya kerana tingginya rasa cinta kepada Allah dan kasih kepada suami dalam menyebarkan syiar Islam..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
May 22, 2014 at 2:50 PM delete

Assalamualaikum MSelim3
Seronok baca ilmu ni.. sifat yg patut dijadikan contoh. T kasih atas perkongsian..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 22, 2014 at 3:40 PM delete

hehe..sampai aisyah pun jeles dgn khadijah tapi takdelah jeles macam org zaman skrg ..teringat cerita saat Khadijah wafat di pangkuan Nabi ..perbualan mereka tu ..awww..romantik sangat.. sobs sobs sobs

Reply
avatar
May 23, 2014 at 11:21 AM delete

Salam

Semoga Tuan diberi kesihatan untuk terus berkongsi kisah wanita hebat dalam Islam untuk manfaat bersama. terima kasih

Reply
avatar
Nurulhidayah
AUTHOR
May 23, 2014 at 7:13 PM delete

Tersentuh dengan Sabda Rasulullah para akhir tu.. hebatnya Khadijah!

Reply
avatar
May 24, 2014 at 11:51 AM delete

Terima kasih atas perkongsian ini ...
Siti Khadijah wanita ulung isteri Rasulullah ..

Reply
avatar
Hafizul
AUTHOR
May 27, 2014 at 10:48 AM delete

Keperibadiannya menjadi idaman wanita solehah...terima kasih kongsikan..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon