BIODATA IMAM HANBALI

biodataimamhanbali


Nama sebenarnya Abu Abdullah bin Muhammad bin Hanbali bin Hilal bin Asad al-Marwazi al-Baghdadi. Beliau lebih dikenali dengan nama Imam Hanbali. Nazar bin Maad bin Adnan merupakan orang yang menemukan Imam Hanbali dan Rasullulah dalam nasab keturunan mereka. 


Imam Hanbali dilahirkan di Baghdad pada bulan Rabiul awal tahun 164H/780M, ketika zaman pemerintahan Bani Abbasiyah di bawah pimpinan Khalifah Muhammad al-Mahdi. Ibunya bernama Sufiah atau Sufiah Maimunah bin Abdul Malik as-Syaibani. Imam Hanbali juga dipanggil Abu Abdullah kerana anak sulungnya bernama Abdullah. 

Sejak kecil Imam Hanbali sangat suka menuntut ilmu. Beliau menghafal al-Quran ketika berumur 14 tahun dn mempelajari ilmu hadis dan fikah . Beliau terus menuntut ilmu sehingga berusia 40 tahun. 

Ketika berusia 16 tahun beliau sudah merantau ke Kufah, Basrah, Syam, Yaman dan tempat-tempat lain untuk menambah ilmu. Ketekunannya menuntut ilmu mnejadikan Imam Hanbali rela tidak berkahwin pada usia muda. Dia berkahwin setelah berumur 40 tahun. Wanita pertama dinikahinya bernama Aisyah bin Fadl dan dikurniakan seorang putera bernama salleh. 

Setelah Aisyah meninggal , dia berkahwin dengan Raihanah dan dikurniakan seorang lagi putera bernama Abdullah . Setelah Raihanah meninggal dunia , beliau berkahwin dengan seorang jariyah bernama Husinah dan dikurniakan lima orang anak iaitu Zainab, Hasan, Husain, Muhammad, dan Said. 

Imam Hanbali digelar Al-Hakam kerana dapat menghafal lebih 700,000 hadis dan berpengetahuan mendalam mengenai ilmu hadis yang melayakkan beliau mengeluarkan fatwa dalam hukum fikah. 

Imam Hanbali juga seorang yang sangat kuat beribadat.Beliau menunaikan sembahyang sunat 300 rakaat sehari semalam dan mengkhatam al-Quran seminggu sekali. 

Petikan : 
Buku Kisah-Kisah Imam Yang Benar
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon