Nasruddin Hoja adalah seorang tokoh sufi yang terkenal dan setaraf dengan Abu Nawas. Pada suatu hari ada tiga orang orang bijak yang pergi berkeliling negeri untuk mendapatkan jawapan atas pertanyaan yang mendesak , hingga akhirnya sampailah mereka di kampung Nasruddin.
Orang-orang kampung itu sepakat memujuk Nasruddin sebagai wakil orang-orang yang bijak di kampung mereka. Nasruddin dipaksa berhadapan dengan tiga orang bijak itu dan dikeliling mereka berkumpullah penduduk kampung menonton mereka berbicara.
Orang bijak yang pertama bertanya kepada Nasruddin:"Di manakah sebenarnya pusat bumi ini?"
"Tepat berada di bawah telapak kaki saya, saudara,"jawab Nasruddin dengan cepat.
"Bagaimana saudara tahu?Boleh kamu buktikan perkara itu?"tanya orang bijak pertama tadi.
"Kalau tidak percaya ,ukur sahaja sendiri ,"jawab Nasruddin.
Orang bijak yang pertama diam tidak boleh menjawab .
Tiba giliran orang bijak yang kedua mengajukan pertanyaan,"Berapakah banyak jumlah bintang yang ada dilangit?
Nasruddin menjawab:"Bintang-bintang yang ada di langit itu jumlahnya sama dengan rambut yang tumbuh di keldai saya ini"
"Bagaimana saudara boleh membuktikan perkara itu?"tanya orang bijak kedua tersebut .
"Nah, kalu tidak percaya,hitung sahaja sendiri rambut yang ada dikeldai itu, nanti saudara akan tahu kebenarannya."
"Itu adalah suatu kerja yang bodoh ,"kata orang bijak kedua ,"Bagaimana orang boleh menghitung bulu keldai."
Nasruddin pun menjawab :"Nah , kalau saya bercakap bodoh umpama dungu , bagaimana orang boleh menghitung bintang di langit?"
Mendengar jawapan itu , si bijak kedua itu pun tidak boleh meneruskan kata-katanya.
Sekarang tampillah orang bijak yang ketiga yang katanya paling bijak diantara mereka bertiga. Dia agak terganggu oleh kecerdikan Nasruddin dan dengan nada marah ia bertanya :"Nampaknya saudara tahu banyak perkara mengenai kedai , tetapi cuba saudara katakan kepada saya berapa jumlah bulu yang ada di ekor keldai itu?"
"Saya tahu jumlahnya ,"jawab Nasruddin .
Jumlahnya bulu yang ada diekor keldai saya ini sama dengan jumlah rambut dijanggut saudara."
"Bagaimana saudara boleh membuktikan perkara itu?",tanya si orang bijak yang ketiga tersebut.
"Oh itu mudah , saudara cabut selembar bulu dari ekor keldai saya , dan kemudian saya cabut sehelai rambut dari janggut saudara . Nah, kalau sama maka apa yang saya katakan adalah benar, tetapi kalau tidak bererti saya keliru."
Tentu sahaja orang bijak ketiga itu tidak mahu menerima cara menghitung tersebut. Dan orang-orang kampung yang mengelilingi mereka mengatakan bahawa ternyata Nasruddin adalah orang yang paling bijak diantara ketiga-tiga orang itu.
Petikan :
Buku Himpunan Kisah Para Sufi
Halaman 67-69
2 comments
Write commentsBijaknya Nasrudin menjawab pertanyaan dan mematahkan hujah org2 bijak tu
Replysalam..nice blog..good entry..:-)
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon