BATU PENGHALAU LALAT....

Suatu hari seorang lelaki Khurasan yang gemar membeli batu-batu , telah melalui jalan di kota Mesir. Dia melihat seketul batu yang sudah dikenalinya , dijual di pinggir jalan . bentuknya cantik dan beratbya kira-kira setengah kilogram . Dia tahu khasiat batu tersebut boleh mengusir lalat. Sudah bertahun-tahun dicarinya dimana-mana , namun baru ditemukan di seni secara kebetulan. Dia segera mendekat dan menanyakan harganya. Penjualnya meminta lima dirham . 


Tanpa berfikir panjang dia pun persetujui harganya. Setelah menyerahkan wang dan barang diterima, dia segera pergi. Namun baru beberapa langkah , dia mendengar si penjual berkata dengan pedagang lain disebelah : 
"Beberapa hari yang lalu aku melihat batu dibuat main oleh kanak-kanak. Aku memintanya , dan sebagai upahnya aku beri kanak-kanak itu manisan . 

Dia merasa senang sekali .Tetapi orang itu berani membeli dengan harga lima dirham. Dasar bodoh!" 

Mendengar kata-kata tersebut pembeli warga khurasan tadi kembali dan berkata: 

"Akan aku buktikan , sebenarnya yang bodoh itu ialah kamu bukan aku." 

"Bagaimana boleh begitu?" 

"Ayuh bangun,ikut aku. Akan aku tunjukkan padamu khasiat batu ini." 

Mereka berdua berjalan bersama menghampiri seorang penjual kurma yang menjual dagangannya di atas sebuah talam yang besar. dan dikelilingi banyak lalat. Lelaki warga Khurasan itu segera mengeluarkan batu tersebut dan meletakkan berdekatan dengan longgokan kurma. Ketika itu, lalat-lalat berterbangan menghindarinya. 

Namun ketika batu itu diambil , lalat-lalat  kembali datang. Perkara itu dia dilakukan sebanyak tiga kali. Sambil menyimpan kembali batu itu dan berkata:

"Hai bodoh! Ini adalah batu pengusir lalat . Sudah lama aku mencarinya . Akhirnya aku dapatkannya darimu dengan harga yang sangat murah. Aku boleh menjualnya kembali kepada kaum bangsawan atau pegawai atasan dengan harga yang tidak terkira. 
Kalau tadi kamu tawarkan dengan harga lima ratus dirham , aku pasti terus setuju tanpa perlu menawar satu dirham pun. Jadi siapa yang bodoh?"

Mendengar penjelasan itu si penjual batu itu terus pengsan. Apabila sedar dari pengsan dia pulang dengan rasa yang menyesal .

Petikan : 
Buku Himpunan Kisah Para Sufi 
Halaman 107-109    
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
Geng Borak
AUTHOR
October 16, 2012 at 12:32 PM delete

nak cari batu... nak cari batu.. ada jual ke? :)

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
October 16, 2012 at 2:53 PM delete

Batu apa kah itu? Nak tau jugak..kesimpulannya kita jgn sewenang-wenang mengatakan org lain tu bodoh...selidik diri kita dulu..

Reply
avatar
uzzam
AUTHOR
October 16, 2012 at 4:20 PM delete

Saya nak tahu pengajarannye apa..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 16, 2012 at 4:20 PM delete

Saya nak tahu pengajarannye apa..

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
October 16, 2012 at 4:42 PM delete

macam si matatajam cakap....kita jangan sewenang2nya mengatakan orang bodoh , ini kerana ilmu tiap orang ada berbeza...contohnya, mekanik ilmu tentang kereta, dan doktor dengan ilmu perubatan...

mekanik tidak akan tahu mengunakan mengunakan jarum suntik, tetapi mekanik sangat mahir menggunakan sepana...ini kerana kemahiran dan kepakaran tiap2 manusia itu berbeza, hanya yang pakar sahaja sahaja yang mengetahuinya...

Dalam kes ini, kita juga jangan sekali2 mempercayai kuasa yang lain dari Allah swt...percaya pada kuasa batu penghalau lalat...kurafat tu...

k,,,wassalam....

senyum2 mesra selalu....

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon