Kebetulan Hassan al-Basri seorang ulama terkenal sedang melalui suatu tempat. Apabila melihat kekejaman yang dilakukan pada anak muda itu, beliau pun tidak dapat berdiam diri.
"Al-Hajjaj seorang yang zalim dan pasti dilaknat tuhan. Kamu juga turut bersekongkol dengan kezaliman al-Hajaj ",katanya sambil mencerca al-Hajjaj kerana kezaliman yang dilakukannya pada pemuda itu.Pegawai-pegawai al-Hajjaj segera bertindak hendak menangkap Hassan Basri. Beliau terpaksa melarikan diri lalu dikejar oleh para pegawai itu. Selepas berlaku kejar mengejar , akhirnya Hassan Basri sampai ke rumah Habib Ajmi.
"Sabahatku , saya sedang dikejar oleh pegawai al-Hajjij . Bolehkah saya berlindung di dalam rumah kamu?,"tanya Hassan Basri. .
"Masuklah dan segera sembunyikan diri kamu,"jawab Habib Ajmi.
Tidak lama kemudian pengawal yang mengejar Hassan Basri pun sampai lalu bertanya ,"Orang tua, adakah kamu nampak Hassan Basri?"
Ya saya nampak dia,"jawab Habib Ajmi.
"Adakah dia bersembunyi di dalam rumah kamu?tanya pengawal itu lagi.
"Ya......,"jawab Habib Ajmi kerana terkenal sebagai orang yang tidak pernah bercakap bohong.
Hassan Basri yang sedang bersembunyi dibelakang pintu berasa hairan mengapa sahabatnya memberitahu pengawal al-Hajjaj yang dia sedang bersembunyi dalam rumahnya. Namun dia berserah kepada Allah.
Para pengawal menyerbu masuk ke dalam rumah itu lalu mengeledah rumah itu bagi mencari Hassan Basri. Anehnya , mereka tidak nampak orang yang dicari walaupun mereka meninjau beberapa kali di belakang pintu.
"Orang tua, mengapa kamu menipu kami?Hassan Basri tidak ada di dalam rumah kamu,"herdik pengawal kamu.
Giliran Habib Ajmi pula yang merasa hairan.
"Saya tidak bercakap bohong. Sebentar tadi Hassan Basri sampai se sini lalu bersembunyi di dalam rumah saya,"kata Habib Ajmi.
Sekali lagi pengwal itu masuk ke dalam rumah bagi mencari Hassan Basri. Namun , kemudian keluar semula dengan muka yang marah kerana rasa ditipu .
"Orang tua, awak memang sudah nyanyuk . Cakap merepek , buang masa kami sahaja,"marah pengawal itu lalu segera beredar bagi meneruskan pencarian.
Kemudian Hassan Basri keluar lalu mendapatkan Habib Ajmi."Apakah doa yang kamu baca hingga mereka tidak nampak aku?,"tanya Hassan Basri.
"Sebenarnya bukan kerana doa saya kamu selamat, tetapi kerana berkat kejujuran saya berkata benar. Sekiranya saya bercakap bohong tadi dan kamu tertangkap , saya juga mendapat malu,"jawab Habib Ajmi.
Petikan :
Buku :" Kisah Imam Yang Benar"
Halaman 36-37
1 comments:
Write commentsInteresting sungguh cerita ni..bleh buat pengajaran ntuk anak2
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon