Rasullulah saw menitiskan air mata, melihat nasib pemuda bangsawan itu.

kisahmusa'anbinumair

Usaid bin Khudjair , seorang tokoh di Madinah dengan nada tinggi mengancam Mush'ab bin Umair seorang daie dari Mekah dengan kata-kata kasar. Usaid menuduh pemuda yang datang dari Mekah itu hanya akan membuat kacau di Madinah, memujuk orang-orang lemah dan mengoda wanita. 


"Jika masih ingin hidup , segera tinggalkan Kota Madinah ini!,"ancam Usaid . 

Menghadapi kekasaran Usaid,Mush'ab bin Umair hanya tersenyum. "Baiklah saudara ,tolonglah duduk sebentar . Terimalah ucapan saya jika memang baik , dan tinggalkan saya jika ternyata tidak berkenan di hati anda,"kata Mush'ab dengan lemah lembut. 

Mush'ab bin Umair kemudian menceritakan maksud kedatangan untuk membawa risalah Muhammad saw tentang ajaran islam yang mencintai perdamaian. Dari tutur katanya yang bijak itu, hingga membuat Usaid menjadi terpesona dan kemudian membenarkan ajakan Mush'ab. 

Siapakah Mush'ab bin Umair itu? Dia adalah seorang pemuda yang tampan dan kaya. Di antara pakaiannya ada yang berharga 200 dirham atau senilai 100 kambing waktu itu. 

Pemuda ini memeluk islam setelah mengikut kajian wahyu di Darul Arqam. Ketika keluarganya mengetahui , dia dikurang di dalam rumah. Setelah berhasil melepaskan diri, pemuda itu nekad dengan kaum Muhajirin untuk berhijrah ke Madinah. 

Kehidupan yang serba kekurangan setelah masuk islam sangat berbeza dengan kehidupan mewah sebelumnya. Namun, pemuda itu tetap tabah dalam keimanannya. 

Perkara itu yang membuatkan Rasullulah saw menitiskan air mata , melihat nasib pemuda bangsawan itu. Pakaiannya pun kini banyak tampalan dengan kulit kambing. 

Sebagai seorang Mubaligh , Mush'ab dikenali sebagai muqri' atau ahli Al-Quran. Dia memiliki keistimewaan dalam berdakwah , tutur katanya ramah dan lemah-lembut, seperti yang disampaikan kepada Usaid itu. 

Rasullulah menugaskan Mush'ab bertabligh di Yathrib , kota yang dihuni orang-orang musyrik Yahudi dan Nasrani. Namun dengan apa yang dimiliki , dia telah berjaya. 

Di Madinah , Mush'ab berjaya mendamaikan suku Aus dan suku Khazraj yang sudah puluhan tahun bersengketa . Mush'ab diangkat sebagai imam pertama bagi kedua suku yang bersengketa itu. 
Dialah orang pertama yang menyelenggara dan memimpin solat jumaat di kota Madinah. 

Ketika Mush'ab gugur di medan perang , sebagai pahlawan islam, takni dalam perang Uhud , kain kafannya tidak cukup untuk menutupi jasadnya, sehingga para sahabat menyambungkannya dengan daun "idzkhir" pada kakinya . 

Pertikan : 
Buku"Himpunan Kisah Para Sufi" 
Halaman 19-21 
Muhamad Ibrahim Salim. 
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
ajax85
AUTHOR
October 11, 2012 at 9:21 AM delete

kita sepatutnya mengambil panduan cerita tersebut...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 11, 2012 at 1:07 PM delete

Musab ra telah di hantar oleh Nabi saw ke Madinah sebelum Nabi saw hijrah setelah 6 org Madinah masuk Islam di Mina ketika musim haji pada tahun ke 10 kenabian. Setelah Musab ra berada di Madinah selama setahun, beliau pulang kembali ke Mekah. Kemudian beliau berangkat ke Madinah utk hijrah. Beliau telah mendakwahkan Islam kepada pembesar2 Banu Ashal yaitu Saad B Maaz dan Usaid Bin Hudhair. Setelah masuk Islam, Saad B Maaz mendakwahkan Islam kepada Bani Ashal dan pada hari yg sama seluruh Banu Ashal masuk Islam. Jadi kerja dakwah ini di lakukan sahabat walaupun mereka baru memeluk Islam. Malangnya kini kita masih belum bersedia untuk mendakwahkan agama Islam kepada orang ramai disebabkan kelemahan iman.

Reply
avatar
Cendol
AUTHOR
October 13, 2012 at 12:32 AM delete

salam alaik,selim .
syukran khatira kerana sentiasa berkongsi cerita2 dan input2 yg bermanfaat.suke beno bace cerite di sini.bnyk yg cendol belom tau .
suke bhse arab ye.baguih2.lughah arabiya,lugahtul Quran!

Reply
avatar
ROJAK
AUTHOR
October 24, 2012 at 10:38 AM delete

cerita macam ni la bagus nanti kita boleh check sendiri sumber dari buku tu.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon