Sayidah Aminah binti Musa Al Kazim adalah seorang wanita yang terkenal dengan warak dan zuhudnya sepanjangnya hayatnya. Beliau mempunyai banyak karamah sehingga makamnya tidak putus dikunjungi orang . Karamahnya masih kelihatan walaupun sesudah wafatnya.
Pada suatu hari ada seorang saudagar menyerahkan 20 tin minyak untuk menerangkan lampu-lampu yang dinyalakan disekitar makam beliau. Tetapi setiap kali minyak itu dituang dan apinya hendak dinyalakan, sumbunya tidak mahu menyala.
Penjaga makam merasa hairan melihat apa yang berlaku. Pada suatu malam dia bermimpi Sayidah Aminah berkata kepadanya:"Kembalikan minyak itu kepada yang memberi. Katakan kepadanya kami tidak dapat menerima melainkan yang halal."
Bila penjaga makam terjaga dia segera memulangkan minyak itu kepada saudagar itu dan menceritakan kepada saudagar tentang mimpi yang dialaminya. Saudagar itu, mengaku bahawa minyak yang diperolehi itu adalah melalui cara yang haram."
Sumber : Siapa Wali
9 comments
Write comments20 tin tuuu...
ReplyAssalammualaikum mSelim. Kisah yang sangat luar biasa. Dipelihara Allah zahir dan batin..
ReplyMaha Suci Allah :)
Replysungguh Allah menjaganya wppun dia sudah berada di sana ...
ReplySaya baru tahu kisah ini m.selim..terima kasih berkongsi
ReplySatu kisah luar biasa yang diceritakan untuk perkogsian di sini ..Thnaks MS
ReplySebelum ni tak tahu pon tentang kisah wali Allah ini..Alhamdulillah dapat sedikit ilmu ..sekarang dah pon tahu sikit2 ...Tq MS
ReplyAssalam MSelim3
ReplySubhanallah walhamdulillah... Allahuabar...
Allah Maha Besar
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon