Siapakah Pejuang Thalhah bin Ubaidillah?

thalhahsyahidyanghidup


Thalhah bin Ubaidillah ra adalah sahabat nabi yang pemurah dan dermawan. Sepanjang hidup atau hidupnya digunakan hanya untuk islam rela berkorban baik rohani dan jasmaninya. Kisah Thalhah Ubaidillah memeluk islam melalui Abu Bakar as Siddiq, dan merupakan orang islam yang terawal memeluk islam dan 10 sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasullulah saw. 



Pada saat hendak memeluk islam, ketika Thalhah bersama Abu Bakar as menemui Rasullulah saw dan mengucapkan dua kalimah syahadat. Setelah islam, ketika dalam perjalanan itu Nofel bin Khuwailid yang dikenali dengan gelaran "Singa Quraisy" yang terkenal dengan kejam dan kebengisannya. Lalu mereka diseksa dengan seksaan yang teruk kerana memeluk islam. Kerana peristiwa ini mereka berdua digelar atau mendapat gelaran "Alqorinan atau dua serangkai". 
thalhahbinubaidillah

Thalhah adalah seorang sahabat yang teguh dengan pendiriannya terhadap agama islam. Pada waktu perang Uhud tubuh Thalhah menerima lebih 70 tikaman atau anak panah dan beberapa jarinya putus. Ketika tentera islam disaat yang genting dan Rasullulah saw berada di dalam bahaya akibat pasukan memamah yang mengingkari perintah Rasullulah saw tentera musyrikin menyerang balik dengan segenap penjuru yang memaksa pasukan tentera muslimin sekuat tenaga melindungi Rasullulah saw. 

Diantara sahabat yang kuat mempertahankan Rasullulah saw sehingga ia melindungi Rasullulah saw dengan badannya. Sehingga pihak tentera musyrikin merasakan bahawa Rasullulah telah terkorban dalam pertempuran ini. Namun, begitu Rasullulah saw sebenarnya selamat Thalhah telah memapah Rasullulah saw menaiki bukit yang ada dihujung pertempuran. Maka Thalhah mendapat gelaran "Burung Helang Hari Uhud".  Ketika Abu Bakar as datang menemui Rasullulah saw, Rasullulah bersabda:"Lihatlah saudaramu itu (merujuk kepada keadaan Thalhah yang penuh dengan luka.

Thalhah juga adalah seorang sahabat nabi yang kaya raya tetapi sangat dermawan dan pemurah. Isterinya yang bernama Sa'ud binti Auf pernah melihat Thalhah sedang duduk temenung kemurungan. Lalu isteri Thalhah bertanya apa penyebab kemurungan, Thalhah menyatakan bahawa wang yang ada ditangannya terlalu banyak. 

Kemudian memberikan usul agar harta atau wang yang banyak itu disedekahkan kepada fakir miskin. Lalu wang atau harta yang banyak itu disedekahkan kesemuanya kepada fakir miskin tanpa ada tinggal sesen pun. Assaib bin Zaid berkata tentang Thalhah, katanya : Aku bersahabat dengan Thalhah baik bermukim atau bermusafir aku melihat tidak ada seorang pun yang lebih dermawan berbanding kaum muslimin yang lain. Jabir bin Abdullah meriwayatkan:"Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dermawan dari Thalhah walaupun tanpa diminta. 

Dengan sebab itulah dia mendapat gelaran "Thalhah Si Dermawan","Thalhah Si Pengalir Harta" dan "Thalhah Kebaikan dan Kebajikan." 


Sewaktu terjadi perang jamal Thalhah di pihak lain berperang dengan Saidina Ali ra. Saidina Ali mengusulkan Thalhah agar berundur ke barisan belakang. Satu anak panah telah mengenai betis nya sehingga Thalhah di pindahkan ke Basra oleh kerana luka yang dalam itu menyebabkan Thalhah wafat pada usia 60 tahun. Beliau dimakamkan di suatu tempat padang rumput di Basra. 



Rasullulah saw bersabda kepada para sahabat :"Orang ini termasuk gugur syahid dan barangsiapa senang melihat seorang syahid di atas bumi maka lihatlah Thalhah ra. 


Surahal-ahzabayat23
Maksudnya : 
Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah , maka diantara mereka ada yang gugur . Dan diantara mereka ada yang menunggu-nunggu dan mereka tidak mengubah janjinya. 
(Surah al-ahzab ayat 23).
Sumber Asal diolah semula mselim3.blogspot.com
Previous
Next Post »

11 comments

Write comments
Khir Khalid
AUTHOR
March 6, 2014 at 2:54 PM delete

Assalam MSelim3;
Perjuangan & ikon contoh ikutan yg patut dikenang utk kebaikan kita semua...

Reply
avatar
nOe suhaimi
AUTHOR
March 6, 2014 at 3:37 PM delete

Terima kasih atas perkongsian...

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
March 6, 2014 at 3:44 PM delete

Assalammualaikum mselim!niesa pernah baca kisah Thalhah ni..bgus dijadikan panduan betapa teguhnya iman beliau.. :')

Reply
avatar
March 6, 2014 at 4:46 PM delete

Assalamualaikum mselims ... alhamdulilah terima kasih kongsi entri ini .. penjuangan yang bagus dan semoga jadi tauladan untuk kita

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
March 6, 2014 at 9:29 PM delete

Salam sahabat,
Begitu teguh dan setianya sahabat nabi dalam mempertahankan agama dan Rasulullah saw hanya kerana Allah swt. Sanggupkah kita berkorban harta dan nyawa sepertinya? Jawapan ada pada diri kita sendiri...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 6, 2014 at 10:40 PM delete

Allahhuakbar ... syahid untuknya .

Reply
avatar
fragmenbiru
AUTHOR
March 7, 2014 at 4:45 AM delete

Allahu Akbar..contoh teladan untuk kita semua...

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
March 7, 2014 at 1:19 PM delete

satu perkongsian yang boleh dijadikan tauladan buat kita semua.

Reply
avatar
Pha Is
AUTHOR
March 8, 2014 at 1:11 AM delete

smoga dapat mnjadi pembakar semangat buat kita semua.

Reply
avatar
March 8, 2014 at 10:18 PM delete

Moga kita akan lebih mengenali pejuang-pejung Islam ini.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon