Hukum Minum Air & Makan Tapai | Makan Minum ; Berdiri- Ust Azhar Idrus

hukumminumberdiri

Abu Hurairah ra berkata :"Rasullulah saw bersabda :" Janganlah sesekali salah seorang di antara kalian minum sembil berdiri. Apabila dia lupa maka hendaklah dia muntahkan." 

(HR Muslim no.2026)

Dari Anas ra dari Nabi saw bersabda : "Bahawa beliau melarang seseorang minum sambil berdiri." (HR.Muslim no.2024) 

Ali ra pernah datang dan berdiri datang dan berdiri depan pintu rahbah, lalu dia minum sambil berdiri. Setelah itu dia berkata:"Sesungguhnya orang-orang merasa benci bila salah seorang dari kalian minum sambil berdiri, padahal aku melihat Nabi saw melakukannya sebagaimana kalian melihatku saat ini (berdiri)."
(HR Al-Bukhari no.5615)


Ibnu Abbas ra berkata :"Aku memberi minum kepada Rasullulah saw dari air zam-zam, lalu beliau minum sambil berdiri."(HR Al-Bukhari no.1637 dan Muslim no.2027) 

Di dalam kitab Ar-Raudah, Imam An-Nawawi ra mengatakan bahawa minum sambil berdiri hukumnya tidak mahruh.

Di dalam kitab Riyadhus Salihin, Imam An-Nawawi ra mengatakan hukum minum sambil berdiri adalah dibolehkan. Ada hadis yang menyebutkan bahawa Nabi saw melakukannya. Meskipun demikian, beliau pun menerima kesahihan hadis yang melarang minum sambil berdiri. Maka kesimpulannya beliau ialah minum sambil berdiri adalah dibolehkan tetapi lebih utama jika minum sambil duduk.

Wallahu'alam.

Kredit : Sumber 
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Vee
AUTHOR
March 8, 2014 at 9:58 PM delete

Pernah dengar tentang ni.. Now then I know its true. Kekeke..

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
March 8, 2014 at 10:11 PM delete

Salam,
sebaiknya minumlah ketika duduk tapi sunat jika minum air zam-zam secara berdiri dan mengadap kiblat...wallahualam.

Reply
avatar
March 8, 2014 at 10:12 PM delete

Jadi, ikutlah kesesuaian. Kalau ada tempat duduk, mengapa perlu berdiri kan.

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
March 12, 2014 at 9:40 AM delete

thanks mselim...sebelum ni sll je dnga org ckp minum sambil berdiri tu makhruh..sekarang dh tau.. :)

Reply
avatar
March 18, 2014 at 4:32 PM delete

sekarang ini banyak majlis makan berdiri.terutamanya dihotel

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon