Ummu Sulaim atau Ummu Salamah binti Malhan adalah ibu Anas bin Malik pelayan Rasullulah saw. Dia seorang wanita yang turut tergolong wanita yang berpengaruh. Semua orang hanya mengenali nama panggilannya sedangkan namanya sebenarnya masih diperselisihkan dalam kalangan pakar sejarah. Ada yang mengatakan namanya Salah, Rumaisah, Mulaikah dan ada pula yang mengatakan namanya Umaisha atau Rumaisha. Namun, pakar sejarah namanya Ummu Sulaim, ibu Anas bin Malik pelayan setia Rasullulah saw.
Pada zaman jahiliyah, Ummu Sulaim berkahwin dengan Malik bin Nadhar dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Anas bin Malik. Dia memeluk bersama angkatan pertama dalam kalangan orang Ansar sehinggakan suaminya marah. Namun Ummu Sulaim mempunyai keyakinan yang teguh Rasullulah saw dan mengajarkan Anas kalimah syahadah yang mengEsakan Allah dan mengakui nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Ketika ayah Anas bin Malik, Malik bin Nadhar pergi ke Syam di pertengahan jalan dia bertemu musuh lalu dia dibunuh. Sejak detik itulah, Ummu Sulaim nekad tidak akan berkahwin sehingga Anas bin Malik dewasa dan menyertai majlis-majlis ilmu.
Ummu Sulaim dilamar oleh Abu Talhah yang ketika itu masih musyrik. Ummu Sulaim meletakkan syarat bahawa dia akan menerima lamaran itu andainya Abu Talhah memeluk islam. Mendengar kata-kata Ummu Sulaim itu, hati Abu Talhah bagai diketuk. Dia tertarik pada islam dan kemudian mengucapkan kalimah syahadah. Ummu Sulaim berkahwin dengan Abu Talhah mas kahwinnya adalah dengan keislaman Abu Talhah.
Alangkah indah jika kita mengikuti mengikuti langkah Ummu Sulaim dalam memilih suami. Dia tidak memberatkan calon suami dan memilih orang yang teguh berpegang kepada ajaran islam. Ummu Sulaim meriwayatkan hadis daripada Rasullulah saw sebanyak 14 buah hadis. 4 antara hadisnya diriwayatkan dalam Kitab Sahih Al-Bukhari Muslim. Sebuah hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim sendiri. Ummu Sulaim bukan sahaja perawi hadis tetapi juga handal dan gagah ketika di medan perang.
Dalam perang Uhud dia menunjukkan peranannya dengan memberikan minum kepada pejuang yang haus dan merawat mereka-mereka yang cedera dalam peperangan. Ummu Sulaim juga sangat berani membunuh andai ada pejuang islam yang lari dari medan peperangan. Ibnu Hajar meriwayatkan daripada sanad Muslim bin Ibrahim, Rib'I bin Abdullah bin Jarud, Anas bin Malik telah menceritakan kepadaku, Rasullulah saw pernah mengunjungi rumah Ummu Sulaim dan mendapat buah tangan hasil tangannya sendiri. Bukan sesuatu yang menghairankan membuat cenderahati atau buah tangan ini kerana wanita Ansar suku Kharai dan bernasab Adiy bin Najjar atau tukang kayu.
Baginda Rasullulah saw :"Aku menyayangi Ummu Sulaim kerana saudara dan ayahnya gugur sebagai syuhada ketika berperang bersamaku." Orang dimaksudkan itu adalah Haram bin Malhan yang gugur sebagai syuhada ketika Perang Bi'r Ma'unah akibat terkena lembing di dadanya sehingga tembus ke punggung. Ketika ajal hampir tiba dia berkata:"Demi Tuhan pemilik Kaabah, aku sangat beruntung dapat menyertai peperangan ini."
Anas bin Malik adalah seorang sahabat yang sangat setia melayani Rasullulah saw. Dalam Kitab Sahih Al-Bukhari diterangkan bahawa ketika Rasullulah saw datang ke Madinah, Ummu Sulaim berkata:"Wahai Rasullulah saw anakku Anas akan melayani keperluanmu."
Pada waktu itu, Anas baru berumur 10 tahun. Dia kemudian, menjadi pelayan Rasullulah saw sejak Baginda datang ke Madinah sehingga wafat. Oleh kerana itulah Anas bin Malik sangat mahsyur sebagai pelayan Rasullulah saw. Imam Qurthubi menyatakan , "Pada waktu Perang Hunain, Ummu Sulaim berada antara orang yang bertahan bersama Rasullulah saw. Pada waktu itu, dia memegang unta Abu Talhah sambil membawa pisau kecil untuk melindungi Rasullulah saw.
Manakala Imam Muslim menulis secara khusus dalam kitabnya Sahih dalam bab keutamaaan Abu Talhah al-Anshari dan isterinya, Ummu Sulaim.
Para muslimah perlu meneladani sikap Ummu Sulaim yang sabar dalam menghadapi kesulitan, ujian dan cubaan. Semua ujian tersebut ditempuhi dengan keimanan dan kemantapan hati dengan tidak bergoyang sedikit pun.
Sahabat Anas bin Malik bercerita,"Anak Abu Talhah hasil perkahwinannya dengan Ummu Sulaim meninggal. Ummu Sulaim berkata kepada keluarganya,"Janganlah kamu menceritakan kejadian ini kepada Abu Talhah. Biarlah aku sendiri yang menceritakannya."
Ketika Abu Talhah pulang, Ummu Sulaim mendekati kemudian menghidangkan makanan dan minuman untuk suaminya. Abu Talhah pun makan dan minum sepuasnya. Setelah itu, Ummu Sulaim bersolek cantik berbanding hari biasa.
Abu Talhah sangat tertarik kemudian mengajaknya tidur "bersama". Ummu Sulaim mengajukan pertanyaan kepada Abu Talhah. "Wahai Abu Talhah, bagaimana pendapatmu apabila sesuatu kaum meminjamkan sesuatu kepada salah satu kelurga kemudian itu memintanya kembali pinjaman tersebut. Bolehkah keluarga tadi melarangnya?"
Abu Talhah menjawab,"Sudah tentu tidak boleh,"Jika begitu relakanlah anakmu yang telah kembali kepada Allah SWT.
Mendengar kata-kata isterinya, Abu Talhah sangat marah. Kemudia berkata :"Kamu biarkan aku berjunub seperti ini dan barulah kamu memberitahu tentang anakku."
Keesokkan harinya, Abu Talhah menghadap Rasullulah memberitahu peristiwa semalam. "Semoga Allah memberikan berkat kepada kamu berdua malam pengantinmu." Ummu Sulaim hamil hasil persetubuhan tersebut.
Rasullulah saw mengajak Abu Talhah dan Ummu Sulaim untuk keluar bersama. Pada suatu hari, ketika mereka sudah bersedia untuk berperang, Tiba-tiba perut Ummu Sulaim sakit hendak melahirkan anak . Abu Talhah tidak jadi berangkat. Maka Rasullulah saw berangkat sendirian.
Abu Talhah tidak sampai hati melihat Rasullulah saw pergi seorang diri. Melihat muka Abu Talhah yang kesedihan tidak dapat berangkat berperang bersama Rasullulah. Maka Ummu Sulaim memberitahu bahawa dia tidak sakit lagi, Abu Talhah pun menyertai Rasullulah saw.
Ummu Sulaim merasakan perutnya sakit kembali lalu tidak lama kemudian dia melahirkan seorang anak lelaki. Setelah melahirkan ibu berkata kepada anaknya:"Wahai Anas, tidak boleh seorang pun menyusukan bayi ini sebelum kamu membawakannya kepada Rasullulah saw."
Apabila dibawa dihadapan Baginda Rasullulah saw, Baginda meletakkan bayi itu dipangkuan Rasullulah. Lantas Baginda meminta kurma Ajwa (kurma berkualiti tinggi) dari Madinah kemudaian dikunyah sehingga lumat. Setelah itu, kurma yang telah dikuyah itu dimasukkan ke dalam mulut bayi. Si bayi pun mengerakkan mulutnya.
Rasullulah saw bersabda:"Lihatlah kesukaan orang Ansar terhadap kurma!. Kemudian baginda usap wajahnya dan baginda berikan nama Abdullulah.
Dalam perjalanan hidup Abu Talhah dengan Ummu Sulaim, Abu Talhah dikurniakan ramai anak dan sepuluh antaranya adalah penghafaz al-Quran.
Kini apa yang tinggal hanyalah usaha untuk meneladani mereka. Kisah-kisah tersebut adalah seruan yang ditujukan kepada setiap insan yang beriman. Adakah kita telah bersedia meneriama seruan illahi. Jawapannya terpulang kepada kita terhadap sunnah Rasullulah dan roh jihad yang tertanam dalam jiwa kita .
10 comments
Write commentsSangat berinspirasi perkongsiam mselim ni. Semoga kita juga boleh mencontohi sifat sabar ummu sulaim. Maaf lama tak singgah blog mselim. Agak sibuk dengan kerja.
ReplySemoga mselim terus istiqomah kongsikan kisah2 tauladan :)
subhanallah bagus kisah ni. anak2 menjd penghafaz al-quran. mmg sejuk perut ibu melahirkan..
ReplyAssalammualaikum mSelim. Subhanallah, semoga seluruh anak kita menjadi insan2 berguna yang berjuang mempertahankan agama Islam. Amiin..
ReplyPerkongsian yang bagus ni mselim!
Replysemoga kisah ini menjadi teladan buat semua
ReplyDetik pertemuan Ummu Sulaim dengan Abu Talhah memang indah
ReplyAssalam MSelim3;
ReplySubhanallah walhamdulillah.. sebelum ini tahu ttg keperibadian Anad bin Malik.. Kali ini ttg ibunya.. T kasih atas perkongsian ilmu ini. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.
Ramai antara kita yang tidak tahu kisah ini. Perkongsian yang berguna ni Mselim. Terima kasih.
Replysekadar pencerahan..ummu sulaim namanya Rumaisho kan? Rasanya beliau tak memakai nama timangan Ummu Salamah kerana umum tahu ummu Salamah merujuk kepada isteri Rasulullah s.a.w... semoga bermanfaat
ReplyAssalamualaikum... sekadar berkongsi.. setahu ana ummu Sulaim tidak memakai nama ummu Salamah sebagai nama panggilan (kunyah) kerana nama ummu Salamah merujuk kepada nama salah seorang isteri rasulullah s.a.w...dan kalau tak silap namanya Rumaisho.. semoga bermanfaat..
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon