Kisah ini adalah kisah yang perlu kita ambil iktibar dengannya bahawa Rasullulah adalah insan mulia yang membawa rahmat seluruh alam. Ketika Rasullulah saw telah pergi meninggalkan kita umat akhir zaman. Masih ada lagi peninggalan yang Rasullulah saw tinggalkan jejaknya untuk tatapan umat Rasullulah yang terakhir agar berfikir tentang kebesaran Allah ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw. Inilah pohon yang memahami perasaan cintanya buat Junjungan Mulia Rasullulah."Pohon Yang Diberkati" atau "Sahabat Nabi Saw Yang Masih Hidup Sampai Sekarang."
Tersentuh hati untuk melihat pohon yang menjadi tempat Rasullulah saw berteduh. Inilah pokok yang masih hidup lagi sehingga kini. Pokok ini yang terletak di Jordan ini diberikan gelaran "the only living sahabi" atau "Sahabat Nabi Yang Masih Hidup".
Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi ia dekat dengan Bosra di Syria.
Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun permukaan tanah yang kering kontang tiada air namun,pokok ini boleh hidup. Tiada tumbuhan lain hidup sepertinya . Allah swt menghidupkannya dengan kehendakNya jua. Menariknya , selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500 KM. Kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.
Sebagaimana kita tahu Rasullulah saw telah dua kali pergi ke Bosra;
Pertama, ketika bersama Bapa Saudaranya Abu Talib sewaktu berumur 12 tahun dan bertemu dengan Pendita Buhaira maka terserlah tanda kerasulan Rasullulah saw di belakang bahu iaitu Khatammun Nubuwwah.
Kedua, ketika Rasullulah saw membawa barang dagangan Siti Khadijah. Hal ini, ada diceritakan 21 dalam himpunan mukzijat Rasullulah saw. Kisah pengalaman maisarah iaitu hamba Siti Khadijah yang merasakan banyak keajaiban yang dilihatnya ketika bersama Rasullulah saw dalam perjalanan ke Syam untuk berdagang. Suatu perjalanan untuk berdagang yang sungguh menakjubkan diantaranya ialah barang dagangan Siti Khadijah cepat habis atau laku, tidak cemas atau gelisah maupun sepanjang perjalanan ke Syam serta kenderaan atau unta yang dinaiki kuat dan sungguh bersemangat. Selain Rasullulah saw mempunyai peribadi tulus,jujur dan ikhlas dalam berniaga.
Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita agar lebih mencintai Rasullulah saw dan selalu berselawat kepada Rasullulah saw. Kisah ini bukanlah pelik seperti mana kisah pelik ini pernah berlaku "Kisah Pelepah Tamar Yang Menangis Kerana Rasullulah Saw".
9 comments
Write commentsNice story...
ReplySinggah petang di sini...
nice sharing
Replymasih subur pokok ni kan..
ReplyMama Niza
Assalammualaikum mSelim. Insyaa-Allah kalau ada kesempatan, mungkin suatu masa boleh melawat ke sana..
Replymenarik :-).
ReplyAlhamdulilah..kita masih berkesempatan menyaksikan keindahan pokok ni. Inilah tanda kebesaran Allah...
Replysalam mselim
Replylama sungguh tidak datang ke sini...kisah ini memang menarik. Kebesaran Allah ternyata jelas
Assalam MSelim3
ReplySubhanallah.. dah lebih 1400 tahun.. masih subur berdiri pokok tu kan. Selawat dan salam keatas Baginda Rasulullah saw...
Hebat Allah SWT yang ciptakan pokok ini masih hidup sebagai ingatan kepada kita semua.
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon