Kisah Sahabat Abdullah Dzul Bujadain

KisahSahabatAbdullahDzulBujadain

Nama lengkapnya Abdullah bin Abdu Nahm bin 'Afif bin Sahim bin 'Adwy bin Tsa'labah bin Saad al-Muzany. Sebelum memeluk islam namanya Abdul 'Uzza. Kemudian Rasullulah saw menggantikannya namanya dengan nama Abdullah. Abdullah Dzul Bujadain adalah antara sahabat yang berhijrah bersama-sama nabi saw ke madinah dengan sehelai sepinggang. Beliau sanggup berangkat ke daripada Makkah ke Madinah semata-mata untuk berjumpa dengan Rasullulah saw. Beliau berkata kepada kaumnya,"Kalau kau ingin ambil hartaku ambillah tetapi biarkanlah aku berhijrah bersama-sama nabi saw kerana aku ingin berpagi-pagi dengan nabi saw dan aku ingin berpetang-petang dengan nabi saw."

Kenapa dia diberikan gelaran Dzul Bujadain? Daripada Ibn Ishaq daripada Muhammad bin Ibrahim at-Taimy berkata:"Abdullah (Dzul Bujadain) adalah berasal daripada Madinah. Tinggal di rumah bapa saudaranya, seorang yang sangat patut kepada bapa saudaranya.

Suatu hari, bapa saudaranya mendengar bahawa dia memeluk islam. Bapa saudaranya sangat marah sehingga semua yang pernah diberikan kepada Abdullah Dzul Bujadain hendaklah dipulangkan termasuk baju yang menutupi badannya. Maka bertelanjang bulat Abdullah Dzul Bujadain, lalu melihat kepada Abdullah Dzul bujadain ini ibunya cepat-cepat mengoyak kain penutup miliknya menjadi dua. Semenjak itulah beliau digelar "Dzul Bujadain". Beliau dibesarkan di kalangan kabilah Muzainah. Iaitu suatu kaum yang tinggal berada dekat Gunung Warqon, dekat Madinah.


Maka setelah hijrahnya, Rasullulah ke Madinah. Beliau mula mengenali islam. Dalam banyak kesempatannya digunakan untuk menmba ilmu daripada Rasullulah saw. Setelah yakin kebenaran islam beliau memeluk islam. 

Pada waktu perang tabuk, beliau meminta agar Rasullulah saw mendoakan dirinya agar mati syahid, tetapi Rasullulah saw mendoakan sebaliknya, iaitu mendoakan darahnya Abdullah Dzul Bujadan terpelihara dari pedang orang-orang kafir. "Demi ayah dan ibuku, bukan itu yang aku inginkan?"kata beliau. 

Rasullulah saw menjawab,"Jika kamu keluar hendak berperang kemudian kamu sakit, maka termasuk mati syahid." 

Tidak berapa lama, beliau terkena demam sehingga wafat. Rasullulah saw sendiri yang menguburkan jenazahnya Abdullah Dzul Bujadain. Abdullulah bin Masud menceritakan bahawa ketika itu ia tertidur kerana cuaca yang dingin. Tiba-tiba aku mendengar orang menggali tanah. Aku memandang tempat Rasullulah saw tidur dan Saidina Abu Bakar as-Siddiq ternyata mereka berdua tiada. Lalu aku keluar rumah dan menemukan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar memegang obor. Sementara Rasullulah saw sedang menggali tanah. Kemudian, aku bertanya:"Ya Rasullulah , apakah yang sedang kamu lakukan?" 

Rasullulah mengangkat kepala dan memandang ke arahku sambil aku melihat Rasullulah saw menitiskan air mata. Beliau berkata:"Saudaramu, Dzul Bujadain telah meninggal dunia." 

Abdullah bin Masud memandang Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar sambil berkata:"Kalian hanya melihat sahaja Rasullulah saw menggali tanah sendirian." 

Saidina Abu Bakar ra berkata:"Rasullulah saw ingin menggali liang kubur Dzul Bujadain sendiri." 

Begitulah kisah Abdullah Dzul Bujadain yang sangat dicintai Allah dan RasulNya. Semoga roh para syuhad ini dicucuri rahmatNya. 
Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
Tunsha Ayunie
AUTHOR
November 21, 2014 at 11:51 PM delete

perkongsian yang baik selim :)

Reply
avatar
November 22, 2014 at 4:54 PM delete

Terima kasih info cerita ini. Sahabat Nabi memang tiada tandinganya..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
November 22, 2014 at 6:08 PM delete

Assalam MSelim... aamiin..
T kasih atas perkongsian ilmu ini. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.

Reply
avatar
Etuza
AUTHOR
November 23, 2014 at 3:48 PM delete

Asalam..akan membaca lagi agar lebih khyusuk..terima kasih subahanallah

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
November 24, 2014 at 2:45 PM delete

memang menarik perkongsian ni...suka baca kisah-kisah sahabat nabi :)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 24, 2014 at 6:50 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Subhaanallah. Insan yang dicintai Rasulullah..

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
November 24, 2014 at 7:16 PM delete

insaf jap, dah lama tak baca kisah2 nabi nih.

Reply
avatar
Pha Is
AUTHOR
November 24, 2014 at 10:19 PM delete

hebatnya iman para sahabat..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon