Umrah bin Abdul Rahman bin Saad bin Zurarah al-Anshariyah al-Madaniah adalah seorang ulama tabiin dari golongan wanita. Beliau belajar dan mendengar hadis dari Ummu Mukminin Aisyah ra. Umrah wafat pada 97 hijrah, tapi ada yang mengatakan pada tahun 106 hijrah.
Setelah Rasullulah saw wafat, Ummu Mukminin Aisyah ra banyak menjaga kanak-kanak lelaki dan perempuan terutama mereka yang kehilangan bapa atau ibu. Umrah binti Abdul Rahman adalah salah seorang yang membesar di pangkuan Aisyah dan belajar di madrasah Ummu Mukminin itu. Berkat ketekunan dan kesabaran Aisyah ra mendidik Umrah. Menjadikan Umrah seorang wanita alimah yang mewarisi ilmu daripada gurunya. Umrah banyak menghafal hadis dari Aisyah ra dan menyebarkannya apabila gurunya wafat.
Ibnu Hibban ra berkata:"Umrah binti Abdul Rahman adalah orang yang paling mengetahui tentang hadis dari Aisyah ra."
Diantara anak murid Umrah yang terkenal adalah Umar bin Abdul Aziz. Khalifah Bani Umaiyah yang zuhud dan warak. Khalifah Bani Umaiyah ini pernah mengemukan beberapa pertanyaan kepada Umrah binti Abdul Rahman. Kemudian, beliau menulis surat kepada Abu Bakar bin Muhammad bin Amru bin Jazm: "Lihatlah mana-mana hadis dari Umrah binti Abdul Rahman, kemudian tulis. Ini kerana aku khuwatir akan hilang ilmu apabila perginya para ahli ilmu."
Sebelum wafat, Umrah binti Abdul Rahman berkahwin dengan Abdul Rahman bin Numan dan melahirkan anak lelaki yang terkenal yang terkenal dengan panggilan Abu Rijal.
8 comments
Write commentsTerima kasih atas perkongsian menarik..
ReplyAssalam MSelim3;
ReplyPerkongsian kisah yg menarik & penuh ilmu. T kasih.. :)
alhamdulilah.. dapat tambah ilmu
ReplyAsalam meselim keadaan ternet yang low slow dan ternat menyukarkan aktiviti BW Etuza..apapun akan datang membaca ya..inshaAllah
Replydekat sini nad tau cerita pasal agama..terima kasih mselim..
ReplySaya tak tahupun tentang kisah mereka ni, terima kasih kerana sudi berkongsi
Replybkn calang2 guru ni!
Replysemakin bertambah pengetahuan... terima kasih sahabat
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon