Kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz

khalifahumarbinabdulaziz

Nama sebenarnya ialah Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam ialah seorang Khalifah Bani Umaiyah yang dilantik berdasarkan wasiat sulit oleh khalifah Sulaiman bin Abdul Malik sebelum beliau wafat. Nama ibunya ialah Laila binti Asim bin Umar bin Al-Khattab. 


Walaupun Umar bin Abdul Aziz sendiri tidak menyukai lantikan itu. Beliau hanya mempersetujui lantikan itu sesudah diberikan jaminan bahawa para pembesar Umaiyah dan rakyat telah mengikrarkan baiah masing-masing kepadanya sebagai Khalifah. 


Sebelum dilantik menjadi Khalifah, ketika itu Umar bin Abdul Aziz menjawat jawatan Gabenor bagi wilayah Hijjaz selama enam tahun. Selama itu, juga beliau membantah tindakan kezaliman yang dilakukan oleh pembesar kerajaan Umaiyah. 


Beliau adalah Khalifah yang alim. zuhud dan warak yang diwarisi daripada datuknya Saidina Umar bin al-Khattab. Sikapnya yang mulia dapat dilihat oleh rakyat sepanjang beliau menjadi Khalifah. Beliau telah menghafal al-Quran sejak kecil dan merantau ke Madinah untuk menimba ilmu. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh ilmuan terkemuka seperti Imam Malik bin Anas, Urwah bin Zubair, Abdullah bin Jaffar, dan Yusuf bin Abdullah. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran ke Mesir dan berguru dengan tokoh yang terkenal disana. Sebelum di panggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan apabila bapanya meninggal dan kemudian dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah binti Abdul Malik (sepupunya).

Seperti diketahui Bani Umaiyah dicapai secara tipu daya oleh Khalifahnya yang pertama, Muawiyah bin Abi Sufyan. Sifat buruknya ini dipusakai ke Khalifah seterusnya, semuanya cinta kepada kemewahan hidup, kekuasaan, harta yang diperolehi secara paksa. 

Bila Umar bin Abdul Aziz menjadi Khalifah beliau cuba menghentikan segala keburukan yang terjadi dalam Bani Umaiyah  dan membawa kembali kepada zaman kegemilangan Khulafa'ur Rasyidin. 

Beliau telah memecat beberapa orang Gabenor wilayah yang zalim,curang dan mencaci Saidina Ali yang dikasihi oleh Rasullulah saw. Beliau juga bertindak merampas kekayaan pembesar yang diperolehi secara curang. Ketika menjadi Gabenor Hijjaz tubuh beliau gemuk dan hidupnya mewah, tetapi apabila menjadi Khalifah tubuhnya bertukar menjadi kurus dan segala harta kepunyaannya diserahkan ke Baitul Mal. 


Beliau hidup secara sederhana dan memerintah dengan adil dan bijaksana. Sepanjang pemerintahannya. Ramai orang Nasrani dan kafir zimmay memeluk islam kerana beliau menghapuskan cukai kepala ke atas mereka. Apabila Gabenornya mengingatkan bahawa perbuatannya akan mengurangkan hasil cukai, beliau menjawab bahawa Nabi Muhammad diutus adalah untuk mengislamkan manusia bukan untuk memungut cukai. 

Umar bin Abdul Aziz berjasa besar apabila beliau adalah Khalifah pertama yang mengarahkan agar para ulama mengumpulkan hadis dan sunnah Rasullulah saw yang ketika itu masih tinggal dalam hafalan para sahabat dan tabiin. Beliau juga seorang Khalifah yang kuat beribdah. Sahabat Nabi saw, Anas bin Malik berkata:"Aku tidak pernah solat dibelakng imam yang lebih menyerupai solat Rasullulah saw daripada Umar bin Abdul Aziz. Isterinya, Fatimah binti Abdul Malik :"Aku tidak pernah melihat orang yang paling takut daripada Umar." Kata Fatimah lagi:"Umar mempunyai tempat solat khusus di rumahnya. akan masuk tempat solat biasanya lepas tengah malam untuk bersolat, zikir, membaca al-Quran dan menangis sampai fajar." 

Umar bin Abdul Aziz sentiasa mengingati ucapan Khalifah Umar bin al-Khattab: "Zuhud daripada godaan dunia itu membuatkan hati dan jasad tenteram." dan ucapan Nabi Isa as " Dunia itu jambatan, maka laluilah ia dan janganlah engkau dirikan rumah diatasnya.

Ketika mengerjakan haji kaum muslimin berebut-rebut untuk berjumpa dengan Umar bin Abdul Azizi. Hal ini menimbulkan kehairanan seorang anak kecil. Lalu si ayah memberitahu bahawa Umar bin Abdul Aziz sangat dikasihi Allah, maka seluruh manusia pun mengasihaninya juga. 

Pada suatu malam. ketika Umar bin Abdul Aziz sedang membahagikan buah apel kepada orang ramai, anak kecilnya mencapai dan hendak mengigitnya. Lalu dengan pantas Umar merampasnya, lalu berkata :"Saya tidak akan menyia-yiakan amanah yang telah diberikan kepada saya sekalipun apel kaum muslimin." 

Walaupun kaum muslimin sangat mengasihi Umar bin Abdul Aziz tetapi ada segelintir kaum yang tidak suka dengan Umar bin Abdul Aziz yang datang daripada kaum keluarganya sendiri yang menaruh dendam terhadapnya. Mereka membenci Umar bin Abdul Aziz kerana menghalang keinginan mereka untuk hidup mewah dengan harta benda rakyat yang dahulu dapat dinikmati dengan mudah tetapi sekarang tidak lagi dapat dinikmati oleh mereka. 

Mereka berkomplot untuk membunuhnya dengan meletak racun pada makanannya. Mereka mengupah seorang khadam di rumahnya untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. Walaupun Umar tahu siapa yang meletak racun dalam makanannya melalui firasatnya tetapi beliau melepaskan orang itu. Beliau merampas wang upah sebanyak 1,000 dirham yang diterima orang itu dan memasukkannya ke dalam Baitul Mal. Akibatnya kesan racun itu ketara sehingga menjejaskan kesihatan Umar bin Abdul Aziz , maka Umar pun berpesan kepada isteri dan anak-anaknya bahawa beliau tidak meninggalkan apa-apa untuk mereka tetapi beliau menyerahkannya kepada Allah SWT semata-mata. 

"Khalifah pertama yang mengarahkan agar para ulama mengumpulkan hadis dan sunnah Rasullulah saw yang ketika itu masih tinggal dalam hafalan para sahabat dan tabiin"


Para ulama berkata sesudah Umar bin Abdul Aziz wafat diantara anak-anaknya yang 11 orang itu tiada seorang pun yang hidup susah. Khalifah Umar bin Abdul Aziz wafat dalam bulan Rejab tahun 101 H di rumahnya yang sederhana di Kota Damsyik, Syria. 
Previous
Next Post »

14 comments

Write comments
Blog Santai
AUTHOR
November 27, 2014 at 1:28 PM delete

"Zuhud daripada godaan dunia itu membuatkan hati dan jasad tenteram."..moga-moga kita semua memperolehinya...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 27, 2014 at 3:20 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Nama besar yang tidak perlu lagi diperkenalkan. Semoga ada lagi Umar Abdul Aziz dizaman kita ini. Amiin..

Reply
avatar
Fiza Aizzawa
AUTHOR
November 27, 2014 at 3:53 PM delete

salam mselim.. perkongsian yang memberi banyak manfaat, ilmu dan pengetahuan kepada pembaca..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
November 27, 2014 at 8:18 PM delete

Assalam MSelim3... Tingginya keperibadian Khalifah Umar.. walaupun tegas namun berjiwa pemaaf... subhanallah..

Reply
avatar
Nadia Johari
AUTHOR
November 27, 2014 at 9:11 PM delete

Allhuakbar..besar pengorbanan Khalifah Umar

Reply
avatar
Wafa cw
AUTHOR
November 28, 2014 at 3:38 AM delete

"Dunia itu jambatan...", Subhanallah...
Baarakallahu fik utk perkonsian ini....

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
November 28, 2014 at 2:30 PM delete

As salam...terkesan dengan kisah ini. Semoga ada ramai pemimpin Islam yang tidak memandang kebendaan, tetapi lebih menitikberatkan amanah....amin

Reply
avatar
November 28, 2014 at 2:57 PM delete

Sebuah kisah yang amat menarik dikongsikan oleh en M Selim. Banyak manfaatnya

Reply
avatar
Mia Liana
AUTHOR
November 28, 2014 at 7:06 PM delete

salam jumaat... kagum dengan pengorbanan khalifah umar ni...

p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #10. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/11/senarai-url-blog-10.html dan pemenang bertuah telah diumumkan http://www.mialiana.com/2014/11/pemenang-bertuah-url-blog-10.html

Maaf.. baru sempat nak blogwalking ke sini.

- Mia Liana -

Reply
avatar
kuchalana
AUTHOR
November 29, 2014 at 1:13 AM delete

salah seroang tokoh yang memang patut dicontohi

Reply
avatar
dear anies
AUTHOR
November 29, 2014 at 1:41 PM delete

kalaulah beliau memerintah dlm tempoh yang lama...bagaimana ya kesannya sampai ke hari ini??

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
November 29, 2014 at 8:24 PM delete

susah nak jumpa pemimpin cam tu zmn sekarang ni ...

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
November 30, 2014 at 9:31 PM delete

Jika semua pemimpin dunia bersifat seperti khalifah... aman damai dunia ini.

Reply
avatar
Pha Is
AUTHOR
December 3, 2014 at 6:38 AM delete

selalu dengar nama beliau dalam sejarah tamadun islam...

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon