Salahuddin Al-Ayyubi

pedangsalahuddinalayyubi
Pedang yang dikatakan Milik Salahuddin Al-Ayyubi

Salahuddin Al-Ayyubi atau nama sebenarnya Salahuddin Yusuf bin Ayyub dilahirkan pada 532 H bersamaan 1138 M di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris terletak di antara Mosul dan Baghdad. Salahuddin Al-Ayyubi atau sering juga di sebut sebagai 'saladin' di dunia barat. Beliau adalah anak gabenor.


Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi berketurunan kurdistan yang berasal daripada Azerbaijan. Bapanya ialah gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik di kawasan istana milik Nur Ad-Din. Setelah kelahiran Salahuddin, keluarga Najm-ad bertolak ke Mosul akibat konflik dalaman istana. Di Mosul keluarga Najm bertemu dan membantu Zenggi, seorang penguasa arab yang cuba menyatukan daerah-daerah muslim yang berpecah kepada beberapa kerajaan seperti Suriah, Antiokhia, Aleppo, Tripoli,Horns,Yurussalem, dan Damaskus. 

Zenggi berhasil menguasai Suriah selanjutnya Zenggi bersiap untuk menghadapi tentera Salib dari Eropah yang mula memasuki Palestin. Zenggi bersama anak saudaranya Najmuddin menjadi mentor kepada Salahuddin Al-Ayyubi menjadi seorang panglima perang. Dari kecil, Salahuddin Al-Ayyubi telah menampak tindak-tanduk seorang panglima yang rendah diri,santun, serta belas kasihan. Zenggi meninggal dunia dan digantikan oleh Nuruddin, bapa saudara Salahuddin Al-Ayyubi. Shirkuh kemudian mulai menakluk Mesir yang saat itu dikuasai dinasti Fatimiyah. Setelah penyerangan kali ke lima barulah Mesir dalat dikuasai pada tahun 1189. Sirkuh meninggal dunia dan digantikan dengan Salahuddin Al-Ayyubi oleh Nuruddin.

Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudara Shirkuh merupakan panglima kepada Nur al-Din dalam menentang Kerajaan Fatimiyah di Mesir sekitar tahun 1160. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menetang Kerajaan Fatimiyah daripada bapa saudaranya dan kemudian Salahuddin kemudian dilantik menjadi panglima perang pada tahun 1169. Di sana, dia mengambil tugas untuk mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salb di bawah kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric.

Kemampuan salahuddin pada peringkat awalnya diragui sebagai panglima perang. Tetapi tiada siapa dapat menduga bahawa beliau dapat bertahan lama ekoran banyak perubahan dalam kerajaan seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang ada dalam mendapat perhatian Khalifah. Salahuddin yang masih muda dan dikatakan 'masih hijau' dalam dunia peperangan mampu memimpin pasukan dan menstabilkan ekonomi di Mesir dalam menghadapi serbuan bala tentera Salib.

Serangan tentera Salib yang bertali arus dapat dipatahkan dengan mudah oleh Salahuddin. Sebagai seorang panglima perang asing dari Syria, Salahuddin tiada kuaa ke atas tentera-tentera Mesir yang berfahaman Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid. Atas kejayaan Salahuddin dalam memimpin pasukan Mesir Nuruddin pemimpin masa itu merasa bimbang dengan kedudukannya. Lalu pada tahun 1175 Nuruddin menghantar pasukan untuk menakluk Mesir, tetapi Nuruddin meninggal dunia ketika tenteranya sedang dalam perjalanan.

Akhirnya peperangan antara pasukan Nuruddin dengan Salahuddin dibatalkan. Pemerintahan diserahkan kepada putranya Nuruddin yang masih muda. Kemudiannya Salahuddin berangkat ke Damaskus, dan kedatangan disambut dan dialu-alukan untuk menyerahkan kekuasaan kepada raja yang baru (putera Nuruddin) tetapi pada tahun itu juga raja muda itu sakit dan meninggal dunia. Kedudukan itu, diambil alih pula oleh Salahuddin yang diangkat menjadi Khalifah Suriah dan Mesir.

Sultan Al-Islam Wal Muslimin
Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir Salahuddin melakukan perubahan terhadap ekonomi Mesir seperti menyusun semula angkatan tentera, mengelakkan sebarang konflik dengan Nur-ad-Din. Salahuddin banyak menghabiskan masa berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga.

Dengan kewafatan Nur-ad-Din pada tahun 1174 Salahuddin menjadi Sultan Mesir. Kemudian itu, beliau mengistiharkan kemerdekaan kepada kerajaan Saljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayyubiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Ahli Sunnah Waljamaah di Mesir.


Selain daripada panglima perang beliau adalah pendakwah,mujahid, dan tokoh kepimpinan islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab. Beliau merupakan panglima perang muslimin yang dikagumi kerana kepintarannya dalam berperang serta kesolehannya. Menyebabkan Salahuddin di kagumi oleh kawan dan lawan. 


Keberanian dan dan tokoh kepahlawanannya tercatat dalam kancah peperangan dalam menentang tentera Salib. Apabila hendak jihad melawan tentera Salib, Salahuddin selalu menumpukan perhatian dalam medan peperangan dan menaikkan semangat tentera islam.

Di medan perang, beliau garang berperang ibarat "singa yang kelaparan" gagah dan berani mengarahkan dan mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad pada jalan Allah. Beliau juga bangkit mengajak tentera pergi ke seluruh tanah air dengan linangan air mata supaya membela agama islam.

Salahuddin pernah berkata:"Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku" Ini juga adalah pemangkin kepada kejayaan tentera pimpinan Salahuddin Al-Ayyubi dalam memperjuangkan islam dan menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Fikiran Salahuddin sentiasa berjihad hanya semata-mata kerana Allah dan sentiasa berkobar-kobar untuk jihad menentang tentera Salib. Ia sentiasa meluangkan seluruh jiwa raga dan tenaga untuk memperkuatkan pasukan tenteranya mencari senjata-senjata dan mujahid untuk berperang.

Bagi mengukuhkan tentera islam Salahuddin mentadbir negara islam dibawah satu pemerintahan. Sekalipun cadangan mendapat tentangan termasuk pemimpin Syria tetapi cita-citanya itu tercapai jua.

Dalam bulan Zulkaedah 570H (mei 1175 M) Khalifah Abbasiyyah mengistiharkan Salahuddin Al-Ayyubi sebagai Sultan Mesir dan mengelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.
masjidilAqsa
Masjidil Aqsa

Menawan Baitul Muqaddis (Perang Salib)
Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin ke atas orang-orang kristian pada tahun 1099 (490H), Tentera kristian pada masa itu menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Lane-poole menulis mengenai tindak tanduk tentera kristian ketika menawan Baitul Muqaddis. Tercatat dalam sejarah Godfrey dan Trancred menunggang kuda di jalan-jalan Jurusalem yang dipenuhi mayat tentera islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.

Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang islam secara beramai-ramai . Ini juga mencemarkan imej gereja yang mengajar erti kasih sayang. Orang kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin. 

Pada tahun 583 H (1187M) perang Salib kedua meletus yang mana dikenali dengan Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin Al-Ayyubi hingga membuka jalan jalan mudah untuk menawan kembali Baitul Muqaddis. 

Salah satu siri peperangan yang sengit berlaku diantara tentera Salib dengan tentera Salahuddin Al-Ayyubi di kawasan Tiberias di kaki telah bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul Akhir 583 H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan itu, Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat ditawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. 

Hajatnya tercapai pada hari jumaat 27 Rejab 583H iaitu pada hari Israk Mikraj Salahuddin telah memasuki Masjidil al-Aqsa. Dalam catatan Bahauddin telah menyatakan inilah hari kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri daripada ulama,pembesar-pembesar,peniaga dan orang biasa datang merayakan kemenangan ini. Kemudian ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan "Allahu akbar" dan "Tiada Tuhan Melainkan Allah" telah bergema di angkasa. 

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Salib. Ahli sejarah kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan kebaikan hati Salahuddin lalu tidak mahu membalas dendam. Dia telah menuliskan atau menyatakan bahawa Salahuddin mempunyai ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. 

Tentera Islam sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan disetiap jalanan,mencegah kekerasan dan penindasan sehinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian dizalimi. 

Ramai juga tentera-tentera Salin berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bahwa seorang tentera islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang diikat dengan tali khemah. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan timbunan tulang dapat dilihat daripada jauh. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah diberikan ke bumi Palestin. Pada tahun 588 H (1192 M) berlaku perang Salib ketiga hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman,Richard The Lion raja England,Phlips Augustus raja Perancis,Leopold dari Austria,Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tenteranya untuk mempertahan kehormatan islam.


Berkat pertolongan Allah, Salahuddin dapat mengalahkan tentera bersekutu yang mempunyai bilangannya yang jauh lebih ramai daripada tentera islam. Tentera Salib berusaha merampas semula Baitul Muqaddis daripada orang islam tetapi gagal. Walaupun perang Salib yang ketika itu mengabungkan seluruh kekuatan negara Kristian mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin Al-Ayyubi. 

Peperangan ini berlanjutan sehingga 5 tahun menyebabkan kedua-dua belah pihak menjadi letih dan jemu. Akhirnya kedua-dua belah pihak bersetuju untuk membuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah penguasa seluruh Palestin kecuali bandar Acra yang diletakkan dibawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga. 

Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tenteranya yang terbunuh dan ditawan. Baitul Muqaddis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun dapat ditakluki semula oleh Salahuddin
bangunanmakansalahuddin
Bangunan Tempat Makam Salahuddin Al-Ayyubi 

Keperibadian Kepimpinan Melalui Tauladan
Salahuddin memberikan kepercayaan kepada tentera-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, dan tanah Arab bahkan orang-orang islam dimana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka atas jalan Allah dari mula perang pada tahun 1187 hinggalah pada berakhirnya perang pada tahun 1192.

Ia mempunyai masjlis Syura (musyawarah) yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kekadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara, semua mempunyai sumbangan yang sama dalam membuat keputusan. Semuanya menyumbang kepakaran masing-masing sekalipun majlis ini berbincang dan ada perdebatan namun mereka tetap memberikan ketaatan kepada Salahuddin. 

Sekalipun dalam Majlis Syura ini terdiri daripada adik,anak-anak saudaranya, sahabat-sahabat,pembesar-pembesar tentera, kadi,bendahari dan setiausaha. 

Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia mengetahui setiap suku-suku Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat mengumpulkan pengetahuan dan maklumat daripada sahabat dan utusan-utusannya dari setiap penjuru negerinya. Selain menghafal al-Quran beliau juga banyak menghafal syair-syair Arab. Salahuddin juga mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang akidah,ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawinya,syariah, usul fiqh dan juga mentafsir al-Quran. 

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Beliau biasa meletakkan pengharapannya hanya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada suatu ketika, semasa berperang di Jurusalem pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun, keadaan sangat terdesak ia enggan meninggalkan kota suci itu. 

Salahuddin adalah seorang yang taat kepada Allah, adil, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah memberikan masa untuk rakyat berjumpa dengannya iaitu setiap hari Isnin dan Selasa. 
makamsalahuddinalayyubi
Makam Milik Salahuddin Al-Ayyubi

Masa Kewafatan Salahuddin 
Pada Hari Rabu, 27 Safar 589 pulanglah Salahuddin Al-Ayyubi ke rahmatullah selepas berjuang mempertahankan dan mengembalikan tanah air islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad menulis pada hari-hari terakhir insan mulia ini, pada malam 27 Safar 12 hari selepas jatuh sakit, ia menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Jaafar seorang warak telah diminta menemani Salahuddin Al-Ayyubi di Istana supaya bacaan al-Quran dan syahadah boleh didengarkan ketika saat-saat nazak. 

Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Bahkan harta yang ditinggalkan tidak cukup untuk belanja pengebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang atas urusan pengebumian ini dan kain kapan diberikan oleh seorang menterinya.  

Sekian....
Previous
Next Post »

23 comments

Write comments
HAMIDIsP
AUTHOR
August 6, 2014 at 12:08 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Bilakah agaknya seorang lagi Salahuddin akan dikirimkan kepada umat Islam yang terus ditindas?

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 6, 2014 at 1:12 PM delete

Salam mselim...

TK atas sejarah dan info bermanfaat ini... :) ~ acikidah

Reply
avatar
August 6, 2014 at 3:25 PM delete

Tegak bulu roma. Orang Islam mempunyai pahlawan yang sangat hebat...

Reply
avatar
Azlan Strider
AUTHOR
August 6, 2014 at 5:45 PM delete

Kisah yang menarik....terima kasih sebab share sejarah seorang pejuang islam yang disegani...

Regards.
-Strider-

Reply
avatar
August 6, 2014 at 5:47 PM delete

perkongsian yang baik... meremang baca artikel ni..
selamat hari raya

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
August 6, 2014 at 9:47 PM delete

Assalam MSelim3;

Perkongsian ilmu yg sgt bagus utk pengetahuan kita semua..
Salam singgah raya sini di Syawal ke 10... :)

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
August 6, 2014 at 10:25 PM delete

menarik baca kisah dan sejarah tentang Salahuddin ni :)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 7, 2014 at 3:09 AM delete

berkunjung kesini, salam lebaran

Reply
avatar
Azlia Bashir
AUTHOR
August 7, 2014 at 11:28 AM delete

Menarik baca sejarah Salahuddin..

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
August 7, 2014 at 3:55 PM delete

Semoga wujud seorang lagi perwira bak Salahuddin dizaman ini yang dapat memerangi Zionis dan seterusnya menegakkan kembali kedaulatan Palestin! Amiin...

Reply
avatar
Nurulhidayah
AUTHOR
August 8, 2014 at 10:15 AM delete

Salam Syawal Mselim.. maaf andai ada tersilap bicara :)

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
August 8, 2014 at 1:44 PM delete

Salam Jumaat MS...Thanks for sharing ya...worth reading walaupun panjang..

Reply
avatar
Hafizul
AUTHOR
August 8, 2014 at 4:17 PM delete

Semoga ada lagi keberaniaan semacam salahuddin ni...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 8, 2014 at 4:46 PM delete

Pahlawan Islam yang hebat

Reply
avatar
August 9, 2014 at 11:30 AM delete

Masih ada lagikah semanagat Salahuddin Al-Ayubi ini dalam diri umat islam kini ? :'(

Reply
avatar
Sakinah
AUTHOR
August 10, 2014 at 8:12 AM delete


Salahuddin pahlawan islam yg hebat pada zaman ketika itu. Kini bridget alqassam adalah para shuhada islam yg hebat ketika ini. Antara sanggup untuk berkorban untuk dunia islam atau tidak kita yg tentukan.

http://inavitamin.com/gla-shaklee-untuk-kulit-berseri/

Reply
avatar
August 10, 2014 at 2:34 PM delete

saya juga kagum dengan perjuangan Salahuddin Al-Ayubbi. Contoh buat para pejuang Islam

Reply
avatar
Cik Itah
AUTHOR
August 11, 2014 at 4:24 PM delete

salam. menarik kisahnya..

p.s pedang tu unik..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 5, 2014 at 7:16 PM delete

Assalam. berkenaan dgn gambar masjid tu, itu adalah 'dome of the rock'. masjid al-aqsa terletak di sini http://alaqsa-mosque.blogspot.com/

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 4, 2016 at 11:23 AM delete

Along the front line, they must sincerely wish wholeheartedly new survivors together. he actually is one extremely Islamic warriors excelled. I will share to your Facebook Lite friends know this

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon