Umar Ibnu Khatab digelar Singa Padang Pasir. Kepantasan pedangnya bagaikan kilat yang membelah angkasa, sehingga ditakuti oleh penduduk kota Mekah. Rasullulah saw pernah berdoa , kepada Allah berkenan, Umar bin Khattab yang diharapkan segera masuk islam di antara orang yang memusuhinya.
Semasa belum memeluk islam , Umar merupakan seorang yang kejam. Banyak darah yang dianggap musuh dihirupnya dan banyak nyawa melayang di hujung pedangnya.
Bahkan begitu kejamnya dia waktu itu, anak perempuannya sendiri yang masih kecil di tanam hidup-hidup demi memelihara wibawanya sebagai pemuka suku Quraisy yang terpandang .
Umar adalah seorang saudagar yang berjaya. Dia putera Nufail dari Bani Adi, sebagai suku Arab yang sangat dihormati. Umar terkenal sangat gagah perkasa, garang dan kejam. Dia sangat teguh dengan keyakinan yang dianutinya serta rela berkorban apa sahaja, demi menjaga martabatnya selaku orang Quraisy dan sesuai dengan kepercayaan jahiliyyah.
Umar bin Khattab masuk islam pada tahun kelima Bi'tsah atau lima tahun setelah Rasullulah menyerukan dakwahnya dan dia memperoleh gelaran Al-Faruq dari Nabi, ertinya orang yang mampu memisahkan kebenaran dan kebatilan.
Peristiwa Umar masuk ke agama islam sangat menarik, yang mencerminkan keperibadian Umar yang jujur dan berhati lembut , meskipun dia memiliki sifat kasar dan fizikalnya kelihatan keras. Ada yang berpendapat bahawa keislaman Umar terjadi kerana mukzijat Al-Quran.
Kejadian yang mengharukan itu berlaku di Makkah Al-Mukarramah. Kekejaman Umar bin Khattab ketika itu berada dipuncaknya. Kemana-mana dia selalu menghunus pedangnya untuk membunuh Rasullulah saw. Seluruh warga kota sangat takut melihat kebengisan wajah umar.
Suatu hari ketika Umar berjalan di tengah terik matahari yang menyengat. Dia menjejaki Laila dan suaminya, Amir bin Rabiah yang hendak menaiki untanya untuk pergi ke negeri Hasbyi.
"Hei , hendak ke mana kamu?,"teriak Umar.
"Engkau telah menganiaya kami dan seluruh kawan-kawan yang mengikut seruan Muhammad saw dengan kejam. Sekarang kami mahu berpindah ke bumi Allah , ke tempat di mana dapat beribadah dengan tenang tanpa diganggu lagi,"jawab Laila dengan pasrah.
"Hm, mudah-mudahan Allahmu yang tidak kelihatan itu menyertai kamu,"sahut Umar dengan marah. Kemudian dia pergi sambil mulutnya menyumpah-nyumpah.
Dipesimpangan jalan , Umar bertemu dengan Saad bin Abi Waqash, salah seorang sahabat terdekatnya.
"Mahu kemana kamu, anak Khattab. Mengapa kamu menghunus pedangmu,"sapa Saad bin Abi Waqash.
"Aku hendak mencari Muhammad , si hamba celaka itu. Akan aku cincang tubuhnya dengan pedangku ini sampai lumat. Si bodoh itu sungguh berani mendirikan agama baru sehingga terputus hubungan persaudaraan kita. Orang-orang kita dianggapnya tolol , berhala-berhala kita dicaci maki , agama nenek moyang kita dicemuhnya dan masih bertumpuk-tumpuk lagi kejahatannya. Akan aku habisi nyawanya si bedebah laknat itu!"
"Ah,Umar! kau ini lebih kecil dan lebih hina dari Muhammad,"kata Saad seperti tidak melihat wajah Umar yang merah padam menahan marahnya. "Bagaimana kamu akan membunuhnya?Kamu kira semua keluarga keturunan Abdul Mutalib akan diam berpangku tangan. Mereka pasti akan memburu dan membunuhmu."
Sejenak Umar tercengang , dia tidak menyangka bahawa sahabatnya akan berkata seperti itu kepada dirinya. Dengan kasar kemudian dia menengking;
"Rupa-rupanya kamu sekarang telah berani terhadapku , Saad!. Ini petanda kamu juga telah bertukar agama. Benar apa yang kukatakan?"
Saad bin Abi Waqash hanya diam mengangguk.
"Kurang ajar !,"teriak Umar dengan marah." Jadi kamu sudah mengikut ajakan Muhammad itu? Dengan demikian antara kita halal untuk saling menumpahkan darah, Saad . Akan aku habiskan nyawamu sekarang juga!"
"Hai Umar! Kepada orang lain dan sahabatmu kamu berani bersikap kejam, tetapi kepada adik dan iparmu kamu diam sahaja,"kata Saad seraya mencabut pedangnya untuk menghadapi serangan Umar .
"Apa yang kamu katakan? Apakah Fatimah dan suaminya juga menjadi pengikut Muhammad ?"
"Apakah kamu berpura-pura tidak tahu , atau memang tidak tahu bahawa mereka telah lama menjadi pengikut Muhammad yang taat"
"Kurang ajar!" menggigil gigi Umar menahan marah . Tidak disangka adik dan suaminya juga telah memeluk Islam. "Akan kubunuhh mereka berdua. Akan kupenggal kepala mereka!"
Dengan cepat Umar meninggalkan Saad untuk menuju ke rumah adiknya dengan masih menghunus pedang. Dipecahkan pintu rumah Fatimah dengan keras, yang waktu itu bersama suaminya , Saad bin Zaid sedang belajar Al-Quran dari Khabab bin Art, bekas hamba Umar sendiri.
Jika tiba-tiba guruh , barangkali tidaklah terkejut Fatimah dan suaminya , serta Khabab waktu itu. Mereka sangat ketakutan dengan kedatangan Umar yang kelihatan marah.
"Kudengar kamu dan suamimu sudah bertukar agama . Harap berita itu tidak benar,Fatimah," tanya Umar dengan nada tinggi.
Melihat perkara itu Umar semakin melonjak darahnya. Dia melompat ke arah Said bin Zaid , dipukulnya suami adiknya itu sehingga tertiarap. Tidak sampai disitu sahaja Umar menendang perutnya berkali-kali seperti kerasukkan syaitan.
Fatimah yang selama ini sangat menghormati abangnya , apabila melihat perkara itu dengan spontan dia menerajang ke arah abangnya, namun dengan dengan segera tangan Umar menampar mukanya. Darah menitis dari sudut bibir Fatimah tetapi seperti tidak dirasakannya dia membesarkan dadanya dan berkata;
"Hai musuh Allah , Bunuhlah kami! Kami adalah pengikut Muhammad , kami tidak gentar sedikit pun menghadapi kematian . Silakan kamu aniaya diri kami sepuasnya, tetapi sehujung rambut pun kami tidak akan berbalik langkah. Kami tetap mengikut ajaran Muhammad , yang menjadi Nabi Allah sampai akhir hayat kami."
Mendengar ucapan adik perempuannya yang berani penuh keteguhan , hati Umar terketar-ketar . Dia sangat hairan melihat sikap adiknya waktu itu. Padahal biasanya, adiknya yang disayangi itu begitu patuh dan selalu mendengar apa yang diucapkan tanpa berani membantah. Tetapi hari ini telah berubah. Apalagi ketika melihat bibir Fatimah berlumuran darah , hatinya menjadi remuk seakan menyesal dengan apa yang telah dilakukannya.
Perlahan Umar menolong adik iparnya , Said bin Zaid untuk berdiri dan membantunya duduk dikerusi.
Waktu Umar bimbang , tidak tahu apa yang selanjutnya dilakukan, dia melihat lembaran kulit kambing yang digengam oleh Fatimah.
"Fatimah , apa yang kamu pegang itu. Cuba kamu bawa kemari, aku ingin melihatnya sebentar,"kata Umar.
"Tidak boleh ! Kamu adalah musuh Allah , kamu tidak boleh melihatnya. nanti pasti kamu akan mengoyak-ngoyakkannya!,"jawab Fatimah dengan marah.
"Aku bersumpah tidak akan merosakkannya . Jika kamu tidak mahu memperlihatkannya padaku , cuba kamu bacakan untukku."
Perlahan-perlahan Fatimah membaca lembaran Al-Quran surah Taha ayat 1-8. Dengan penuh perhatian Umar mendengarkannya, hatinya begitu terpesona oleh keindahan bahasa dan keagungan isi ayat yang diperdengarkan oleh adiknya. Dia benar-benar terharu.
"Thaha. Kami tidak turunkan Al-Quran itu kepadamu agar engkau menjadi berat, tetapi sebagai peringatan bagi orang-orang yang takut. Diturunkan oleh Allah yang menciptakan bumi dan langit. Tuhan yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas arasy. Kepunyaan-Nya semua yang ada dilangit ,semua yang ada di bumi, dan semua yang terdapat di antara keduanya, serta semua yang terpendam di bawah tanah. Jika kamu meneruskan ucapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan semua yang lebih tersembunyi. Dialah Allah , tidak ada Tuhan selain Dia. Dia yang memiliki nama-nam yang sempurna.
Terketar hati Umar , Singa Padang Pasir itu longlai sekujur tubuhnya, dan menitis air matanya. Mulutnya yang biasa mencaci dan mengumpat , waktu itu tergumam dengan ucapan penuh kekaguman.
"Oh, betapa indahnya dan mulianya"
Kemudiam sepuas-puas hatinya dia berteriak dengan lantang; "Asyhadu alla illaaha illallah, wa asyhadu anna Muhammada rasullulah." Kemudian dia berpaling ke arah Fatimah.
"Di mana Muhammad sekarang?Aku harus bertemu dengannya. Aku akan berikrar dihadapannya."
Melihat keadaan waktu itu menjadi sebaliknya . Khabab yang sejak tadi mengigil ketakutan , sekarang berani menjawab:"Beliau berada di rumah Al-Arqam , sedang berdakwah."
"Di mana rumah Al-Arqam?"tanya Umar .
"Di kampung Shafa."
Umar bin Khattab dengan segera ke luar rumah adiknya masih dengan pedang . Kali ini bukan untuk membunuh Rasullulah , melainkan untuk melindungi keselamatannya.
Sejak itu Umar memeluk islam. Perkara itu membuat sahabat-sahabat yang dulu semasa kafir,menjadi sedikit segan untuk mengganggu Rasullulah saw.
Petikan :
Buku Himpunan Kisah Para Sufi
Halaman 143-150
Muhammad Ibrahim Salim
8 comments
Write commentsilmu yang baik...Kagum kancil membacanya
ReplySaidina Umar ni la yg dikatakan gengster terhebat yg akhirnya lembut pada surah Taha ni kan..
ReplyCuma.. Byk yg kata bab Saidina Umar tak bunuh anak perempuan dia pon. Xdak riwayat yg kuat....
ReplyAssalammualaikum..adil shahril,
Replymemang benar tu, tiada hadis sahih yang kuat yg mengatakan saidina umar .. tp apa yg mselim3 terapkan kat sini adalah jalan cerita bagaimana peristiwa saidina umar ra memeluk islam...
mselim3
pls: pasal hadis tu perlu perbincangan khusus ... tak dapat nak bincangkan di sini .. sekian.
perkongsian yang bagus..
Replyputeri suka baca kisah-kisah perkongsian kat sini..menarik :)
Reply.
ReplyAssalam,apakah maksud Saidatina Fatimah r.anha itu adik kepada Saidina Umar r.a sedangkan Fatimah adalah puteri kesayangan Rasulullah s.a.w ?
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon