Khatammun Nubuwwah - Tanda Kenabian Nabi Muhammad S.A.W


Khatammun Nubuwwah

Khatammun Nubuwwah - Tanda Kenabian Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan Nabi S.A.W adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul.Tanda ini berada pada belikat Rasullullah S.A.W.

Para ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya. Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu berbentuk gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi.

Antaranya sesiapa yang menjadikan tanda Nubuwwah Nabi S.A.W ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan terpelihara ALLAH daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:

"Sesiapa yang menjadikan lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."

Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Anas R.A Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Bermula rumah yang ada lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH AKU di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada tiap-tiap musuh, dan tidak dimatikan melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya."

Amalan Khatamun Nubuwwah

Antara faedah yang ada dari pengamalan Khatamun Nubuwwah ini adalah sebagai pagar diri selain 1001 faedah yang lain. Cara beramal adalah diwaktu pagi dan petang serta semasa keluar rumah.
Caranya adalah:

(1) Makrifatkan kalimah dibawah di atas kening kita

اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَـرِيْكَ لَهُ
Allah jualah tuhan yang tunggak tiada bersekutu baginya


(2) Makrifatkan kalimah di bawah di atas dada kita

محمدٌ عَبْدُهُ وَرَسُـوْلُ
Muhammad itu hambanya dan utusannya


(3) Makrifatkan kalimah dibawah di atas bahu kanan
تَوَجَّهُ حَيْثُ شِـئْت
berhadaplah engkau ke mana-mana sahaja yang engkau kehendaki


(4) Makrifatkan kalimah dibawah di atas bahu kiri

فَإِنَّكَ مَنْصُـوْرُ
maka sesungguhnya engkaulah yang mendapat pertolongan (kemenangan)


Dalam perubatan islam , ayat ini dibaca lalu ditiup pada tapak tangan lalu ditunjukkan kepada pesakit, ini adalah salah satu kaedah pancaran tapak tangan yang sering digunakan.(Rujuk pengamal perubatan islam untuk lebih lanjut)

Sumber :- iluvislam

Saya harap rakan-rakan mendapat manafaat dari mengamalkan Khatammun Nubuwwah ini. Untuk keterangan lebih lanjut silalah google, saya percaya ada banyak lagi maklumat mengenai perkara ini di sana. Di dalam pencarian itu nanti, saya rasa kita akan berjumpa pelbagai pendapat, hujah dan perbahasan mengenai amalan, kesahihan dan kewujudan Khatammun Nubuwwah. Saya pasti rakan-rakan akan dapat membuat kesimpulan sendiri. Walaubagaimanapun, carilah kebenaran bersungguh-sungguh bukan sahaja dari blog-blog, paparan di internet dan yang serupa dengannya. Carilah dan bertanyalah dengan ulama-ulama, ustaz-ustaz, tok guru-tok guru pondok dan madrasah. InsyaAllah, kita akan berjumpa dengan kebenaran itu kerana kita yakin bahawa ilmu Allah tersangat luas dan tak akan terjangkau akal semua makhluk ciptaannya.

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca Khatammun Nubuwwah - Tanda Kenabian Nabi Muhammad S.A.W ini.

Daripada ;
http://mselim3.blogspot.com
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon