( Gambar adalah sekadar hiasan )
Banyak perkara yang aneh baik selama dalam kandungan maupun waktu kelahiran dan dalam penerusan hidupnya . Tanda-tanda itu tidak hanya disaksikan oleh keluarganya sahaja tetapi disaksikan oleh orang lain .Bahkan, tanda-tanda keanehannya itu boleh disaksikan oleh bangsa yang hidup di negeri lain . Salah satu bentuk mukjizat beliau adalah sentiasa dinaungi awan kemana pun beliau pergi .
Peristiwa ini berlaku ketika beliau dan Maisarah pergi berdagang ke Negeri Sham ( Syria) dengan membawa dagangan Siti Khadijah . Semasa dalam perjalanan, mulai dari Mekah menuju ke Sham, beliau sentiasa dinaungi oleh awan yang melindungi beliau dari pancaran matahari dan panasnya Hijjaz . Sebelum keberangkatan beliau menuju ke Sham, Khadijah yang menjadi pemimpin Maisarah telah berpesan kepadanya agar Muhammad diberi pakaian yang sangat baik . Sebab , Khadijah yakin bahawa Muhammad ini adalah seorang calon Nabi dan Rasul yang akan menjadi pemimpin umat di alam ini . Khadijah mempunyai keyakinan yang demikian kerana ia telah menyaksikan tanda-tanda yang demikian .
Maisarah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh majikannya . Dalam perjalanan menuju ke Syam, Rasullulah tertidur di atas untanya sehingga beliau tidak merasa penat dan letih sedangkan awan terus menaungi di atasnya. Awan itu selalu diiringi dengan angin yang semakin lajunya . Sejuknya tiupan angin padang pasir jarang sekali terjadi , bahkan boleh dikatakan tidak ada .
Akan tetapi sejak rombongan saudagar Khadijah ini berangkat ke Mekah dengan diikuti Rasullulah , tiupan angin juga dirasakan oleh teman-teman Maisarah . Mereka merasakan ada keanehan dari tiupan angin yang tidak seperti biasa .
Kemudian rombongan tiba di gereja seorang rahib yang terletak dipinggir jalan menuju ke Syam . Maisarah memberi perintah untuk istirehat sebentar di tempat tersebut . Rasullulah turun dari kenderaan dan berteduh di bawah sepohon pokok . Maka, keluarlah si Rahib dari gerejanya dan ia melihat Rasullulah berteduh di bawah sepohon pokok dan di atasnya dilihat ada awan yang menaunginya.
Melihat kejadian itu, si Rahib terus berkeyakinan bahawa orang tersebut adalah seorang Nabi . Lalu ia menyiapkan sajian yang dihidangkan kepada rombongan saudagar yang dipimpin oleh Maisarah itu . Perkara ini ia lakukan untuk membuktikan tanda kenabian Muhammad s.a.w .
Setelah semua persiapan penyambutan selesai , si Rahib mempersilakan rombongan saudagar untuk masuk ke dalam gerejanya untuk menikmati hidangan . Ini merupakan salah satu caranya untuk mengetahui siapa sebenarnya yang mempunyai karamah kenabian itu. Sesudah itu semua rombongan saudagar masuk ke dalam gereja , tinggallah Rasullulah sendiri yang berada diluar gereja . Beliau duduk berdekatan kenderaan dan barang dagangan yang dibawanya .
Si Rahib keluar dari gereja dan melihat awan tadi masih tetap berada di atas pokok tidak bergerak sama sekali . Lalu ia bertanya kepada ketua rombongan saudagar :
"Apakah kamu meninggalkan seseorang yang berada di luar berdekatan barang bawaanmu?"
Maka Maisarah menjawab: "Benar, yang aku tinggalkan di luar adalah seorang anak yatim . Ia tidak aku perkenankan masuk ke dalam gereja ini agar ada yang menjaga barang dagangan kami di luar . Dia itu adalah orang yang bekerja dengan Khadijah dan pernah mengembala kambing."
Sesudah mendengar perkataan Maisarah tadi, si Rahib semakin yakin bahawa Muhammad adalah seorang Nabi . Lalu Rahib datang kepadanya, Rasullulah yang sedang duduk di bawah pokok . Ketika Rahib datang kepada, Rasullulah terus berdiri untuk menyambut dan menyalaminya . Tanpa berbicara panjang , si Rahib terus mengajak Rasullulah untuk ke gereja . Dipersilakan Rasullulah menikmati hidangan yang disiapkan .
Sewaktu Nabi Muhammad berjalan menuju ke gereja, si Rahib memandang ke langit . Ia benar-benar melihat awan yang berjalan di atas kepala Rasullulah mengiringi ke manapun Nabi Muhammad pergi .
Setelah berada di dalam gereja, Rasullulah duduk di depan hidangan yang telah disiapkan oleh Rahib. Kemudian Rahib keluar lagi . Ia ingin melihat awan yang tadi, ternyata sudah berada di atas gerejanya . Akhirnya , ia yakin bahawa orang yang terakhir kali masuk gereja adalah seorang Nabi .
Selanjutnya ia masuk kembali dan menemui Nabi Muhammad .
Si Rahib bertanya:"Wahai pemuda dari mana kau datang?"
Muhammad menjawab : "Aku datang dari negeri Mekkah ".
Rahib bertanya lagi : "Dari kabilah mana kamu berasal?
Nabi Muhammad menjawab : "Dari kabilah Quraisy," jawab Nabi ."
Dari keturunan mana?" tanya Rahib lagi .
Nabi Muhammad menjawab : "Aku dari Bani Hashim."
Lalu siapa namamu?"si Rahib tanya lagi.
"Namaku Muhammad" jawab beliau .
Dari semua keterangan yang diberikan itu tadi, si Rahib terus memeluk Rasullulah dan mencium kening seraya berkata:"Tiada Tuhan Selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah ." Kemudian ia mengusap wajah Nabi seraya berkata :" Wahai pemuda, tunjukkan kepadaku tanda agar hatiku merasa tenteram dan keyakinanku semakin bertambah." Nabi Muhammad tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan tanda-tanda itu?"
Selanjutnya Rahib berkata : "Bukalah baju sehingga aku boleh melihat tanda apa yang ada di antara kedua bahumu . Barangkali di situ ada tanda kenabian atau kerasulanmu ."
Nabi Muhammad lalu membuka bajunya . Maka Rahib itu melihat tanda kenabian dan kerasulan di antara kedua bahu Muhammad . Kemudian ia menyusup kembali raut wajah Nabi, seraya berkata : "Wahai orang yang menghiasi kiamat, wahai orang yang menolong umat, wahai orang yang mengangkat keinginan, wahai orang yang menghilangkan kesedihan, wahai Nabi yang penuh dengan rahmat." Akhirnya , rahib masuk islam dan sentiasa taat pada keislamannya setelah Muhammad menjadi Nabi dan Rasul .
Demikian mukjizat yang dimiliki oleh Rasullulah s.a.w dimana beliau sebelum diangkat menjadi nabi dan Rasul sudah banyak memiliki kelebihan yang tidak boleh dimiliki oleh umumnya manusia . Dengan akal susah perkara ini, diterima , tetapi kenyataannya inilah mukjizat dari Allah SWT. Perkara ini kerana Allah memang benar-benar melindungi dan mengamankan NabiNya yang dipilih .
2 comments
Write commentsKoreksi
ReplyBukankah itu kisah nabi ketika berdagang bersama pamannya abu thalib??
waalaikummusalam.. saudara yusuf,
Replysebenarnya Rasulullah berdagang ke syam dua kali.. pertama dengan pamannya abu talib. Kedua, bersama-sama maisarah pembantu siti khadijah..
pape baca entry ini :
http://mselim3.blogspot.my/2014/11/kisah-sahabat-nabi-saw-yang-masih-hidup.html
mselim3
pls: moga2 menjawab persoalan saudara.. Aamiin..
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon