Perawi Hadis Abdullah bin Abbas @ Ibnu Abbas

perawihadisibnuabbas

Abdullah bin Abbas adalah seorang sahabat Nabi dan merupakan anak kepada Abbas bin Abdul Mutalib, bapa saudara Rasullulah saw. Dikenal juga dengan nama lain iaitu Ibnu Abbas. Ibnu Abbas merupakan salah seorang sahabat yang berpengetahuan luas, dan banyak hadis yang diriwayatkan melalui Ibnu Abbas. Abdullah bin Abbas atau dikenali dengan Ibnu Abbas lahir di Makkah sebelum Hijrah. Ayahnya, Abbas bin Abdul Mutalib adalah bapa saudara Rasullulah, manakala  ibunya bernama Lubabah binti Harits yang dijuluki Ummu Fadhl ialah saudara Maimunah, isteri Rasullulah saw.

Beliau dikenali Ibnu Abbas atau disebut juga Abul 'Abbas. Beliau berasal daripada salsiah khalifah Dinasti Abbasiyah. Ibnu Abbas adalah salah seorang daripada empat yang diberikan nama Abdullah. Tiga sahabat yang lain diberikan nama Abdullah ialah Abdullah Umar (Ibnu Umar), Abdullah Zubair (Ibnu Zubair), dan Abdullah Amr. Mereka termasuk diantara 30 orang menghafal menguasai al-Quran pada saat penaklukkan Kota Makkah. Ibnu Abbas merupakan sebahagian ulama yang dipercayai oleh kaum muslimin untuk memberi fatwa. Beliau sentiasa mengiringi 

Rasullulah dan menyiapkan air wuduk untuk Rasullulah saw.
Beliau selalu solat berjemaah bersama Rasullulah saw, berjalan, dan menghadiri majlis-majlis nabi bersama-sama. Dengan sebab inilah, beliau banyak mengingati dan selalu mencontohi perkataan dan perbuatan Rasullulah saw. Nabi pernah memanggil Ibnu Abbas dan mendoakannya :"Ya Allah berikanlah ia kefahaman mendalam mengenai islam dan berikanlah ia kefahaman kepadanya ilmu tafsir."

Ibnu Abbas pernah bercerita bahawa suatu ketika Nabi hendak berwuduk maka aku menyediakan air untuknya. Oleh kerana itu, Rasullulah saw memberikan isyarat supaya aku berdiri disebelah. Namun, aku berdiri dibelakang beliau. Selesai solat Rasullulah saw menoleh kearahku lalu berkata:"Hai Abdullah apakah yang menghalangi engkau bersolat disebelahku." Aku menjawab:"Ya Rasullulah engkau terlalu terlalu mulia dan terlalu agung pada pandangan mataku untuk aku berdiri bersebelahan denganmu."

Usia Ibnu Abbas baru berumur 15 atau 16 tahun ketika Nabi wafat. Setelah itu, Ibnu Abbas kerap berusaha menemui sahabat-sahabat yang rapat dengan Rasullulah untuk mempelajari apa-apa yang diajarkan Rasullulah kepada mereka. Begitu gigih Ibnu Abbas menghafal hadis-hadis yang belum pernah diketahuinya daripada sahabat penghafal hadis yang lainnya.

Peribadi Abdullah bin Abbas @ Ibnu Abbas

Ibnu Abbas seorang yang sangat mencintai ilmu serta beliau sangat suka mencari ilmu dan berpandangan bahawa sesuatu ilmu itu tidak datang sendiri.  Dengan kesungguhnya mencari ilmu baik di masa Nabi masa hidup maupun setelah nabi wafat. 

Ibnu Abbas mempunyai kebijaksanaan yang melebihi usianya. Kerana kedalaman pengetahuan dan kedewasaannya Saidina Umar bin Khattab menyebutnya 'pemuda yang tua (matang)." Khalifah Umar sering melibatkannya dalam pentadbiran negara dalam menyelesaikan permasalahan negara. Beliau berdebat hanya untuk mendapatkan atau mengetahui kebenaran bukan untuk menunjukkan kepandaiannya atau menjatuhkan lawan debatnya.

Beliau seorang yang cerdik dan cergas, bijak dan lembut dalam menyelesaikan pertikaian. Hatinya bersih dan jiwanya suci, bebas dari dendam serta mengharapkan kebaikan bagi setiap orang baik yang kenal maupun tidak.
Pandangan sahabat mengenai Ibnu Abbas :"Sebaik-baik tafsir al-Quran ialah Ibnu Abbas."
Pandangan Saad bin Abi Waqqas:"Aku tidak melihat seseorang lebih cepat memahami sesuatu, lebih berilmu, dan bijaksana daripada Ibnu Abbas."

Ibnu Abbas bukan sahaja dikenali seorang yang tajam pemikiran dan kekuatan ingatannya tetapi juga sifat murah hatinya. Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah berkata:"Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih arif tentang hadis Rasullulah. Fizikal Ibnu Abbas tinggi tapi tidak kurus, sikapnya tenang dan wajahnya berseri, kulitnya putih kekuningan. Sifatnya terpuji, budi pekerti mulia, rendah diri, ramah dan akrab, tegas dan tidak suka melakukan perkara yang sia-sia.

Masruq berkata:"Apabila engkau melihat Abdullah bin Abbas beliau seorang yang tampan, apabila berbicara dengannya ia seorang yang fasih lidahnya. Jika berbicara tentang ilmu dengannya seolah-olah ia adalah lautan ilmu."

Pernah ditanya bagaimana ia memperolehi ilmu, beliau menjawab :"Dengan lisan yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir. " Ibnu Abbas membuat rumahnya menjadi majlis ilmu yang setiap hari penuh dengan orang-orang yang ingin menimba ilmu dengannya. Hari-harinya membahas al-Quran, fiqh, halal haram, hukum, ilmu bahasa,syair, sejarah dan sebagainya. Ibnu Abbas adalah orang yang sitiqamah, dan rajin bertaubat, sering berpuasa, menghidupkan malam serta menangis menghayati ayat-ayat al-Quran.

Ibnu Abbas pernah menjadi Gabenor di Basrah di masa zaman pemerintahan Saidina Ali. Ibnu Abbas meriwayatkan hadis yang kelima yang paling banyak sesudah Aisyah ra sebanyak 1,660 hadis.

Beliau pernah menyertai jihad di dalam Perang Hunain, Thaif, Fathu Makkah dan Haji Wada. Ia juga menyaksikan penaklukkan Afrika bersama Ibnu Abu As-Sarah dan menyertai Perang Jamal dan Siffin bersama Saidina Ali.

Pada akhir hayat hidupnya Ibnu Abbas mengalami kebutaan. Beliau menetap di Thaif hingga wafat pada tahun 68H diusia 71 tahun. Demikianlah riwayat sahabat nabi yang banyak meriwayatkan hadis nabi, jenazahnya disolatkan oleh Muhammad bin Hanafiah bin Abi Talib.

Previous
Next Post »

11 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
December 23, 2014 at 12:32 PM delete

hebatnya dia sehingga dianggap sbg Quran bergerak ... klu ada ulama seperti dia sekarang pun x ramai rasanya ...

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
December 23, 2014 at 7:13 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Betapa bertuahnya didoakan oleh Rasulullah SAW..

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
December 23, 2014 at 9:49 PM delete

Terima kasih. Satu kisah yg kita semua perlu ketahui

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
December 24, 2014 at 12:13 AM delete

Assalamualaikum MSelim3, lagi ilmu yg bermanfaat & dikongsikan secara teliti buat pengetahuan saya. T kasih & semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
December 26, 2014 at 11:27 AM delete

Ibnu Abbas ni memang sangat terkenal...

Reply
avatar
December 27, 2014 at 1:07 PM delete

seorang perawi hadis mestilah seorang yg mempunyai akhlak mulia, ahli ibadah malam dan siang dan seorang pendakwah...

Reply
avatar
Fidah Shah
AUTHOR
December 29, 2014 at 8:06 AM delete

Indahnya jika sentiasa diterapkan dengan budaya mencintai ilmu
Terima kasih atas perkongsian

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
December 29, 2014 at 6:15 PM delete

subhanallah..tokoh islam yg kita harus contohi spt ibnu abbas ni. rajin membaca al-quran.

Reply
avatar
ZaridaIshak
AUTHOR
December 30, 2014 at 8:24 AM delete

Semoga dapat dijadikan teladan oleh kita semua. Wallahu A'lam

Reply
avatar
Linda
AUTHOR
December 31, 2014 at 9:50 PM delete

Salam tahun baru...moga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini...aminn

Reply
avatar
Maria Firdz
AUTHOR
January 2, 2015 at 10:17 AM delete

Ilmu yg bermnfaat.. Terima kasih ats perkongsian.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon