Kisah Para Syuhada Uhud - Anas Ibnu Nadhar

pejuanguhud

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Anas ibnu Nadhar merupakan sahabat nabi yang tidak menyertai Perang Badar. Beliau sangat menyesal dan sering memarahi dirinya kerana tidak dapat berjuang bersama-sama dalam Perang Badar. Oleh itu, beliau sangat-sangat berharap agar dapat menebusnya dalam peperangan Uhud ini. Semasa meletusnya Perang Uhud ini Anas ibnu Nadhar merupakan seorang pejuang yang gagah berani. Ketika dalam peperangan ini Anas ibnu Nadhar sedang berjalan lalu ditegur oleh Saad bin Muaz tetapi Anas ibnu Nadhar menyatakan bahawa dia sudah dapat mencium keharuman syurga dari arah Bukit Uhud. Di tengah-tengah peperangan tersebut beliau berperang tanpa henti sehinggalah beliau syahid. Sahabat telah menjumpai mayat beliau di antara para syuhada yang terkorban dengan kesan luka lebih kurang 80 luka kesan tebasan pedang, tusukan tombak dan tusukan anak panah yang dilakukan oleh kaum quraisy (Abdurrahman Umairah 2001;141). Mayat beliau begitu teruk sekali diperlakukan oleh kaum quraisy sehinggakan tidak dikenali oleh para sahabat. Hanya saudara perempuannya sahaja yang dapat mengenalinya melalui hujung jari tangannya. 

Inilah kisah Anas Ibnu Nadhar yang mencium keharuman bau syurga ketika hidup di dunia. Jika keikhlasan ada pada diri seseorang itu maka sudah pasti nikmat syurga dapat dirasai olehnya di dunia. Terdapat ayat al-Quran berkaitan dengan Anas Ibnu Nadhr ini : 

surahalahzabayat23
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. ( Surah al-Ahzab ayat 23)
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Nurulhidayah
AUTHOR
March 4, 2015 at 4:48 PM delete

Subhanallah.. sesungguhnya, beliau insan terpilih, mampu mencium bau syurga dari arah bukit Uhud..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 5, 2015 at 11:51 PM delete

kerana bauan syurga itu , beliau mengejar syahid ... indahnya .

Reply
avatar
faizal
AUTHOR
March 9, 2015 at 6:32 PM delete

salam mselim

saya terfikir, bila lah saya dapat pergi ke bukit uhud

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon