Kenapa Perang Mut'ah Meletus?

perangmu'tah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Kenapa perang mut'ah meletus atau terjadi? Hal ini berlaku kerana ada di kalangan utusan yang dihantar Nabi Saw kepada pemimpin dunia masa itu dilayan dengan buruk, bahkan dibunuh dengan kejam. Berita tersebut sampai ke pengetahuan Nabi Saw dan Nabi cukup marah dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin negara yang membunuh utusannya. Membunuh utusan yang dihantar sesebuah negara itu dikira biadap dan tidak menghormati pemimpin sesebuah negara itu. Wakil Rasulullah saw yang dihantar untuk menemui Raja Ghassan iaitu Harith bin Umair. 


Menurut al-Sayyid Muhammad al-Wakil pembunuhan utusan yang dihantar sesebuah negara tidak dilakukan kecuali untuk mengisytiharkan permusuhan secara terang-terangan terhadap negara yang menghantar utusan itu. Mengambil sikap berdiam diri adalah satu kelemahan dan memberikan peluang kepada orang-orang yang kurang akal untuk mengulangi tindakan yang sama di masa akan datang. Andai Rasulullah saw mengabaikan pembunuhan itu dan tidak tegas akan menyebabkan terhalangnya dakwah islam dan menghalang agama islam muncul mengatasi agama-agama yang lain. 

Oleh itu, Rasulullah saw melantik Zaid bin Harithah menjadi panglima. Pasukan tersebut melibatkan kekuatan seramai 3.000 orang tentera dan Khalid bin al-Walid turut terlibat dalam peperangan ini. Rasulullah saw bersabda sebelum melepaskan pasukan tentera islam :
"Sekiranya Zaid gugur, hendaklah digantikan dengan Jaafar bin Ali Talib dan jika Jaafar juga gugur, hendaklah digantikan dengan dengan Abdullah bin Rawahah." 

Sebenarnya Rasulullah saw telah mengetahui terlebih dahulu bahawa ketiga-tiga pahlawan ini akan gugur di dalam medan Perang Mut'ah ini. Sebab itulah Rasulullah saw berpesan demikian. 

Kemudian orang islam menyerahkan panji-panji islam kepada Khalid al-Walid .Dengan kebijaksanaan dan kepintaran Khalid al-Walid berjaya mengelirukan tentera Rom dan membuatkan mereka menyangka bahawa tentera islam mendapat bantuan dari Madinah. Peperangan Mut'ah ini bukan untuk bertujuan untuk menguasai Balqa' yang ketika itu menjadi jajahan Rom dan juga tidak bertujuan untuk memasuki negara Syam (Syria) tetapi sebaliknya bertujuan mengajar adab sopan kepada negara yang membelakangkan diplomasi politik di dalam hubungan antarabangsa. 


Perang Mut'ah ini berlaku pada sekitar tahun 629M atau 5 Jamadil Awal 8 Hijriah dekat kampung bernama Mut'ah disebelah timur Sungai Yordan dan Al-Karak, Jordan ketika di akhir kehidupan Rasulullah saw. 


Kalau mereka tidak mahu menerima utusan Rasulullah saw mereka boleh meminta utusan itu pulang dengan baik ke negaranya dan tidak membenarkan utusan itu masuk ke negara mereka. Itu adalah hak mereka tetapi membunuh utusan tanpa alasan adalah suatu perkara yang tidak boleh didiamkan. Peperangan Mut'ah tercetus hasil daripada tidakan di luar perikemanusiaan yang ditunjukkan oleh pihak Rom.  

Dari segi psikologi peperangan ini mengajar tentera Rom untuk tidak memandang rendah atau remeh kepada pasukan islam, walaupun jumlah mereka sedikit dan datang daripada jauh pula. Ini sesuatu yang diluar jangkaan bagaimana 3,000 tentera islam dapat menghadapi 200,000 tentera Rom yang jauh lebih besar bilangannya. Dengan bilangan korban tentera islam yang paling sedikit lebih kurang 12 berbanding 3,350 orang. Orang-orang Rom mula berfikir bagaimana orang islam berani menentang mereka di dalam pertempuran bersenjata yang mana Empayar Rom merupakan empayar yang kuat ketika itu. Rom mula menyedari islam merupakan satu-satu agama yang manfaatkan kehidupan di dunia dan akhirat serta pengabadian diri hanya semata-mata kepada Allah swt semata-mata. Ini boleh dikatakan adalah kemenangan yang gilang-gemilang. 

Dari segi imej orang Rom tidak boleh lagi memperlekeh dan merendah-rendahkan orang Arab islam masa itu melebelkan satu bangsa yang lemah dan berpecah belah sesama sendiri. Di bawah panji kepimpinan Rasulullah saw umat islam menjadi satu bangsa yang kuat dan beramal hanya semata-mata untuk Allah Swt. Rom sudah ada pesaing baru masa itu selain Parsi iaitu Islam. 

Penghantaran pasukan ini juga memberi ruang kepada tentera islam untuk mengkaji budaya dan tradisi penduduk negara luar terutama sekali masyarakat Rom. Menanam sifat gigih dan sabar menempuh perjalanan yang jauh dan berhadapan dengan musuh yang lebih besar dan kuat yang mempunyai pengalaman luas di medan perang serta merangka strategi bagaimana menyerang dan bertahan serta berundur, taat kepada panglima yang menjadi aset kepada mereka di dalam menjatuhkan empayar Rom dan Parsi terutama pada zaman pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin. 

Kesimpulannya, Nabi Muhammad saw menggunakan pendekatan psikologi dalam berinteraksi dengan raja-raja luar. Interaksi Rasulullah saw adalah secara berhemah, lemah-lembut dan bertoleransi. Cuma ketika berhadapan dengan Raja Hercelus sahaja baginda terpaksa mengambil sikap keras dan tegas kerana sikap boneka maharaja itu Syurahbil bin Amru al-Ghassani bertindak membunuh utusan baginda adalah suatu perbuatan biadap dan tidak boleh dimaafkan kerana itu Rasulullah saw menghantar pasukan tentera islam yang bertindak sebagai pasukan mengajar adab sopan kepada tentera Rom bagaimana berinteraksi dengan orang yang tidak sehaluan dengan cara berhemah sekalipun tidak menerima ajaran dan agama yang dibawa. 

Para ulama sejarah tidak bersepakat pada mengenai jumlah syuhada Mut'ah. Namun, yang jelas jumlah mereka tidak banyak hanya berkisar kepada angka belasan. Padahal, peperangan Mut'ah ini sangat sengit hal ini dibuktikan bahawa Khalid bin al-Walid menghabiskan 9 bilah pedang hanya satu pedang yang tinggal hasil buatan Yaman. 

Menurut Imam Ibnu Ishaq seorang imam dalam ilmu sejarah islam syuhada perang Mut'ah hanya berjumlah 8 sahabat sahaja iaitu Jaabar bin Abi Talib, Zaid bin Harithah, Mas'ud bin Aswad bin Haritsah bin Nadhlalh al-Adawi, Wahb bin Saad bin Abi Sard. Sementara dikalangan kaum ansar ialah Abdullah bin Rawahah, Abbad bin Qais al-Khozarjayyan, al-Harits bin an-Nu'man bin Isaf bin Nadhlah an-Najjari, Suraqah bin Amr bin Atthiyyah bin Khansa al-Mazini. 

Disisi, Imam Ibnu Hisyam berdasarkan keterangan az-Zuhri menambah empat nama dalam deretan sahabat nabi yang gugur di medan perang Mut'ah yakni Abu Kulaib dan Jabir, Amr bin Amir dan putra Saad bin Tsa'labah bin Malik bin Afsha. Mereka berasal dari kaum ansar. Dengan ini, jumlah syuhada menjadi 12 jiwa yang terkorban. 
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
Fidah Shah
AUTHOR
March 8, 2015 at 8:58 PM delete

Terima kasih atas perkongsian cerita ini Mselim3
Sesungguhnya kisah2 lalu harus di jadikan tauladan dan inspirasi kita hari ini.

Reply
avatar
faizal
AUTHOR
March 9, 2015 at 6:31 PM delete

salam

Mselim

terima kasih kerana kongsikan kisah sejarah yang jarang dibicarakan.

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
March 9, 2015 at 11:36 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Subhaanallah..andai mampu diulang kegemilangan masa silam ini..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
March 10, 2015 at 2:04 AM delete

Assalamualaikum MSelim3.. t kasih atas perkongsian ini ye.. subhanallah...

Reply
avatar
Nurulhidayah
AUTHOR
March 11, 2015 at 11:47 AM delete

Walaikumsalam Warahmatullah Mselim.. nice sharing.. thanks :)

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon