Amr bin Jamuh adalah sahabat Rasullulah SAW seorang pemimpin madinah pada masa jahiliah. Dia juga ipar kepada Abdullah bin Amr bin Haram dan ketua suku Bani Salamah yang dihormati kerana pemurah , memiliki perikemanusiaan yang tinggi serta gemar menolong orang lain.
Amr bin Jumuh memiliki patung ( berhala ) bernama ' manat ' diperbuat daripada kayu yang indah dan mahal. Dia selalu menjaga dan memelihara patung kesayangannya itu setiap masa dengan memberikan wangi-wangian harum seta mahal.
Ketika islam mula tersebar di Madinah, usia Amr bin Jamuh sudah melewati 60 tahun. Dia mempunyai 3 anak Mu'awaz, Muaz dan Khalad serta seorang kawan sebaya mereka iatu Mu'az Jabal yang masuk islam melalui Muas'ab Umair seorang duta islam.
Isterinya hindun bersama 3 anaknya memeluk islam tetapi suaminya, amr tidak mengetahui mereka sudah memeluk islam. Pada waktu itu bangsawan dan pemimpin suku di Madinah sudah ramai memeluk islam.
Hindun sangat menyintai dan menghormati suaminya khuatir jika suaminya mati dalam keadaan kafir sementara Amr cemas kerana keluarganya akan meninggalkan agama nenek moyang mereka.
Anak Amr tahu bapa mereka menyembah berhala dan usaha menyedarkannya. Mereka mengambil berhala yang dijaga bapa mereka , "Manat" lalu mencampakkannya ke lubang najis. Esoknya , menyedari berhala itu sudah hilang,Amr mencari dan menjumpainya di lubang najis.
Bukan main marahnya Amr melihat keadaan itu. selepas membersihkan berhala itu dan membersihkan berhala itu dan memberikannya wangi-wangian dan meletakkannya semula ditempat asalnya. Malam berikutnya , anak Amr mengulangi perbuatan mereka hingga malam seterusnya.
Akhirnya kesabaran amr hilang lalu diambilnya pedang kemudian digantungkan di lehar Mant seraya berkata " hai manat jika kamu hebat, tentu boleh menjaga dirimu dari dianiaya orang lain"
Akhirnya Amr sedar bahawa manat tidak dapat berbuat apa-apa. Amr kemudian membersihkan badan dan pakaian memakai wangian lalu bergegas menemui Nabi Muhammad SAW untuk menyatakan keislamannya.
Amr berasa bagaimana manisnya iman, dia sangat menyesali dosanya selama ini. Selepas masuk islam dia mengarahkan seluruh hidup, harta, dan anaknya dalam mentaati perintah Allah dan Rasul Nya.
Ketika Perang Badar, amr bersiap sedia untuk berperang tetapi Rasullulah SAW tidak mengizinkannya untuk turut bersama, melihat keadaan yang sudah tua dan pincang.
Begitu juga pada Perang Uhud, Amr bersiap untuk berjihad tetapi anaknya melarang. Amr nekad menemui Rasullulah dan memberitahu dan memberitahu bersedia berperang untuk meraih syurga.
Akhirnya beliau syahid ketika berdepan musuh islam.
Amr gugur sebagai syahid bersama beberapa sahabatnya. Ketika perang berakhir, Rasullulah SAW memerintahkan untuk memakamkan jasad Abdullah bin Amr bin Haram dan Amr bin Jamuh dalam satu liang lahad kerana ketika hidup mereka berdua sahabat setia saling menyayangi .
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon