Usah Bereksperimen Dengan Syampu
Sedar atau tidak syampu dan perapi kegemaran yang selama sebenarnya boleh menyebabkan kerosakan pada rambut. Syampu yang sesuai sepatutnya dapat memberi khasiat dan kesan sihat pada rambut, bukan sebaliknya. Berikut beberapa tips dalam memilih syampu dan perapi yang mampu menepati keperluan rambut serta kulit kepala:-
1-Lembapan.
Ketika memilih syampu pastikan ia mempunyai kesan pelembap dan jangan bergantung sepenuhnya pada perapi. Dalam cuaca kering gunakan syampu jenis pelembap dab cuci rambut secara kerap.
Ia boleh membantu memerangkap secara lembapan secara minimum sebelum beralih ke produk lain.
2-Hanya Satu .
Berbeza kepada kepercayaan pupular jangan cuba atau bereksperimen dengan pelbagai jenis syampu dalam masa yang sama. Sesetengah bahan kimia di dalamnya berbeza antara satu sama lain dan mungkin tidak seseuai dengan kulit kepala anda.
Cari produk yang benar-benar sesuai dan kekal dengan produk itu.
3-Melekit .
Jika rambut anda jenis berminyak , pilih syampu yang mengandungi ekstrak jojoba dan pelembap yang minimum. Ja bukan saja dapat membersihkan rambut malah melebatkannya.
Jangan pilih syampu yang kaya dengan minyak tumbuhan kerana ia hanya akan membuatkan rambut menjadi lembik dan tidak bermaya.
4-Biasa
Andainya rambut anda jenis normal , gunakan syampu yang kaya denfgan pelembap seperti ekstrak linda buaya juga elok untuk mengekalkan keseimmbangan rambut normal .
5-Kering
Kekurangan lembapan mengakibatkan rambut mengalami masalah kekeringan. Jika berdepan dengan masalah ini, pilih syampu yang mengandungi pelembap tambahan dan protein bagi membantu meninigkatkan kelembapan berpanjangan .
6-Kelemumur
Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah menggunakan syampu yang mengandungi salah satu daripada bahan-bahan ini iaitu mengandungi asid salisilik, selenium sulfida dan zink pyrithlione.
Ia efektif untuk menangalkan kulit mati dan membunuh bakteria sekaligus memberikan kesan rambut yang lebih sihat.
7-Botol
Jangan terpedaya dengan rekaan yang berwarna-warni. Ia sepatutnya menjadi perkara yang terakhir dalam memilih syampu. Cuba elakkan memilih syampu yang mengandungi terlalu banyak pewarna dan haruman yang menusuk hidung.
1 comments:
Write commentssaya suka warna pink..so mesti confuse nak pilih botol..antara warna atau botol..hahaha
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon