Keselamatan Kanak-Kanak Dalam Kereta

tips-keselamatan-anak-di-dalam-kenderaan

Berikut adalah beberapa tips keselamatan yang boleh diamalkan untuk keselamatan anak-anak anda di dalam kenderaan :-

-Tempat duduk kanak-kanak dan bayi adalah di tempat duduk belakang kereta. Elakkan daripada meletakkan mereka di tempat duduk hadapan kerana ianya amat merbahaya jika berlaku kemalangan.

-Sesetengah kereta mempunyai beg udara yang boleh mencederakan kanak-kanak atau orang dewasa yang kurang ketinggian normal apabila mengelembung.

-Pastikan bayi atau kanak-kanak sentiasa dikunci dengan kemas dan selamat di dalam tempat duduk bayi atau kanak-kanak. Gunakan tempat duduk yang sesuai dengan usia dan saiz mereka. Tali pinggang keledar pula mestilah dikancing dengan kemas dan sempurna . Ini amat penting untuk menjamin keselamatan mereka.

-Walaupun kanak-kanak berusia diantara 4- 12 tahun tidak memerlukan tempat duduk khas, mereka mestilah sentiasa memakai tali pinggang keledar. Pastikan kereta anda mempunyai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang, Jika tiada, anda boleh memasangnya.

-Kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas boleh duduk di tempat duduk hadapan tetapi pastikan mereka memakai tali pinggang keledar dengan sempurna sekalipun untuk perjalanan yang dekat ataupun jauh
.
-Tali pinggang keledar hendaklah dipakai seketat mungkin . Tali pinggang keledar hendaklah dipakai separas pelvis bukannya di atas perut. Pastikan tali pinggang tempat duduk bayi berada di atas bahu mereka bukannya dileher dan jangan biarkan bayi mengeluarkan sebahagian bahu mereka dari tali pinggang keledar.

-Kanak-kanak biasanya akan menjadi tidak tenteram apabila memakai pinggang keledar. Mereka akan merengek mintak dilepaskan dari ikatan. Jangan sekali-sekala mengalah dengan mereka kerana semuanya adalah untuk keseamatan mereka. Dan jangan sekali meriba bayi atau kanak-kanak walaupun untuk perjalanan yang dekat.

-Kanak-kanak juga tidak boleh ditinggalkan sendirian di dalam kereta kerana dibimbangi mereka akan lemas berpunca daripada suhu dalam kereta yang meningkat dengan mendadak. Ini juga amat penting kerana kanak-kanak yang ditinggalkan sendirian sering menjadi mangsa penculikan.

Keselamatan anak anda adalah tangungjawab anda. Pastikan mereka sentiasa selamat di jalan raya.
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon