Abdullah bin Jahsy merupakah salah seorang daripada 70 para syuhada yang syahid di Uhud. Abdullah bin Jahsy merupakan sepupu Rasulullah saw iaitu anak kepada Umaimah binti Abdul Mutalib. Di samping itu, beliau juga merupakan ipar Rasulullah saw kerana saudara perempuannya Zainab bin Jahsy merupakan isteri Rasulullah saw. Abdullah bin Jahsy memeluk islam sebelum Rasulullah saw menjadikan rumah al-Arqam sebagai pusat dakwah. Oleh itu, beliau adalah antara sahabat yang awal masuk islam (al-sabiquna al-awwalun).
Abdullah bin Jahsy merupakan orang yang kedua berhijrah selepas Abu Salamah ketika Rasulullah saw mengizinkan para sahabat berhijrah ke Madinah.
Beliau merupakan salah seorang lapan sahabat yang dipilih Rasulullah untuk membentuk pasukan tentera islam dan beliau dipilih sebagai ketua. Abdullah memegang bendera atau panji islam yang pertama yang diikat pada tongkatnya. Setelah dilantik menjadi pemimpin beliau diperintahkan oleh Rasulullah saw untuk melakukan tugas risikan. Semasa di Perang Badar beliau turut mengalami kecederaan. Beliau turut bersama-sama berjuang dengan kaum muslimin demi mempertahankan kesucian islam.
Lalu Saad bin Abi Waqqas berdoa :"Ya Allah. Pertemukan aku dengan musuh yang paling jahat dan berikan aku kemenangan melawannya." Manakala di aminkan oleh Abdullah bin Jahsy.
Allah ternyata mengabulkan doa yang diaminkan Abdullah bin Jahsy apabila beliau turut terkorban di mana hidung dan telinganya hilang serta tubuhnya digantung dengan seutas tali.
Allah memberikan pahala syahid kepada Abdullah bin Jahsy bersama-sama Hamzah bin Abdul Mutalib dimana kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad. Rasulullah saw mengalir air mata membasahi kubur mereka menambah keharuman darah syahid mereka tumpah melumuri jasad mereka.
Daripada;
mselim3.blogspot.com
9 comments
Write commentsAbdullah bin Jahsy adalah Panglima Perang PErtama dalam Islam
ReplyAssalamualaikum MSelim3...
ReplySubhanallah.. kalau Rasulullah hingga menitiskan air mata... tak taulah apa yg nak di kata betapa mulianya insan ini.. Allahuakbar
Betul ker kata orang... mereka yang mati syahid tidak merasakan kesakitan ketika sakratul maut?
ReplyWalaikumsalam warahmatullah mselim.. terharu membaca kisah ini
ReplyAssalammualaikum mSelim. Mereka berjihad demi kelangsungan perjuangan Rasulullah SAW. Semoga umat Islam mendapat berkat dan kemenangan melawan tentera musuh hari ini..Amiin
ReplyAllahu akbar ... sehingga begitu sekali menyayat hati kematiannya ...
ReplyAllahuakbar....
ReplyAllahu, hebat sungguh semangatnya, semoga dapat kita jadikan pengajaran. Sesungguhnya, nabi, para sahabat, para syuhada ini laa yang layak kita jadikan idola..
Replysungguh besar perjuangan mereka dlm memperjuangkan islam. sronoknye klau umat islam seluruh dunia mcm ni. yg pasal IS tu amat menggerunkan. moga mereka diberi hidayah utk berubah n mperjuangkan misi mereka ke arah islam sebenar.
Replydh nampak iklan geniee dlm blog mselim ni. tahniah. ada geng pakai geniee. hihi
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon