Ketika terjadi perang Uhud , mayat-mayat bergelimpangan di segenap penjuru . Tidak ada satu pun yang hidup . Di pihak syuhada Muslimin, korban-korban mirip bangkai-bangkai yang dimakan binatang buas . Sungguh mengerikan.Pihak musih dipimpin dua panglima Quraisy yang gagah perkasa, Khalid bin Walid dan Ikrimah bin Abi Jalal yang mengamuk bagaikan harimau-harimau gurun yang dahagakan darah. Rasullulah telah terluka . Saidina Hamzah, bapa saudara rasullulah saw telah ditikam oleh Wasya. Wasya bukan hanya telah membunuh pahlawan utama kaum muslimin itu, bahkan mengorek jantung Saidina Hamzah untuk diberikan kepada majikannya, Hindun . Jantung Saidina Hamzah telah dikunyah mentah-mentah oleh Hindun demi membalas dendam lama atas kematian Abu Sufian .
Saidina Ali bin Abi Talib dalam pertarungan dengan seorang panglima musyrik yang kuat . Dia seorang yang cekap dan pandai menggunakan pedang, baik di atas kuda maupun di atas padang yang pansa terik .
Darah Saidina Ali telah membasahi sekujur tubuhnya . Pakaiannya telah koyak rabak, perisainya terlempar jauh . Kehebatan pedang lawan menyambar-nyambar bagaikan kilat mahu mengancam jiwanya. Saidina Ali benar-benar dalam bahaya yang sangat genting.
Dalam suatu kesempatan, Saidina Ali berjaya menangkis pedang lawan yang mengarah ke lehernya, dan dengan cepat dia berjaya memotong kaki panglima musyrik itu .
Orang kafir itu menjadi terkejut dia tidak menduga akan mendapat serang macam itu, maka dia terguling jatuh dan pedangnya terlepas segera ditendang jauh oleh Saidina Ali . Kemudian panglima muslim muda itu dengan pantas melompat ke atas tubuh lawannya . Dicabutnya pisau pendek di pinggangnya, serta tangannya terangkat tinggi siap untuk menghunjamkan pisaunya ke jantung musuh yang sudah tidak berdaya .
Namun tiba-tiba tatkala dalam beberapa detik lagi pisau Saidina Ali yang berkilat-kilat ditimpa sinar matahari untuk menghabiskan nyawa panglima musyrik itu . Panglima Musyrik itu meludah muka Saidina Ali tepat mengenai mata,hidung dan mulutnya .
Saidina Ali menghentikan niatnya . Tangannya yang memegang pisau di turunkan kembali . Dia sangat jijik dan marah, wajahnya merah padam dadanya nyaris meledak kerana marah . Ludah orang musyrik itu bukan main busuknya, sehingga hampir menyebabkan Saidina Ali muntah .
Yang menghairankan , dalam keadaan darahnya yang bergolak panas kerana merasa dihina dan direndahkan, Saidina Ali justeru melemparkan pisaunya lalu dia segera berdiri dan menyuruh lawannya pergi. Orang musyrik itu menjadi hairan dan kebingungan.
"Mengapa engkau melepaskan diriku? Kenapa engkau tidak jadi membunuhku? Gilakah dirimu , padahal seandainya tadi kedudukanku sepertimu, pasti kau sudah mati!" kata orang musyrik itu dengan nada tidak percaya.
"Untuk membunuhmu boleh diselesaikan lain kali," jawab Saidina Ali seraya mengusap debu yang menempel di bajunya.
"Tetapi , kalau aku membunuhmu sekarang , itu bukan kerana Allah semata-mata, melainkan kerana aku marah kerana kau meludahiku . Berbeza dengan sebelumnya waktu aku benar-benar bertempur dengan dasar keyakinan untuk membela agama yang benar . Aku tidak mahu mengotori tangan dan perjuanganku dengan darah manusia kerana alasan hawa nafsu, betapa pun besarnya kemarahanku kerana kau hina dengan perbuatanmu meludahi wajahku tadi."
Petikan :
Himpunan Kisah Para Sufi
Halaman 13-15
Muhammad Ibrahim Salim
4 comments
Write commentswoww sabarnye saidina Ali..niat nye tu mmg ikhlas kerana Allah.ikotkan hati tikam2 je pnjahat tu.sukati je ludah muke org..geli nye hindun mkn organ org..mcm mane dia telan ke?huh
ReplyBole sy perbetulkan sedikit..hind mmg sngat dendam dgn saidina hamzah sbb membunuh musuh Allah iaitu bapanya utbah bin rabiah..bkn abu sufian..abu sufian tu suami hind..lg satu tuan xde hadis @ riwayat yg mengatakan hind memakan hati saidina hamzah mentah2..sekian utk perkongsian semua..wallahualam missawab..
ReplySalam..sekadar ingin berkongsi sejarah islam..yg sebetulnya hind berdendam dgn saidina hamzah sbb membunuh bapanya utbah ibni rabiah musuh Allah..abu sufian itu ialah suami hind..tiada hadis ataupn riwayat menyatakan hindun memakan hati saidina hamzah dan wahsyi merobek2 tubuh saidina hamzah..yg sahih dlm sejarah islam hanyalah saidina hamzah dibunuh oleh wahsyi dgn tombak dlm keadaan curi2..selepas Rasullah menawan kota mekah hind juga memeluk islam..dan anaknya juga adalah salah satu khalifah slpas zaman khulafa al-rasyidun iaitu muawwiyah bin abu sufian..sekadar perkongsian..wallahualam missawab..
ReplyAssalammualikum... terima kasih kamarul azwan atas teguran itu. Memang benar apa yang diperkatakan itu. Kepada kekawan yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh baca di sini...link nya :
Replyhttp://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=181
pls: mselim3 kongsi ilmu apa yg ada dalam buku itu, tetapi masih meneruskan pembacaan dan dah jumpa solusi nyer... "teguran yang baik dan benar. mselim3 mmg tunggu ada sesiapa tegur pasal artikel ini. Kamarul azwan tegur sebab dia dah tahu, bagus!. takper ilmu mmg perlu disebarkan2 dan tegur menegur dan berpesan2 pada kebenaran.
Terima kasih kamarul azwan.
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon