Dengan tergesa-gesa Saidina Ali pergi ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama Rasullulah . Namun, di tengah jalan seorang lelaki tua yang berjalan bertatih-tatih dengan tongkat dan tangan kirinya memegang lampu suluh sebagai penerang jalan . Untuk menghormati orang tua itu , dan sebagai sikap merendah diri Saidina Ali tidak ingin mendahului lelaki tua maka dia pun berjalan di belakangnya . Kerana keadaan itu, Saidina Ali menjadi lambat untuk berjemaah di masjid . Nasib malang, ternyata lelaki tua itu tidak solat di masjid, kerana dia orang nasrani .
Ketika Saidina Ali memasuki masjid ahli jemaah solat sedang rukuk, Rasullulah waktu itu sengaja memanjangkan rukuknya dengan bacaan yang panjang sehingga Saidina Ali dapat mengikutnya menjadi makmum .
Selesai solat, Saidina Ali bertanya kepada Rasullulah :"Ya, Rasullulah mengapa engkau memanjangkan rukukmu suatu perkara yang belum pernah kutemui selama ini .
" Waktu rukuk sebagaimana biasanya aku akan berdiri tegak sebelum kepalaku terangkat . Malaikat Jibrail telah mendahului menekan punggungku . Setelah cukup lama menekan punggungku baru boleh aku mengangkat kepala dan berdiri tegak untuk iktidal," jawab Rasullulah .
Mendengar penjelasan Rasullulah saw, barulah Saidina Ali menceritakan kejadian dalam perjalanan menuju ke masjid yang baru dialaminya . Rupanya Allah telah memberikan isyarat kepada Rasullulah agar Saidina Ali boleh ikut berjemaah solat Subuh bersama Rasullulah .
Ternyata bukan itu sahaja, riwayat yang luar biasa tentang Saidina Ali ialah malaikat Mikail diperintahkan Allah untuk menahan lajunya matahari hanya agar Saidina Ali tidak ketinggalan solat berjemaah Subuh di masjid bersama Rasullulah . Perkara itu gara-gara godaan lelaki tua Nasrani itu juga .
Petikan :
Himpunan Kisah Para Sufi
Halaman 4-6
Muhammad Ibrahim Salim
4 comments
Write commentswowww tak pnah dngr lagi ni cerite ni.nice share!hebat nye saidina Ali..
Replymatahai pn ditahan
Nice entry.. Seronok M baca pasai Saidina Ali ni.. .istimewanya Saidina Ali ni...
Replykun fayakun... subhanallah....
Replyhebatnya akhlak saidina ali..kita sepatutnya mencontohi..hehehe
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon