UMAR R.A MEMIKUL KARUNG DEMI KANAK-KANAK YANG MENANGIS KELAPARAN

demikanakkanak


Khadimnya , iaitu si Aslam r.a berkata : "Suatu hari aku pernah bersama Umar r.a pergi menuju kota Hirah (sebuah nama kota dekat Madinah) . Kemudian kelihatan nyalakan api di atas gunung dan Umar r.a berkata:" Mungkin ada sebuah kafilah yang bermalam , kerana mereka tidak sampai ke kota. Mereka terpaksa menunggu di luar kota. Mari kita lihat khabar baik mereka. Bagaimana penjagaan mereka malam tadi" . Setelah sampai di tempat itu, kelihatanlah Umar ra seorang wanita dengan beberapa anak kecil disekelilingnya sedang menangis meronta-ronta . Sementara wanita itu sedang merebus air di dalam bekas di atas tungku yang menyala . 




Umar ra memberi salam kepada perempuan itu dan meminta izin untuk didekatinya . Dia bertanya : "Mengapa anak-anak kamu menangis?" Jawab wanita itu, "Mereka menangis kerana tidak dapat menahan lapar ." Kemudian Umar ra bertanya lagi :" Apakah yang sedang dimasak di dalam kuali itu?" Wanita itu menjawab : "Kuali itu dipenuhi dengan air , semata-mata untuk mengaburi mereka senang hati mereka kerana menyangka bahawa ibu mereka sedang memasak makanan . Sehingga mereka tertidur . Semoga Allah mengambil keputusan atas Amirul Mukmimin . Ketakwaan Umar ra yang tidak tahu dengan kesusahanku ini."


Umar ra pun menangis . Dia tersedu seraya berkata : "Semoga Allah merahmatimu, tapi bagaiman mungkin Umar ra boleh mengetahui keadaanmu?" Wanita itu menjawab , "Seharusnya dia memerhatikan keadaan kami." 


Aslam ra meneruskan ceritanya, "Kemudian Umar ra mengajakku kembali ke Madinah . Dia mengeluarkan sekarung gandum, kurma, minyak, dan beberapa helai pakaian dan beberapa dirham wang dari Baitul Mal . Setelah itu dia berkata kepadaku; " Letakkan karung ini di bahuku wahai Aslam . Aku menjawab;"Biarlah saya yang membawanya Amirul Mukmin." Umar ra berkata :" Tidak , letakkan saja di atas bahuku " Aslam kemudian menawarkan bantuan untuk membantu Umar ra . 



Umar berkata:" Apakah engkau akan memikul dosa-dosaku nanti pada hari kiamat? Tidak , aku sendiri yang akan dipertanggungjawabkannya. " 

Aslam tetap bersama Umar ra . Sesampai di sana, terus dia masukkan tepung , sedikit minyak, ditambah kurma ,lalu diaduk dan dia sendiri yang menyalakan tungunya . Kemudian dengan tangannya yang penuh berkah dia menghidangkan makanan itu bagi keluarga yang malang itu . Umar ra sangat senang dan ketawa melihat mereka makan dengan riangnya . Setelah selesai makan , maka anak-anak itu bermain-main. Ibunya nampak sangat bahagia . Dia berkata:" Semoga Allah memberimu balasan baik, seharusnya engkau lebih berhak menjadi khalifah , bukannya si Umar ra ." 

Untuk menyenangkan hati wanita itu, Umar ra berkata :" Jika engkau pergi menemui Khalifah , engkau pun akan menemui aku di sana" . 

Setelah itu, Umar ra meletakkan kedua tangannya di bawah , kemudian duduk di atas tanah . Setelah beberapa lama duduk , kemudian dia pergi meninggalkan mereka . Umar ra berkata : Tahukah engkau Aslam mengapa aku duduk? kerana aku ingin menyaksikan mereka ketawa setelah melihat mereka menangis kelaparan . " 

Petikan : 

Buku Himpunan Kisah Para Sufi 
Halaman 16-19 
Karangan Muhammad Ibrahim Salim  
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
Cendol
AUTHOR
July 26, 2012 at 3:36 PM delete

kesian budak tu..baik nye khalifah Umar..huh kalau lah kite ade khalifah yg mcm tu skrg ni

Reply
avatar
Aimacomel
AUTHOR
July 26, 2012 at 9:53 PM delete

owh sedihnya, menahan lapar sampai tertidur.. saya pun kdg2 pilih utk tidur dr fikir pasal makan (sbb malas nk masak sendiri)

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
July 27, 2012 at 12:58 AM delete

Tersentuh hati M baca entry ni...alangkah bagus kalau negara kita masih ada lg pemimpin yg sebaik Umar....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 27, 2012 at 9:24 AM delete

Salam selim,

BerbahagialahUmar ra. Mudah2 masih ujud umar dizaman ini.

Reply
avatar
June 28, 2014 at 10:21 AM delete

setiap kali baca kisah sahabat rasululullah dan kisah rasulullah terasa sebak dan kagum kerana saya sendiri tidak mampu utk bersikap sedemikian. Cuma berharap sebahagian dari diri saya sendiri mempunyai perasaan dan sikap seperti mereka..amin.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon