Kisah Para Syuhada Uhud - Malik bin Sinan

pahlawanuhud

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Malik bin Sinan merupakan bapa kepada Abu Said al-Khudri salah seorang daripada pakar hadis dalam kalangan para sahabat nabi daripada golongan Ansar. Beliau merupakan sahabat nabi yang kaya kerana mempunyai harta yang banyak. Walau bagaimanapun, beliau sanggup mengorbankan harta kekayaannya semata-mata untuk meninggikan agama Allah sehingga hartanya habis.


Malik bin Sinan sanggup miskin kerana dia yakin bahawa pengorbanannya tidak sia-sia kerana Allah. Nabi saw sangat bangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh Malik bin Sinan serta memujinya. 

Malik bin Sinan turut sama-sama berjuang di dalam Perang Uhud. Di saat perang yang sedang berkecamuk itu lalu beliau menyerbu ke tengah-tengah medan peperangan dan menghunuskan pedangnya. Beliau berperang dengan penuh semangat di dada. 

Apabila Khalid bin al-Walid (masa ini dia belum memeluk islam) menyerang tentera islam dari belakang Bukit Uhud apabila tentera pasukan memanah turun untuk merebut harta rampasan (Ghanimah) Malik bin Sinan tidak berganjak daripada tempatnya mempertahankan Rasulullah saw. 

Dalam keadaan yang kelam-kabut itu beliau terus mempertahankan Rasulullah saw menyerang musuh sehinggakan badannya mendapat banyak luka-luka. Selepas itu melihatkan Rasulullah saw mendapat luka di bahagian muka, Malik bin Sinan terus memeluk dan menjilat darah suci Rasulullah saw yang mengalir di pipi. Maka sebatilah darah Malik bin Sinan dengan darah Rasulullah saw. (Tarikuddin 2003,siri 14-19;36) 

Lalu beberapa anak panah telah menembusi badan Malik bin Sinan. Seolah-olah badan Malik bin Sinan menjadi perisai yang melindungi tubuh mulia Rasulullah saw. Maka dengan itu gugurlah riwayat para syuhada Uhud ini bermati-matian mempertahankan Rasulullah saw. Setelah peperangan Uhud selesai Nabi mencari mayat Malik bin Sinan yang terbaring dalam keadaan senyum menikmati syurga firdausi untuk dikebumikan. 


Baginda bersabda :"Barangsiapa yang rindu melihat pahlawan yang darahnya bercampur dengan darahku maka lihatlah kepada Malik bin Sinan." 

Kredit : Kisah Para Syuhada Uhud
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
Tunsha Ayunie
AUTHOR
February 28, 2015 at 7:48 AM delete

Maha suci Allah..... kisah yang bermanfaat....

Reply
avatar
Ayu
AUTHOR
February 28, 2015 at 9:14 AM delete

beruntung nya Malik Bin Sinan...tergolong dlm golongan syuhada yang dijanjikan syurga.

Reply
avatar
kuchalana
AUTHOR
February 28, 2015 at 1:06 PM delete

sungguh hebat semangat juang para sahabat..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
March 1, 2015 at 10:04 AM delete

Assalamualaikum... sesungguhnya beruntunglah menjadi insan yg dimuliakan Allah swt. Perjuangan serta pengorbanan yg tidak sia2 serta menjadi contoh ikutan yg baik buat kita semua... subhanallah..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon