Kisah Hanzhalah Abi Amir Pejuang Uhud Yang Dimandikan Malaikat

hanzhalahbinabiamir

Kisah Hanzalah yang baru dinikahkan pada malam sebelum esoknya terjadi perang Uhud. Kisah yang meruntun jiwa apabila seorang sahabat nabi yang rela meninggalkan isteri demi menyahut panggilan jihad. Pada malam itu, jelas sebenarnya bukanlah malam biasa buat Hanzhalah apabila malam sebelum perang Uhud terjadi Hanzhalah telah meminta izin dengan Rasullulah untuk bersama dengan isterinya. Sementara Hanzhalah tidak pasti adakah malam itu adalah malam pertama bersama isteri tercinta atau malam perpisahan dia bersama dengan isteri yang dicintainya itu. 


Esoknya, ketika Hanzhalah terjaga dari tidurnya apabila terdengar gendang perang yang dibunyikan. Dengan sepantas kilat Hanzhalah mengenakan pakaian tanpa sempat mandi junud terlebih dahulu. Ini kerana tentera islam mendapat tentangan yang hebat dalam suasana yang genting itu. Hanzhalah dengan gagah menyiapkan diri untuk pergi bertempur tanpa memikirkan urusan dunia demi menegakkan agama Allah. 

Perang yang berlaku pada mulanya dimenangi oleh pasukan islam tetapi mengalami kekalahan apabila pasukan memamah yang ditugaskan berkawal di atas bukit Uhud turun merebut harta rampasan perang. Ketika inilah pasukan tentera Musyrikin menyerang balas, akan tetapi beberapa tentera tetap teguh bertahan bersama Rasullulah saw termasuklah Hanzhalah. Dia terus bertahan demi membuktikan kecintaan kepada Rasullulah saw. Dia maju menghadap Abu Sufian bin Harb dan menebas kaki kuda Abu Sufian dari belakang sehingga Abu Sufian terjatuh terjatuh daripada kudanya. Pada saat itulah Syaddad bin Aswad membantu Abu Sufian melawan Hanzhalah ra dengan melempar lembing daripada belakang yang mana menebusi dada Abu Sufian. Maka Syahid Hanzhalah dalam keadaan berjunub. 

Pada perang Uhud berakhir, maka para sahabat semua mengumpulkan jasad para syahid yang gugur di medan Uhud. Melihat jasad Hanzhalah yang berlumuran darah mereka kagum adanya rintik-rintik air mengalir dari dahinya seperti butiran mutiara yang jatuh daripada sela rambutnya. Ini menjadi misteri dikalangan sahabat.

Rasullulah saw bersabda :"Sesungguhnya aku melihat malaikat memandikan Hanzhalah bin Amir ra diantara langit dan bumi dengan air awan dari bejana yang diperbuat daripada perak."


Para Sahabat tercengang-cengang mendengar berita ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi pergi melihat mayat Hanzhalah wajahnya sungguh tenang dan dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzhalah mendapat layanan istimewa dari malaikat malahan wafatnya sebagai syuhada menjadikannya sebagai penghuni syurga yang tanpa dihisap. 


"Barangsiapa yang menafkahkah dua barang di jalan Allah maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga, wahai hamba Allah ini adalah kebaikan. Barangsiapa yang termasuk ahli solat maka dia akan dipanggil dari pintu solat,siapa yang termasuk ahli jihad maka dia akan dipanggil dari pintu jihad,siapa yang ahli puasa maka ia akan dipanggil dari pintu Rayyan dan siapa yang ahli sedekah maka ia akan dipanggil dari pintu sedekah.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

"Sesungguhnya di dalam syurga ada seratus tingkatan yang telah Allah sediakan untuk para mujahid di jalanNya, setiap dua tingkatan jarak antara keduanya laksana antara langit dan bumi, jika kalian memohon kepada Allah maka mintalah syurga Firdaus , Sesungguhnya letaknya di tengah tingkatan tertinggi dari syurga dan di atasnya "Arasy Allah yang Maha Luas RahmatNya, daripadanya terpancar sungai-sungai Syurga. 
(Hadis Riwayat Bukhari)

Kredit : Sumber 
Previous
Next Post »

18 comments

Write comments
sitirohaida
AUTHOR
March 3, 2014 at 2:08 PM delete

perkongsian yang menarik mselim

Reply
avatar
March 3, 2014 at 2:36 PM delete

terleka jap baca entri ni mselim..he he he...great piece of sharing... lama tak singgah sini, hari ni baru berkesempatan dan nampak mselim update... suami2 suka ni gunakan kisah ni nak bagi isteri dengar... *_^

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
March 3, 2014 at 3:16 PM delete

Salam sahabatku,
Sungguh beruntung hanzhalah...insan terpilih kerana jihadnya demi Agama dan Rasulnya.

Reply
avatar
Hafizul
AUTHOR
March 3, 2014 at 3:36 PM delete

Seronok rasanya membaca artikel kisah macam ni..leh tambahkan panduan hidup..nak harapkan baca dalam buku memang sukar la..terima kasih..itulah kan..buat baik di jalan Allah pastinya akan dibalas baik kelak...

Reply
avatar
March 3, 2014 at 3:57 PM delete

subhanaALLAH takpernah baca kisah ini...terima kasih mselim kongsikan ksiah yang sangt terasa di hati

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 3, 2014 at 4:13 PM delete

sungguh beruntung hanzalah menjadi penghuni syurga tanpa hisab .

Reply
avatar
March 3, 2014 at 4:17 PM delete

Kisah yang menarik kali ini

Reply
avatar
Mizz Aiza
AUTHOR
March 3, 2014 at 5:01 PM delete

begitulah contoh jihad yang benar-benar ikhlas..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
March 3, 2014 at 7:38 PM delete

Assalam MSelim3;
Jihad yg sebenar2nya yg patut kita renungkan & dijadikan contoh tauladan yg baik... T kasih..

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
March 3, 2014 at 9:41 PM delete

Bertuahnya Hanzhalah...Thanks MS for sharing..

Reply
avatar
March 4, 2014 at 6:13 AM delete

assalamualaikum, selamat pagi...
perkongsian yang hebat dan menarik..

Reply
avatar
Pha Is
AUTHOR
March 4, 2014 at 11:06 AM delete

kalau x silap, kumpulan rabbani ada buat 1 lagu nasyid pasal hanzalah ni...

Reply
avatar
sobri yaacob
AUTHOR
March 4, 2014 at 12:03 PM delete

salam bro muslim..
subhanallah kisah yg hbat..
terima kasih ats pkongsian..

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
March 4, 2014 at 12:21 PM delete

kisah yang menarik..boleh dijadikan tauladan. Terima kasih berkongsi :)

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
March 5, 2014 at 10:56 PM delete

isi tabung malam selasa di sini...

Reply
avatar
nOe suhaimi
AUTHOR
March 6, 2014 at 3:42 PM delete

cerita-cerita macam ni lah yang elok kita perdengarkan pada anak2 kita...bukannya cerita2 superman, spiderman dan sewaktu dengannya

Reply
avatar
March 8, 2014 at 10:22 PM delete

Subhanallah, siapalah kita nanti akan memandikan kita.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon