10 Sahabat Yang Telah Di Jamin Syurga

10-sahabat-rasulullah-saw-yang-di-jamin-masuk-surga

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berikut adalah 10 sahabat yang telah di jamin syurga (Asratul Kiraam)


Surah-At-Taubah-ayat-100


"Dan orang-orang yang terdahulu (yang pertama masuk islam) diantara orang-orang muhajirin dan ansar dan orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung. " 
(Surah At-Taubah ayat 100)

1- Abu Bakar Siddiq ra

Beliau adalah khalifah yang pertama selepas wafatnya Rasulullah saw. Selain itu, Abu Bakar Siddiq ra merupakan lelaki yang pertama masuk islam. Pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah dan di dalam Al-Quran.

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Surah At-Taubah ayat 40)

Abu Bakar Siddiq ra meninggal pada usia 63 tahun dengan meriwayatkan 142 hadis.

2- Umar Bin Al-Khattab ra 

Beliau adalah khalifah islam yang ke-dua sesudah Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra dan termasuk salah seorang sahabat yang dikasihi Rasulullah saw semasa hidupnya. Setelah memeluk islam , beliau merupakan musuh yang paling ditakuti kaum muslimin. Namun, sejak ia memeluk islam di hadapan Rasulullah saw (tahun ke-6 sesudah Rasulullah saw menjadi Rasul) . Ia menjadi salah satu benteng islam yang mampu menyusutkan tentangan kaum Quraisy terhadap Rasulullah saw dan sahabat. Dizaman Khalifah Umar ra islam berkembang seluas-luasnya dari timur hingga ke barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditakluknya dalam masa hanya satu tahun. Beliau meninggal dunia dalam usia 64 tahun kerana dibunuh. Dikembumikan berdekatan dengan makan Saidina Abu Bakar ra dan Rasulullah saw dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak di dalam masjid Nabawi di Madinah.

3- Uthman bin Affan ra.

Khalifah ketiga setelah wafatnya Saidina Umar ra. Pada masa pemerintahan Uthman bin Affan ra seluruh tulisan-tulisan yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasulullah saw dikumpulkan dan dibukukan sehingga menjadi sebuah kitab suci Al-Quran sebagaimana yang kita dapati sekarang ini. Beliau meninggal dunia dalam usia 82 tahun (ada yang meriwayatkan pada usia 88 tahun) dan dimakankan di perkuburan di Baqi.

4- Ali bin Abi Talib ra

Merupakan Khalifah yang ke-empat zaman pemerintahan Khaliffah Ar-Rasyidin. Beliau terkenal dengan siasat perang dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain, selain Umar Bin Al-Khattab ra beliau juga terkenal dengan keberanian dan ketangkasannya di dalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah saw sejak kecil lagi dan hidup bersama Rasulullah saw sehinggalah Rasulullah saw wafat. Ali bin Abi Talib ra meninggal dunia dalam umur 64 tahun dan di makamkan di Koufah , Iraq sekarang.

5- Thalhah bin Abdullah ra 

Masuk islam dengan perantaraan Abu Bakar ra selalu aktif dalam peperangan bersama Rasulullah saw selain dalam Perang Badar. Di dalam Perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah saw daripada terhindar daripada mata pedang musuh dengan menjadikan badannya sebagai perisai untuk melindungi Rasulullah saw sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah bin Abdullah ra gugur dalam Perang Jamal semasa Pemerintahan Saidina Ali bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun dan dimakamkan di Basrah.

6- Zubir bin Awwam 

Memeluk islam kerana Abu Bakar As-Siddiq ra berhijrah sebanyak dua kali ke Habsyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau juga gugur di dalam Perang Jamal dan dimakamkan di perkuburan Basrah pada usia 64 tahun.

7- Saad bin Abi Waqqas 

Memeluk islam pada usia 17 tahun dan mengikuti semua peperangan dan pernah ditawan oleh musuh lalu ditebus oleh Rasullulah saw sendiri sewaktu dalam Perang Uhud. Meninggal dunia dalam usia 70 tahun (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dimakamkan diperkuburan Baqi.

8- Sa'id bin Zaid 

Sudah memeluk islam sejak kecil dan mengikuti dalam semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama-sama Thalhah bin Abdullah ra pernah diperintahkan oleh Rasulullah saw untuk mengintai gerakan musuh Quraisy. Meninggal dunia dalam usia 70 tahun dan dimakamkan di perkuburan Baqi.

9- Abdul Rahman bin Auf 

Memeluk islam sejak kecil melalui Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra dan mengikuti semua peperangan bersama Rasullulah saw. Beliau turut berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali. Meninggal dunia pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun) dan dimakamkan diperkuburan Baqi.

10- Abu Ubaidillah bin Jarrah 

Masuk islam bersama Uthman bin Math'uun dan turut berhijrah ke Habsyah pada fasa kedua mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah saw. Meninggal dunia pada tahun 18Hijrah di Urdun (Syam) kerana penyakit pes dan dimakamkan diperkuburan Urdun yang sehingga kini diziarahi oleh ramai kaum muslimin.

Daripada ;
http://mselim3.blogspot.com

Terima kasih membaca entry 10 Sahabat Yang Telah Di Jamin Syurga
Previous
Next Post »

21 comments

Write comments
ikhwan yusuff
AUTHOR
August 24, 2015 at 3:33 PM delete

Alhamdulillah..... Beruntungnya para sahabat ini..

Reply
avatar
August 24, 2015 at 3:57 PM delete

Semua sahabat yang hebat-hebat dalam list 10 ni.

Reply
avatar
August 24, 2015 at 7:52 PM delete

Assalammualaikum, is datang menjenguk sahabat is, is masih ada lagi bz keja sahaja blogging pun on off on off, is cari kotak jerit xjumpa so komen je lah sini.

Reply
avatar
Aku Penghibur
AUTHOR
August 24, 2015 at 11:01 PM delete

allhurabbi ..beruntung mereka...

Reply
avatar
August 25, 2015 at 12:25 AM delete

Semoga Allah bagi taufik untuk kita ikut jejak langkah Sahabat Nabi SAW juga.

Reply
avatar
August 25, 2015 at 12:44 PM delete

Sahabat Nabi, berperibadi mulia.. banyak menolong Rasullullah..

Reply
avatar
August 25, 2015 at 7:06 PM delete

Assalaamualaikum mSelim. Alangkah beruntungnya 10 sahabat ini kan. Semoga kita semua mendapt berkat daripada perjuangan hebat mereka semua.

Reply
avatar
Cetusan Minda
AUTHOR
August 25, 2015 at 10:48 PM delete

beruntungnya mrk sudah dijanjikan syurga ...

Reply
avatar
ziana eunos
AUTHOR
August 27, 2015 at 9:32 AM delete

alhamdulillah ,, harap kita pun sama2 tergolong dlm ahli syurga kelak amiin

Reply
avatar
August 27, 2015 at 1:58 PM delete

Takwa sahabat menyebabkan mereka tinggi darjat di sisi Allah SWT.

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
August 28, 2015 at 8:54 PM delete

Assalam MSelim.. subhanallah.. insan2 yg beruntung di dunia dan akhirat.. tinggi darjat mereka di sisi Allah..

Reply
avatar
August 29, 2015 at 8:49 AM delete

kenalilah mereka... banyak kisah mereka yang boleh dijadikan pengajaran di dalam kehidupan ini.

Reply
avatar
Aniey Yusoff
AUTHOR
August 30, 2015 at 3:26 PM delete

semoga kita dapat mencontohi keperibadian sahabat2 Nabi ini..

Reply
avatar
Etuza Etuza
AUTHOR
September 5, 2015 at 9:45 AM delete

http://mselim3.blogspot.my/ asalam..ingat lagi ke dengan Etuza..datang nak belajar cari ilmu..salam ukuhuwa fillah

Reply
avatar
nor azman
AUTHOR
September 5, 2015 at 4:29 PM delete

Nasib kita bagaimana pula..???

Reply
avatar
Nao Mei
AUTHOR
September 6, 2015 at 11:25 PM delete

SubhanaAllah.,.indahnya pergorbanan sahabat2 nabi....

Reply
avatar
September 9, 2015 at 8:59 AM delete

Beruntungla bg siapa yg mahu mengambil pelajaran dan tauladan..

Reply
avatar
Bin Muhammad
AUTHOR
September 11, 2015 at 10:28 AM delete

Mereka insan bertuah. Semoga berbahagia mereka disana dan InsyaAllah semoga kita semua akan bertemu nanti...

p/s: Assalam sahabat. Blog utama BM kini di www.dammahumnib.com. Semoga ukhuwah berpanjangan

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon