10 Sahabat yang Dijamin Syurga : Zubair bin Awwam

zubirbinawwam


Zubair bin Awwam bin Khuwailid bin Asad bin Abdil Uzza bin Qushai bin Kilab(keturunan Rasullulah saw). Adalah seorang sahabat nabi Muhammad saw. Beliau adalah salah seorang "mubasyirin bil-jannah" iaitu sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga. Beliau merupakan seorang pejuang yang hebat yang berjuang bersama-sama dengan Khalid Al-Walid, mereka berdua sahaja yang mempunyai kebolehan berperang dengan dua pedang dalam satu masa, walaupun ketika menunggang kuda.



Zubair berasal dari bani Asad merupakan anak kepada Awwam bin Khuwailid dan Saffiyah binti Abd Al-Mutalib (ibu saudara Rasullulah). Zubair berkahwin dengan Asma binti Abu Bakar (anak saidina Abu Bakar As-Siddiq). Hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan dengan tiga orang anak lelaki iaitu Abdullah ibn Zubair,Urwah ibn Zubair, dan Ursa Ibn Zubair. Zubair bin Awwam termasuk salah seorang daripada 7 orang yang pertama memeluk islam. Beliau memeluk agama islam ketika berumur 8 tahun dan berhijrah ketika berumur 18 tahun.


Semangat Jihad Yang Ada Dalam Zubair bin Awwam
Zubair adalah seorang pejuang yang berani menyandang senjata untuk melawan orang yang memusuhi islam. Semangat kepahlawanannya yang menyerlah ketika Perang Badar. Dalam peperangan itu, pasukan Quraisy dipimpin oleh Ubaidah bin Said Ibnu Aash, yang terkenal sebagai seorang yang paling berani, paling pandai menunggang kuda dan paling kejam terhadap lawan.

Walaupun seluruh badan Zubair bin Awwam dibaluti baju besi sehingga sukar ditembusi senjata, Zubair sedia terjun ke medan tempur dan terjadi pertarungan sengit dengan Ubaidah. Dalam pertempuran itu, Zubair berjaya mengarahkan lembingnya ke mata Ubaidah dan berjaya menusuk kedua mata sampai ke belakang kepalanya.

Zubair merupakan orang yang pertama menghunuskan pedangnya pada jalan Allah. Ia pernah ikut berhijrah ke Habsyah bersama-sama kaum muslimin yang lain sehinggalah beliau kembali ke Madinah. Beliau selalu mengikuti peperangan bersama Rasullulah saw, setelah perang Uhud selesai orang-orang Quraisy kembali ke Makkah. Rasullulah saw mengirim 70 sahabat untuk mendampingi Rasullulah termasuklah didalamnya Abu Bakar As-Siddiq dan Zubair bin Awwam

Pada perang Yarmuk Zubair bertarung dengan pasukan Rom, namun pada saat tentera muslim kucar-kacir, beliau berteriak: "Allahu Akbar" kemudian beliau menerobos ke tengah-tengah pasukan musuh sambil melibaskan pedangnya ke kanan dan kiri , anaknya Urwah pernah berkata tentang bapanya, "Zubair memiliki tiga pukulan dengan pedangnya, saya pernah memasukkan jari saya didalamnya, dua diantaranya saat perang badar dan satu lagi saat perang Yarmuk.

Salah seorang sahabatnya pernah bercerita,"Saya pernah bersama Zubair bin Awwam dalam hidupnya dan saya melihat dalam tubuhnya ada sesuatu, saya berkata kepadanya,"Demi Allah saya tidak pernah melihat badan seseorang pun seperti tubuhmu"dia berkata kepada saya,"Demi Allah tidak ada luka dalam tubuh ini kecuali ikut berperang bersama Rasullualah saw pada jalan Allah"

Saat terjadi pengepungan atas bani Quraizah dan mereka tidak mahu menyerah, Rasullulah saw mengutus Zubair bin Awwam bersama Saidina Ali bin Abi Talib lalu keduanya berdiri di depan benteng kaum muslimin. 

Rasullulah saw pernah berkata tentangnya, "Setiap Nabi mempunyai pendamping dan pendamping saya adalah Zubair." Ia juga sangat bangga dengan ucapan Rasullulah saw saat terjadi perang Uhud dan perang Bani Quraizah,"Lemparkan panahmu yang taruhannya adalah ibu dan bapaku." 

Zubair bin Awwam juga merupakan seorang yang terhormat dan mulia, selalu menginfaqkan hartanya pada jalan Allah, Ka'ab berkata tentangnya,"Zubair memiliki 1,000 macam kekayaan yang dikeluarkan untuk berperang, dan tidak ada wang satu dirham pun yang masuk ke rumahnya." (hartanya disedekahkan seluruhnya) sampai ia mati dalam keadaan berhutang dan mewasiatkan kepada anaknya untuk membayarkan hutangnya, dan ia berkata kepadanya."Jika engkau tidak sanggup membayar hutang saya, maka mintalah tolong kepada Tuanku, Abdullah pun bertanya "Siapakah yang engkau maksudkan dengan Tuan?"beliau menjawab,"Allah, Dialah sebaik-baik pemimpin dan penolong." 

Lalu setelah itu Abdullah berkata ,"Demi Allah saya tidak pernah mengalami kesulitan dalam membayar hutangnya, kecuali saya berkata:"Wahai pemimpin/ pemili Zubair bayarlah hutang Zubair,"maka Diapun mengantikannya. Walaupun beliau sentiasa bersama Rasullulah saw namun beliau tidak banyak meriwayatkan hadis kecuali sedikit sahaja. Anaknya Abdullah bertanya sebab apa beliau sedikit meriwayatkan hadis Rasullulah saw. Zubair bin Awwam menyatakan bahawa walaupun antara beliau dengan Rasullulah saw memiliki hubungan keluarga, namun Zubair pernah mendengar Rasullulah saw bersabda:"Barangsiapa yang berkata dusta atasku dengan sengaja, maka akan ditempatkan di neraka." Kerana itu, beliau sangat takut meriwayatkan hadis yang tidak pernah diucapkan oleh Rasullulah saw sehingga tergelincir ke dalam neraka. 

Putera dan Puteri Zubair bin Awwam
Nama putra dab puteri Zubair adalah Abdullah,Urwah,Mundzir, Ashim, Al Muhajir, Khadijah Al Kubra, Ummul Hassan dan Aisyah. Semua anak Zubair ini adalah hasil perkahwinannya dengan Asma binti Abu Bakar

Manakala anaknya bernama Khalid,Amru,Habibah,Saudah dan Hindun adalah hasil perkahwinannya dengan Ummu Khalid. Nama asli isteri Zubair bin Awwam ini adalah Amah binti Said bin Al Ash. Anak-anaknya yang bernama Mush'ab,Hamzah, dan Ramlah adalah hasil perkahwinannya dengan Ar-Rabab binti Anif bin Ubaid. 

Anaknya yang bernama Ubaidah dan Jaafar adalah hasil perkahwinannya dengan isterinya Zainab. 

Manakala puterinya Zainab adalah hasil perkahwinannya dengan Ummu kultsum binti Uqbah bin Abi Mu'aith. Puterinya lagi yang bernama Khadijah Ash-shugra adalah hasil perkahwinannya dengan Al-Halal binti Qais. 

Saat-Saat Terakhir
Ketika tercetusnya Perang Jamal atau Perang Unta antara pasukan yang dipimpin oleh Aisyah binti Abu Bakar dengan pasukan Ali bin Abi Talib. Seorang kaum Tamim bernama Amru bin Jarmus mengikuti beliau dan membunuhnya di suatu lembah bernama Siba, ketika Zubair bin Awwam sedang solat. 

Setelah itu, pembunuh Zubair itu menghadap Saidina Ali dan telah memberitahu dia telah membunuh Zubair. Dia berharap berita itu akan menyenangkan hati Saidina Ali. Ini kerana kerana Si Pembunuh itu mengetahui Saidina Ali memusuhi Zubair. 

Ketika Saidina Ali mengetahui ada pembunuh Zubair hendak menemuinya lantas dia berseru "katakan kepada pembunuh Zubair putera Safiah bahawa orang yang membunuh Zubair tempatnya di neraka." 

Ketika pedang Zubair ditujukan kepadanya,Saidina Ali ra. Saidina Ali r.a menciumnya . Lalu ia menangis dan seraya berkata:"Demi Allah, sekian lama pedang ini melindungi nabi saw dari bahaya."

Begitulah cinta,pengorbanan jiwa dan raga sahabat-sahabat dalam membela agama islam dalam mempertahankan serta melindungi Rasullulah saw .
Previous
Next Post »

14 comments

Write comments
dear anies
AUTHOR
September 10, 2014 at 12:28 PM delete

adakah kita mampu mempunyai seorg pelindung spt zubair??

Reply
avatar
Cik Nor
AUTHOR
September 10, 2014 at 12:33 PM delete

assalamualaikum...mselim

good entry

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
September 10, 2014 at 12:43 PM delete

Salam Rabu MS. Thanks For sharing. Alangkah bertuahnya mereka dilahirkan dizaman Rasulullah SAW dan dijanji syurga oleh Allah..

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
September 10, 2014 at 12:54 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Semoga kita semua mendapat berkat daripada para sahabat nabi. Amiin..

Reply
avatar
Cikna
AUTHOR
September 10, 2014 at 1:23 PM delete

Tq&perkongsian yg bagus blh tmbh ilmu....;-)

Reply
avatar
Long Cham
AUTHOR
September 10, 2014 at 2:34 PM delete

assalam rabu abg selim lama x mai jenguk

Reply
avatar
Shahrul Yusof
AUTHOR
September 10, 2014 at 3:50 PM delete

Perkongsian yang bagus. Banyak maklumat tentang sahabat Rasulullah yang saya masih belum ketahui.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 10, 2014 at 10:51 PM delete

Masyaallah... pendamping Nabi... tinggi sungguh martabatnya...

Reply
avatar
Hafizul
AUTHOR
September 11, 2014 at 11:31 AM delete

Keberanian yang ditunjukkan, boleh dijadikan ikutan dalam kehidupan seharian..inilah antara kelebihan yang jarang-jarang ada pada orang lain...terima kasih atas perkongsian ni..kalau nak harapkan baca buku, memang tak la..mujurlah ada blog yang memaparkan kisah macam ni..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
September 13, 2014 at 3:01 AM delete

Assalam MSelim3;
Saya sungguh terkesan membaca entri ini. Semangat kepahlawanan yg ditonjolkan mmg tiada tandingannya hingga ke hari ini. Semoga menjadi contoh & semangat buat kita semua... Subhanallah..

Reply
avatar
Cik Rose
AUTHOR
September 15, 2014 at 9:21 AM delete

terima kasih untuk perkongsian ni.. i

Reply
avatar
arzmoha
AUTHOR
September 18, 2014 at 3:40 PM delete

hebatnya sahabat nabi. Mereka senantiasa berserah pada Allah

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon